home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Menjaga Kehamilan di Tempat Kerja

Tip Menjaga Kehamilan di Tempat Kerja

Sebagai seorang wanita hamil yang berkerjaya, anda masih boleh bekerja sehinggalah tarikh kelahiran bayi anda asalkan tempat kerja anda tidak melibatkan pendedahan kepada toksik dan bahan kimia ataupun tekanan yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka. Bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, ikuti tip-tip berikut:

Sebarkan berita anda hamil secepat yang mungkin

Kebanyakan wanita memilih untuk merahsiakan kehamilan mereka sehinggalah permulaan trimester kedua atau lebih lama lagi. Ini kerana mereka mahu memastikan kandungan mereka terjamin terlebih dahulu selain ingin mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi kerja. Tidak mengapa jika anda mahu merahsiakannya daripada rakan sejawatan anda namun anda perlu memastikan individu atasan anda mengetahuinya. Ini bertujuan membantu anda mendapatkan sokongan, bantuan dan simpati yang sangat diperlukan untuk membuat kehamilan anda lebih terjamin selain dapat meningkatkan produktiviti ketika bekerja.

Cuba elakkan rasa loya dan muntah-muntah

Disebabkan perubahan hormon, kebanyakan bakal ibu akan mengalami morning sickness terutamanya ketika trimester pertama dan kedua. Bagi mengurangkan kondisi ini berlaku, berhubunglah dengan pakar perubatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Paling penting, elakkan diri dari berhadapan dengan bau atau rasa yang boleh meloyakan anda. Kunyah sesuatu snek seperti asam untuk mengurangkan keloyaan anda.

Lawan keletihan yang berlaku akibat hamil

Wanita hamil disarankan untuk berdiri dan melakukan regangan ringan setiap 1 hingga 3 jam duduk di meja kerja anda untuk merelakskan minda serta melancarkan perjalanan darah. Paling penting, anda perlu kekal berhidrasi, mengamalkan diet yang seimbang, bersenam serta tidur secukupnya ketika sedang hamil. Kepenatan yang teruk dan kerap mungkin merupakan simptom anemia. Oleh itu, lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi dan mengambil suplemen. Elakkan memakai pakaian ketat dan kasut tumit tinggi bermula daripada trimester kedua anda.

Rancang perjalanan pergi dan balik anda

Ketika hamil, anda perlu mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sesak dan ramai orang. Disebabkan itu, berbincanglah dengan individu atasan andabagi mendapatkan kebenaran mengubahsuai jadual kerja anda agar ia lebih fleksibel. Ini bertujuan mengelakkan anda terhimpit dalam kesesakan jalan raya atau kepadatan kapasiti pengangkutan awam.

Kawal tekanan anda dengan baik

Tekanan mampu menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap pertumbuhan bayi seperti meningkatkan risiko bayi mengalami keradangan atau masalah pertumbuhan otak. Oleh itu, minimumkan tekanan kerja anda dengan merancang jadual kerja anda sebaiknya. Lakukan tugasan penting apabila anda sudah selesa dan sedia serta jangan meminta untuk melakukan pekerjaan lain. Anda juga boleh mendaftarkan diri untuk kelas yoga bagi mempelajari teknik relaks yang boleh diaplikasikan di tempat kerja.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Working during pregnancy: Do’s and don’ts http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20047441?pg=1 Accessed January 17, 2017

The Working Woman’s Guide to Pregnancy http://www.fitpregnancy.com/parenting/working-moms/working-womans-guide-pregnancy Accessed January 17, 2017

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 18/01/2019
x