backup og meta

Ibu Hamil Tak Boleh Minum Susu Kambing? Ini 5 Bahayanya Jika Diambil Awal Trimester!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/09/2022

    Ibu Hamil Tak Boleh Minum Susu Kambing? Ini 5 Bahayanya Jika Diambil Awal Trimester!

    Benarkah wujud bahaya susu kambing di awal kehamilan? Adakah ini bermakna ibu hamil harus menghindari pengambilan susu kambing? Dalam perkongsian artikel Hello Doktor ini ada penjelasannya.  

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Pengambilan susu kambing oleh ibu hamil 

    Susu kambing adalah susu alternatif berasaskan haiwan yang popular selain susu lembu. 

    Susu jenis ini umumnya mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A dan vitamin B6 berbanding susu lembu. Namun, ia juga mempunyai lebih banyak kalori dan lemak tepu daripada susu lembu secara keseluruhan dan kurang kandungan vitamin B12.

    Jika ingin mengambil susu kambing secara harian, anda mungkin perlu memasukkan makanan atau suplemen (pastikan berunding dengan doktor terlebih dahulu) dengan B12. Pilihan lain adalah untuk mencari susu kambing yang diperkaya dengan B12.

    Amnya, susu kambing lebih mudah dihadam berbanding susu lembu dan menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.

    Jadi ini bermakna tiada masalah untuk ibu hamil mengambil minuman susu kambing. Tetapi bagaimana pula dengan bahaya susu kambing di awal kehamilan?

    Bahaya susu kambing di awal kehamilan: Susu mentah

    bahaya susu kambing di awal kehamilan

    Bahaya dalam isu ini adalah berkaitan dengan pengambilan susu mentah yang tidak dipasteur.

    Susu atau sebarang produk tenusu memberikan banyak manfaat pemakanan. Pun begitu, susu mentah tidak dipasteur boleh menyimpan mikroorganisma berbahaya yang akan menimbulkan risiko kesihatan serius.

    Mengambil susu kambing mentah yang tidak melalui proses pempasteuran – berfungsi untuk memanaskan susu bagi memusnahkan bakteria berbahaya – berpotensi menyebabkan anda jatuh sakit.

    Walaupun susu kambing menawarkan manfaat, tetapi risiko bahaya adalah lebih tinggi jika diambil secara mentah.

    Susu yang tidak dipasteur mungkin mengandungi bakteria berbahaya seperti Campylobacter, Listeria, E. coli, dan Salmonella.

    Bahaya susu kambing di awal kehamilan: Risiko jangkitan Listeria

    Wanita hamil berdepan risiko serius untuk jatuh sakit kesan jangkitan bakteria Listeria – yang sering ditemui dalam susu mentah dan boleh menyebabkan keguguran, penyakit atau kematian bayi baru lahir.

    Jika ibu hamil meminum susu tidak dipasteur – atau makan makanan yang diperbuat daripada susu mentah – ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan walaupun anda tidak berasa sakit.

    Baca juga:

    Secara umumnya, bakteria boleh masuk ke dalam susu melalui salah satu mekanisme ini:

    • Jangkitan darah dari puting susu – pada haiwan
    • Pencemaran dengan najis semasa atau selepas memerah susu
    • Pencemaran daripada individu yang mengendalikan susu

    Bahkan susu mentah daripada haiwan sihat dan tinggal di persekitaran ladang dengan amalan kebersihan yang baik juga berisiko untuk tercemar.

    Susu mentah yang tercemar boleh membawa penyakit bawaan makanan dengan gejala seperti muntah, cirit-birit dan kekejangan perut serta komplikasi lebih besar.

    Kesan yang dialami adalah berbeza bagi setiap individu – ada yang ringan dan ada juga yang mungkin berdepan penyakit serius yang memerlukan rawatan hospital, malah wujud risiko membawa kepada kematian.

    Kumpulan individu tertentu adalah lebih berisiko mengalami kesan serius dan kematian jika mengambil susu mentah yang tercemar dengan bakteria berbahaya seperti:

  • Bayi dan kanak-kanak kecil
  • Wanita mengandung dan menyusu
  • Individu dewasa lebih berusia
  • Individu mempunyai sistem imun yang terjejas, seperti pesakit kanser, menjalani pemindahan organ atau HIV
  • Risiko bahaya susu kambing di awal kehamilan lain

    Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, ibu hamil boleh mengambil susu kambing. 

    Tetapi dalam mana-mana aspek pemakanan atau minuman, pengambilan yang berlebihan pasti boleh mengundang masalah, betul tak? Begitu juga halnya apabila bercakap mengenai risiko bahaya pengambilan susu kambing jika diminum secara berlebihan.

    Insomnia

    Susu kambing mempunyai kesan kuat yang boleh membuatkan individu yang mengambilnya berjaga sehingga lewat malam kerana tidak mengantuk.

    bahaya susu kambing di awal kehamilan

    Kesan bertenaga akan tetap dirasai sehingga lewat malam tentunya akan mengurangkan tempoh badan untuk tidur dan berehat. Jika keadaan ini dibiarkan berlanjutan, maka kesihatan badan akan beransur-ansur merosot juga.

    Apabila mengambil susu kambing, sistem metabolisme badan secara automatik meningkat dan menghasilkan tenaga yang tidak berkesudahan. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil susu kambing sebelum tidur.

    Kerap buang air besar, antara bahaya susu kambing di awal kehamilan 

    Ini berlaku kerana terdapat detoksifikasi dalam badan yang dilakukan oleh susu kambing. Pengambilan susu kambing membantu badan menyingkirkan sisa toksin dalam usus dan membuangnya dalam bentuk najis.

    Walaupun kekerapan membuang air besar boleh menjadi sesuatu yang mengganggu aktiviti harian, tetapi ini adalah simptom yang baik. Dinasihatkan untuk minum lebih banyak air.

    Bahaya susu kambing di awal kehamilan #Loya

    Rasa loya di dalam perut boleh berlaku apabila ibu hamil mengambil susu kambing semasa perut kosong.

    Bagi mereka yang tidak pernah mengambil susu kambing sebelum ini, disarankan untuk minum susu kambing selepas makan, sekali sehari dengan jumlah sedikit bagi mengelakkan reaksi negatif daripada sistem penghadaman.

    Pengambilan dalam dos yang kecil juga berfungsi untuk mengetahui sama ada badan mempunyai alahan terhadap susu kambing atau tidak.

    Individu yang biasa minum susu ini juga digalakkan sentiasa mengambil susu kambing selepas makan bagi mengelakkan rasa loya. Elakkan minum susu kambing jika anda merasakan penghadaman tidak selesa. 

    bahaya susu kambing di awal kehamilan

    Sakit kepala

    Susu kambing boleh menyebabkan sakit kepala bagi ibu hamil dengan paras gula yang rendah.

    Untuk mengatasi kemunculan sakit kepala, imbangi dengan pengambilan jus buah-buahan dan perbanyakkan pengambilan air.

    Sebenarnya sakit kepala ini bukanlah masalah yang serius dan hanya kesan ringan daripada pengambilan susu kambing. 

    Walau bagaimanapun, jika anda mengalami sakit kepala yang berterusan adalah dinasihatkan untuk berhenti mengambil susu kambing dan segera berjumpa doktor.

    Kesimpulannya

    Ingin ditekankan sekali lagi, susu kambing adalah baik buat ibu hamil jika ia sudah melalui proses pempasteuran dan tidak diambil secara berlebihan.

    Namun, sekiranya anda mempunyai keraguan atau kebimbangan mengenai bahaya susu kambing di awal kehamilan, disarankan untuk mendapatkan rundingan dan nasihat doktor bagi lebih kepastian. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan