backup og meta

Trimester Kedua Kehamilan - Ada 9 Perubahan Yang Perlu Anda Perhatikan

Trimester Kedua Kehamilan - Ada 9 Perubahan Yang Perlu Anda Perhatikan

Ramai yang kurang mengetahui trimester kedua berapa minggu. Untuk pengetahuan anda semua, trimester kedua bermula pada bulan keempat sehingga bulan keenam kehamilan.

Ini bermakna jawapan bagi trimester kedua berapa minggu ialah 12 minggu. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa yang berlaku semasa di trimester kedua?

Secara umumnya, pada trimester ini bayi anda akan terbentuk dengan lebih jelas. Bayi juga akan sudah mula bergerak dan berkemampuan untuk mendengar.

Untuk ibu hamil pula, terdapat beberapa perubahan yang agak ketara pada tubuh badan anda.

Pada minggu ke-20 kehamilan, anda sudah berada separuh dalam perjalanan untuk melahirkan bayi. 

Perubahan pada tubuh ibu hamil semasa trimester kedua

Pada fasa ini, terdapat beberapa perubahan pada tubuh anda yang boleh dijangkakan.

Antara perubahan yang mungkin akan berlaku sewaktu di trimester kedua adalah:

#1. Kontraksi Braxton Hicks

Anda mungkin akan merasakan beberapa kontraksi seperti rasa sedikit ketat pada bahagian abdomen.

Ia adalah sejenis kontraksi ringan dan biasa berlaku pada waktu tengahari atau petang yang disebut sebagai kontraksi Braxton Hicks.

trimester kedua

Kontraksi ini tidaklah menyakitkan dan ia berlaku tidak menentu.

Sekiranya kontraksi yang anda alami itu lebih kerap dan juga kuat, berjumpalah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Kerana ia mungkin tanda kelahiran pramatang bayi dalam kandungan.

#2. Perut dan payudara semakin membesar

Pada fasa ini juga anda akan menyedari bahawa perut semakin membesar disebabkan perkembangan bayi dalam kandungan.

Selain daripada perut, payudara juga akan turut mengalami pembesaran saiz.

Anda perlu menggunakan bra yang sesuai seperti bra dengan tali yang lebih lebar untuk menampung berat payudara anda. 

#3. Kejang kaki

trimester kedua

Ketika hamil, kekejangan kaki adalah satu perkara yang biasa berlaku pada waktu malam sewaktu sedang tidur.

Bagi mengelakkan kekerapan ia berlaku, anda boleh melakukan aktiviti regangan terlebih dahulu sebelum tidur.

Selain itu, banyakkan juga minum air kosong.

Mandian air panas atau suam juga boleh membantu mengurangkan kekerapan kekejangan kaki. 

#4. Perubahan pada kulit

Kehamilan juga boleh menyebabkan perubahan pada kulit anda.

Apabila anda sudah berada pada fasa trimester kedua, akan berlaku perubahan hormon yang meningkatkan kadar melanin pada kulit. 

Ini akan menyebabkan terdapatnya tompok berwarna coklat pada kulit wajah atau disebut sebagai melasma.

Selain itu, garis gelap pada perut juga akan muncul.

Namun, anda tidak perlu bimbang kerana perubahan warna kulit ini akan menghilang selepas melahirkan bayi. 

#5. Jangkitan saluran kencing

Jangkitan yang berlaku pada saluran kencing adalah perkara yang biasa terjadi sewaktu fasa kehamilan.

Namun, sekiranya anda mengalami masalah seperti keinginan yang kuat untuk kencing, rasa sakit ketika kencing atau air kencing berkeladak, maka anda perlu berjumpa doktor dengan segera.

Jangkitan saluran kencing yang teruk boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang anda. 

#6. Masalah hidung

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon dalam tubuh badan.

Apabila paras hormon meningkat, maka tubuh badan akan menghasilkan lebih banyak darah.

Ini akan menyebabkan membran mukus menjadi bengkak dan mudah berdarah.

Hal inilah yang akan menyebabkan masalah seperti hidung tersumbat dan juga pendarahan pada hidung.

Untuk melegakan diri daripada masalah ini, anda boleh menggunakan ubat atau air cucian hidung yang terdapat di pasaran.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk minum lebih banyak air bagi melegakannya.

#7. Keputihan

trimester kedua berapa minggu

Keputihan adalah keadaan di mana keluarnya cecair berwarna putih atau jernih yang melekit daripada faraj.

Keputihan adalah sesuatu yang biasa berlaku ketika anda hamil.

Namun, sekiranya cecair yang keluar itu mempunyai bau yang kuat atau berwarna lain, maka anda perlu berjumpa doktor.

Ini untuk memastikan sama ada anda mengalami jangkitan pada faraj atau tidak. 

#8. Masalah berkaitan mulut dan gigi

Pada trimester kedua juga, anda juga mungkin akan mengalami beberapa masalah yang berkaitan dengan mulut dan juga gigi.

Gusi anda berkemungkinan akan menjadi lebih sensitif dan menyebabkan pendarahan ketika menggosok gigi.

Bagi mengurangkan pendarahan gusi, anda boleh menggunakan jenis berus gigi yang lebih lembut.

Selain itu, anda juga boleh berkumur dengan menggunakan air garam untuk menghentikan pendarahan. 

#9. Perubahan emosi

Pada trimester kedua, anda akan kurang berasa letih dan lebih bersedia untuk melahirkan bayi. 

Dalam masa yang sama, anda mungkin akan kerap berasa gelisah dan resah kerana terlalu memikirkan mengenai kelahiran bayi anda.

Untuk mengelakkan keresahan sewaktu hamil, banyakkan membaca berkenaan bagaimana untuk bersedia sebelum dan selepas kelahiran. 

Kesimpulan 

Kini anda telah mengetahui trimester kedua berapa minggu dan perubahan yang berlaku sewaktu trimester ini.

Apa yang perlu anda ketahui bukanlah jumlah trimester kedua berapa minggu, tetapi apakah persediaan yang perlu dilakukan pada minggu tersebut. 

Membaca dan mendapatkan lebih banyak maklumat akan menjadikan anda lebih bersedia terhadap sebarang perkara yang akan berlaku.

Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kebimbangan terhadap perubahan yang berlaku pada diri dan juga kandungan. 

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/basics/second-trimester/hlv-20049471

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20047732

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/prenatal-care/art-20044581

Versi Terbaru

27/10/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena 'Prepare' Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!

8 Aktiviti Anda TIDAK PATUT BUAT Ketika Trimester Kedua Kehamilan, Jangan Ambil Mudah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan