backup og meta

Kehamilan Minggu Ke-32 (8 Bulan), Ini Yang Ibu Perlu Tahu Tentang Kandungan!

Kehamilan Minggu Ke-32 (8 Bulan), Ini Yang Ibu Perlu Tahu Tentang Kandungan!

Perkembangan kehamilan minggu ke 32 merupakan perkembangan yang sudah mendekati dengan waktu persalinan atau kelahiran janin di dunia ini.

Oleh itu, penting bagi ibu untuk mengetahui posisi janin 32 minggu anda. Namun begitu, apakah yang anda perlu tahu mengenai kandungan bayi anda semasa tempoh ini?

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Perkembangan kehamilan minggu ke 32

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda kini bersaiz seperti kentang, mengambil ruang yang banyak dalam uterus dengan berat sekitar 1.7 kg dan kepanjangan lebih kurang 42.5 cm daripada kepala ke tumit. Bayi anda boleh selamat di luar rahim jika anda bersalin pada waktu ini.

Sentuhan terakhir sedang diberikan kepada tubuh bayi anda. Bulu kening, bulu mata dan rambut pada bayi anda sudah mula muncul.

Bulu lanugo yang meliputi bayi anda sejak permulaan bulan ke-6 mula gugur, tetapi mungkin ada yang masih wujud pada bahu dan belakang badan.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan semasa kehamilan minggu ke 32?

simptom kehamilan 8 bulan

Untuk mencukupkan keperluan anda dan bayi, isi padu darah anda telah meningkat 40 hingga 50 peratus berbanding dengan awal kehamilan.

Dengan uterus yang kian menolak diafragm dan kesesakan pada abdomen, anda mungkin mengalami kesesakan nafas dan pedih hulu hati.

Untuk meredakan rasa tidak selesa, cuba untuk tidur dibantu dengan bantal dan makan makanan dengan sedikit tapi lebih kerap.

Anda mungkin mengalami sakit pinggang dengan perkembangan kehamilan.

Jika ya, maklumkan pada doktor terutamanya jika anda tidak pernah mengalaminya sebelum ini, kerana ini mungkin merupakan tanda bersalin pramasa.

Jika bukan kerana tanda bersalin pramasa, ia mungkin disebabkan tumbesaran uterus dan perubahan hormon.

Uterus anda yang berkembang mengubah pusat graviti dan menarik dan melemahkan otot abdomen anda, mengubah postur dan membebankan belakang badan anda.

Perubahan hormon dalam kehamilan melonggarkan sendi dan ligamen yang menyambungkan tulang pelvis anda dengan tulang belakang menyebabkan sakit belakang sewaktu berjalan, berdiri, duduk pada waktu yang lama, berguling atas katil, keluar daripada tab mandi atau bangun daripada kerusi yang rendah mahupun mengangkat berat.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Risiko bersalin pramasa mungkin berlaku pada waktu ini. Antara tanda dan simptom termasuklah:

  • Kontraksi yang tidak menyakitkan tetapi menyebabkan rasa tegang pada perut.
  • Kontraksi bersama dengan sakit belakang atau rasa tekanan pada pelvik atau peha.
  • Perubahan dalam lendiran faraj: titis darah atau pendarahan, lendiran, air keluar daripada vagina yang likat atau dicemari darah.

Jika anda mengalami lebih daripada 6 kontraksi dalam masa satu jam dan setiap satunya berlangsung selama sekurang-kurangnya 45 saat, hubungi doktor atau pergi ke hospital apabila kontraksi tidak menyakitkan lebih-lebih lagi jika anda mengalami pendarahan vagina atau kekejangan abdomen.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Tanya doktor, jiran, rakan sekerja atau mereka yang mempunyai bayi tentang pakar kanak-kanak yang ingin anda temui. Anda perlu bertindak seperti ibu bapa sebelum kelahiran.

Beri perhatian kepada simptom seperti sesak nafas yang mungkin menunjukkan simptom zat besi rendah, jadi segera temui doktor anda.

kehamilan minggu ke 32

Apakah ujian yang perlu saya tahu tentang kehamilan minggu ke 32?

Selepas kehamilan minggu ke 32, doktor perlu mengawasi anda dua minggu sekali. Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian bergantung kepada keperluan anda dan kehendak doktor, ini termasuklah:

  • Timbang berat (penambahan berat badan akan berhenti atau berkurang pada waktu ini);
  • Tekanan darah (mungkin lebih tinggi berbanding timester kedua);
  • Ujian air kencing untuk memeriksa tahap gula dan protein;
  • Vena varikos pada kaki, bengkak pada tangan dan kaki;
  • Ujian glukosa
  • Ujian darah untuk anemia
  • Inokulasi difteria
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu semasa kehamilan minggu ke 32?

tanda kandungan 8 bulan

#1. Yoga

Jika anda ingin melakukan yoga sewaktu kehamilan, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Yoga membantu anda bernafas dengan dalam dan bertenang, yang sangat membantu menghadapi tekanan fizikal sewaktu proses kelahiran dan alam keibuan.

Yoga menenangkan badan dan jiwa, mengelakkan tekanan fizikal dan emosi sewaktu kehamilan. Menghadiri kelas yoga juga cara yang baik untuk bertemu wanita hamil yang lain dan menyokong satu sama lain.

#2. Rawatan fungus kuku

Jika anda mengalami fungus kuku kaki, anda boleh menggunakan krim antifungal topikal. Ia selamat untuk digunakan sepanjang tempoh kehamilan, disebabkan ia tidak masuk ke dalam saluran darah.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pregnancy calendar week 32. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week32.html. Diakses pada Mac 30, 2015.

32 Weeks Pregnant. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/week-by-week/32-weeks-pregnant/. Diakses pada November 22, 2023.

32 Weeks Pregnant: Baby’s Development, Discharge and Making A Birth Plan. https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/pregnancy-week-by-week/32-weeks-pregnant. Diakses pada November 22, 2023.

Pregnancy At Week 32, https://www.pregnancybirthbaby.org.au/pregnancy-at-week-32. Diakses pada November 22, 2023.

32 Weeks Pregnant. https://www.nct.org.uk/pregnancy/your-pregnancy-week-week/32-weeks-pregnant. Diakses pada November 22, 2023.

Versi Terbaru

22/11/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ada Pendarahan Di Awal Kehamilan? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Semak 12 Tanda Awal Mengandung Ini, No. 12 Simptom Paling 'Rare'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 22/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan