Previa Plasenta

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Previa Plasenta?

Plasenta atau uri ialah organ berbentuk lempeng yang terletak di bahagian atas uterus berfungsi untuk membekalkan janin dengan oksigen dan nutrisi serta untuk membuang bahan kumuh daripada darah janin. Servik adalah bahagian pembukaan uterus yang menghubungkannya dengan vagina. Previa plasenta berlaku apabila plasenta terletak di bahagian bawah uterus, menutup sebahagian atau keseluruhan serviks.

Ia adalah komplikasi dalam kehamilan dan boleh menyukarkan lagi proses kelahiran. Wanita dengan previa plasenta dilarang melakukan aktiviti fizikal yang berat pada sebahagian besar waktu kehamilan. Kebanyakan wanita dengan previa plasenta perlu menjalani pembedahan Caesar.

Jika plasenta menutup serviks keseluruhannya, ia dipanggil previa total (total/complete previa). Jika ia hanya menutup hujung serviks, ia dipanggil previa marginal (marginal previa). Jika ia menutup sebahagian serviks, ia dipanggil previa partial (partial previa)

Apakah kebarangkalian Previa Plasenta?

Previa plasenta berlaku dalam 1 daripada 200 kehamilan pada trimester ketiga.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Previa Plasenta?

Previa plasenta tidak dikhuatiri jika ditemui pada awal kehamilan. Namun jika keadaan ini berlarutan hingga ke akhir waktu kehamilan, ia boleh menyebabkan pendarahan daripada vagina secara tiba-tiba tanpa rasa sakit. Pendarahan tersebut mungkin berhenti dengan sendiri tetapi boleh berlaku semula selepas beberapa hari atau minggu. Pendarahan sewaktu kehamilan adalah berbahaya kerana ia boleh membawa kepada komplikasi lain dan meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak disebutkan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan atau anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Previa Plasenta?

Plasenta terbentuk di mana sahaja tempat embrio menempel di dalam uterus. Jika embrio menempel pada bahagian bawah uterus, plasenta mungkin akan terbentuk berdekatan atau di atas serviks, menyebabkan previa plasenta.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Previa Plasenta?

Terdapat banyak faktor risiko previa plasenta, seperti:

  • Uterus yang berbentuk tidak normal
  • Telah hamil banyak kali
  • Kehamilan berganda (kembar)
  • Parut pada uterus kerana pembedahan Caesar, kehamilan sebelumnya atau keguguran
  • Fertilisasi dalam tiub (In vitro fertilization)

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Previa Plasenta didiagnosis?

Doktor akan mengenal pasti previa plasenta dengan ujian ultrabunyi untuk memastikan kesihatan bayi dan kedudukan plasenta sewaktu rutin pemeriksaan kehamilan.

Dalam kes yang jarang berlaku magnetic resonance imaging (MRI) mungkin digunakan untuk menentukan kedudukan plasenta.

Bagaimana pesakit Previa Plasenta dirawat?

Jika didiagnosis dengan previa plasenta, pesakit perlu mengurangkan aktiviti fizikal, berehat dan diberikan ‘rehat pelvis’ iaitu larangan melakukan hubungan intim atau pemeriksaan vagina sepanjang baki waktu kehamilan. Pesakit juga perlu mengelakkan senaman yang lasak dan aktiviti berat.

Anda mungkin perlu dimasukkan ke dalam hospital supaya doktor dapat mengawasi anda dan bayi anda sebaiknya. Anda juga mungkin akan menerima rawatan:

  • Pemindahan darah
  • Ubat untuk menghalang kelahiran awal
  • Ubat untuk membantu kandungan bertahan hingga ke minggu ke-36
  • Suntikan ubat Rhogam jika darah anda Rh-negatif
  • Suntikan steroid untuk membantu paru-paru bayi matang

Apabila tiba waktu kelahiran, anda berkemungkinan besar akan memerlukan pembedahan Caesar.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Previa Plasenta?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani previa plasenta:

  • Didik diri anda dan ahli keluarga tentang keadaan ini
  • Kekalkan kesihatan sewaktu kehamilan
  • Minta bantuan melakukan kerja-kerja rumah

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selain Muka, 4 Bahagian Tubuh Ini Juga Berisiko Jadi GELAP Ketika Hamil! Ini Cara Nak Rawat

    Kondisi kulit gelap ketika hamil sebenarnya adalah perkara yang normal. Namun tahukah anda di mana ia akan muncul lagi selain muka? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Haid bagi setiap wanita adalah berbeza-beza! Pun begitu, kenal pasti masalah menstruasi yang tidak harus diabaikan sekiranya anda mengalaminya. Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Anda kerap mengalami sakit belakang semasa mengandung? Tenang, apa kata kalian cuba 3 teknik regangan yang boleh membantu melegakannya ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Masalah Kehamilan, Tips Hamil 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya kencing manis

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
    apa itu gdm

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
    berapa hari selepas bersama boleh mengandung

    Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesan ambil pil perancang

    Wanita Yang Ambil Pil Perancang Berisiko Alami KECUT OTAK? Ini Kesan Pada Mental Kaum Hawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/02/2021 . 3 minit bacaan