Terdapat banyak faktor risiko untuk keguguran, seperti:
- Jika anda berusia lebih daripada umur 35, anda mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita lebih muda;
- Keguguran. Jika anda mengalami dua atau lebih keguguran berturut-turut sebelum ini, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi;
- Masalah kronik seperti kencing manis yang tidak terkawal;
- Masalah rahim atau serviks;
- Merokok, alkohol dan penyalahgunaan dadah. Merokok semasa mengandung menambah risiko keguguran;
- Kurang berat badan atau berat badan berlebihan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran.
Ujian pranatal yang invasif seperti chorionic villus sampling dan amniosentesis, mempunyai sedikit risiko untuk keguguran.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Keguguran didiagnosis?
Untuk mendiagnosis keguguran, doktor mungkin akan meminta anda untuk melakukan beberapa ujian.
- Pemeriksaan pelvik membantu doktor meneliti jika serviks mula megembang;
- Ultrabunyi digunakan untuk memeriksa denyutan jantung janin dan mengenal pasti jika embrio membesar dengan sihat;
- Ujian darah diperlukan untuk menentukan sama ada semua tisu plasenta telah keluar apabila anda keguguran. Ujian darah tersebut termasuklah dengan mengukur hormon kehamilan dan beta HCG;
- Ujian tisu bermakna bahawa tisu yang telah keluar boleh dihantar ke makmal untuk mengesahkan bahawa keguguran telah berlaku.
Bagaimana pesakit Keguguran dirawat?
Sekiranya anda didiagnosis dengan keguguran terancam (threatened abortion), anda mungkin dinasihatkan untuk berehat sehingga pendarahan atau kesakitan reda. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan senaman dan hubungan kelamin. Anda juga tidak digalakkan bermusafir terutamanya ke kawasan di mana anda sukar mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Untuk menentukan sama ada embrio telah mati atau tidak terbentuk atau untuk mengetahui jika keguguran tidak boleh dielakkan, anda perlu melakukan ujian ultrabunyi. Beberapa pilihan yang boleh anda pertimbangkan ialah adalah pengurusan sendiri, rawatan perubatan, dan rawatan pembedahan.
Pengurusan sendiri sesuai untuk anda jika tiada tanda-tanda jangkitan. Ini bermakna bahawa anda boleh memilih untuk membiarkan keguguran secara semula jadi. Dalam kes pengeluaran janin tidak berlaku dengan sendiri, anda perlu memilih rawatan perubatan atau pembedahan.
Jika anda ingin mempercepatkan proses keguguran, anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang penggunaan ubat-ubatan. Terdapat ubat yang boleh membantu badan anda mengeluarkan tisu kehamilan dan plasenta. Memasukkan ubat melalui faraj dan bukan melalui mulut untuk meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan sampingan seperti loya dan cirit-birit juga digalakkan.
Rawatan lain untuk keguguran ialah prosedur pembedahan kecil dipanggil sedutan pengembangan dan pengkuretan (Dilatation & Curettage). Dalam pembedahan ini, doktor akan mengembangkan serviks dan membuang tisu dari dalam rahim anda. Anda mungkin memerlukan rawatan ini jika anda mengalami keguguran disertai dengan pendarahan atau tanda-tanda jangkitan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Keguguran?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani keguguran:
- Jika anda mengalami pendarahan, demam atau sakit perut anda perlu menghubungi doktor anda untuk bantuan;
- Anda harus mengelakkan hubungan kelamin atau memasukkan sesuatu ke dalam faraj, seperti tampon, selama dua minggu selepas keguguran;
- Anda perlu memastikan anda bersedia secara fizikal dan emosi jika ingin hamil lagi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen