backup og meta

Bayi Kurang Gerak Di Akhir Kehamilan? Awas Ibu! Ini Sebabnya

Bayi Kurang Gerak Di Akhir Kehamilan? Awas Ibu! Ini Sebabnya

Apa yang patut anda buat jika bayi kurang gerak di akhir kehamilan? Ada yang kata, bayi kurang gerak tanda bersalin sudah hampir dekat. Adakah benar pendapat ini?

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil atau hampir bersalin, baca penerangan tentang bayi kurang bergerak ini sehingga akhir. Ini penting untuk kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Bilakah bayi dalam kandungan akan mula bergerak?

Pada peringkat awal, pergerakan bayi atau janin dalam kandungan mungkin tidak begitu ketara.

Anda mungkin akan berasa seperti terdapat gas dalam perut anda.

Secara umumnya, rasa seperti ini akan dapat dirasakan sewaktu trimester kedua anda iaitu antara minggu ke-16 dan minggu ke-22.

Namun, jika ini merupakan pengalaman pertama anda mengandungkan bayi, anda mungkin akan merasakan pergerakan ini agak lewat iaitu sekitar minggu ke-20 hingga minggu ke-22.

Perlu juga diketahui bahawa setiap kehamilan bagi setiap individu itu adalah berbeza.

Tiada tempoh masa yang tepat untuk seseorang itu merasakan pergerakan bayi dalam kandungan.

Bahkan, anda mungkin boleh merasakan pergerakan bayi anda lebih awal daripada minggu ke-16, atau lebih lewat daripada minggu ke-22.

Kenal pasti corak pergerakan bayi anda

Jaga kandungan anda sebaik mungkin.
Jaga kandungan anda sebaik mungkin.

Pergerakan bayi atau janin dalam kandungan pastinya berbeza mengikut trimester.

Pada trimester kedua kehamilan, pergerakan bayi dalam kandungan agak sukar untuk dijangkakan.

Pergerakan bayi akan mula berlaku, tetapi dengan pergerakan janin kurang gerak yang amat minimum.

Ada yang merasakan perut mereka seperti sedang ‘berbuih’ atau bergas.

Apabila minggu kehamilan anda semakin meningkat, maka pergerakan ini akan semakin kerap dan semakin kuat.

Pergerakan bayi juga akan semakin besar apabila bayi semakin membesar.

Pada trimester ketiga pula, anda mungkin sudah boleh mengenal pasti corak tertentu pergerakan bayi dalam kandungan anda.

Berkemungkinan bayi anda akan semakin aktif pada waktu tertentu.

Sebagai contoh, anda mengesan bayi anda semakin aktif bergerak apabila anda bersenam, ketika anda berbaring atau ketika anda memakan sesuatu yang manis.

Anda sepatutnya memberikan perhatian terhadap corak pergerakan bayi ini agar anda boleh mengenal pasti jika terdapat sebarang pengurangan pergerakan kelak.

Doktor mungkin akan menyarankan anda untuk memerhatikan kiraan tendangan bayi untuk melihat sebarang perubahan dalam rutin janin. 

Bagaimana untuk mengira tendangan bayi dalam kandungan?

Kongres Pakar Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) menasihatkan anda menentukan masa yang diperlukan untuk merasakan 10 pergerakan atau tendangan janin.

ACOG mengesyorkan untuk melakukan kiraan ini pada masa yang sama setiap hari, iaitu pada waktu bayi anda paling aktif.

Anda boleh memulakan kiraan tendangan bayi pada minggu ke-28. Bagi kehamilan yang berisiko tinggi, anda boleh memulakan kiraan pada minggu ke-26.

Namun, adalah lebih baik untuk anda duduk dengan kaki ke atas atau baring di sebelah kiri badan semasa melakukan kiraan tendangan.

Cuba tetapkan masa dan catat nota setiap kali anda merasakan pergerakan.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi pemerhatian janin pada telefon pintar untuk membantu anda menjejaki pergerakan bayi dengan lebih mudah. 

Apakah punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan?

Ada juga kes di mana bayi kurang gerak di akhir kehamilan.

Malah ada yang berpendapat bahawa keadaan ini sesuatu yang normal kerana bayi kurang gerak tanda bersalin hampir tiba.

Perlu diketahui bahawa punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan boleh berlaku dengan pelbagai sebab.

Ada sebab yang normal dan ada juga faktor yang tidak normal.

Bagi punca yang normal, ia mungkin disebabkan faktor janin yang sedang tidur sewaktu anda membuat kiraan tendangan janin.

Antara sebab janin kurang bergerak.
Antara sebab janin kurang bergerak.

Namun, bagi punca yang tidak normal, ia mungkin disebabkan masalah yang agak serius dan bukanlah satu tanda sudah hampir bersalin.

Antara punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan yang berbahaya ialah seperti pertumbuhan bayi yang perlahan, masalah dengan plasenta dan juga masalah bayi terjerut dengan tali pusat.

Oleh itu, anda perlu segera hadir ke hospital untuk doktor melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya anda mengesan corak pergerakan bayi yang tidak normal.

Ambil maklum, jika ada yang mengatakan bahawa bayi kurang gerak tanda bersalin sudah hampir tiba, ia sememangnya tidak benar dan ia boleh membahayakan kesihatan ibu dan juga kandungan jika tidak diperiksa dengan lebih lanjut. 

Jika bayi kurang gerak di akhir kehamilan, bagaimana untuk tingkatkan pergerakan bayi?

Lakukan senaman yang bersesuaian dengan kehamilan anda.
Lakukan senaman yang bersesuaian dengan kehamilan anda.

Jika anda berasa risau dan mahu meningkatkan atau merangsang pergerakan bayi dalam kandungan, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan.

Antara yang boleh anda cuba ialah:

  • Cuba bercakap dengan bayi atau mendengar lagu
  • Makan snek atau minum air jus buah-buahan
  • Cuba berjalan sedikit di sekeliling rumah atau melakukan senaman ringkas
  • Cuba cucuk atau tekan perut anda perlahan-lahan untuk melihat tindak balas bayi dalam kandungan

Terus jumpa doktor jika bayi kurang gerak di akhir kehamilan

Ingat, setiap kehamilan yang anda alami tidak akan sama pergerakannya (bayi).

Mungkin kehamilan sulung anda lebih aktif berbanding kehamilan kedua anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah sentiasa memerhatikan rutin corak pergerakan atau tendangannya.

Jika ia tidak normal seperti biasa, terus berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Jangan terus mengandaikan bahawa bayi kurang gerak tanda bersalin sudah hampir dekat!

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Every Kick Counts. https://countthekicks.org/. Accessed on February 13, 2022.

Fetal Movement Counting. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=fetal-movement-counting-90-P02449. Accessed on February 13, 2022.

Feeling your baby move during pregnancy. https://utswmed.org/medblog/fetal-movements/. Accessed on February 13, 2022.

Your baby’s movements. https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/your-babys-movements/. Accessed on February 13, 2022.

Reduced Fetal Movements. https://www.rcog.org.uk/globalassets/documents/guidelines/gtg_57.pdf. Accessed on February 13, 2022.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Bayi Dalam Kandungan Songsang? Ini Antara Pilihan Selamat Untuk Ibu


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan