backup og meta

Ini Tanda Si Kembar Sihat Membesar Pada Trimester Ke-3, Barulah Tenang Hati Ibu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/03/2022

    Ini Tanda Si Kembar Sihat Membesar Pada Trimester Ke-3, Barulah Tenang Hati Ibu

    Apa perasaan memasuki trimester ketiga sebagai ibu hamil bayi kembar? Pastinya lebih berdebar. Ingin tahu perkembangan bayi kembar pada tempoh ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Perkembangan bayi kembar trimester ketiga

    Memasuki trimester ketiga ini dengan hamil bayi kembar, bakal ibu akan mudah penat.

    Pemeriksaan pranatal juga akan menjadi lebih kerap pada trimester ini, sama ada setiap minggu atau 2 kali dalam seminggu. 

    Segalanya bergantung kepada tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

    Hamil bayi kembar minggu 28 & 29 

    Pada minggu ke-28 ini berat median bayi dianggarkan sekitar 1.19 kg.

    Si kembar anda juga mungkin dapat merasakan saringan cahaya daripada luar seiring perkembangan penglihatan mereka. 

    Mata anak-anak ibu juga telah tumbuh bulu mata dan mereka boleh berkelip!

    Pada minggu ke-29, anggaran berat median bayi adalah 1.36 kg.

    Ibu hamil bayi kembar harus mengetahui anak sedang dalam proses perkembangan otak. Begitu juga dengan saiz kepala bagi memberi ruang untuk perkembangan tersebut.

    Perkembangan bayi kembar yang lain adalah paru-paru dan otot mereka sedang bekerja keras untuk dapat berfungsi dengan baik di luar rahim ibu nanti.

    perkembangan bayi kembar

    Minggu 30 & 31 

    Minggu ke-30 ini, berat median bayi adalah pada sekitar 1.53 kg.

    Setiap kantung bayi kembar anda dipenuhi banyak air ketuban – lebih kurang 1 ½  gelas. 

    Namun jumlah ini akan berkurangan apabila bayi semakin membesar dan memerlukan lebih banyak ruang dalam rahim.

    Memasuki minggu ke-31 pula, anggaran berat median bayi pada 1.73 kg.

    Untuk pengetahuan ibu, tubuh bayi anda semakin berisi. Ini di mana lapisan lemak mula terkumpul di bawah kulit, mengisi lengan dan kaki mereka.

    Si kembar juga kini boleh memusingkan kepalanya dari 1 sisi ke sisi lain.

    Minggu 32 & 33 perkembangan bayi kembar

    Berat median bayi kembar pada minggu ke-32 hampir mencecah 2 kg, iaitu 1.92 kg.

    Ibu jangan terkejut, kerana berat anda mungkin bertambah lebih cepat, sekitar 500 gram seminggu!

    Separuh berat akan terus kepada bayi. Mereka akan menambah ⅓ hingga separuh berat kelahiran dalam tempoh 6 minggu ini sebagai persediaan untuk kehidupan di dunia baharu.

    Pada kehamilan mencecah 33 minggu, berat median bayi adalah sekitar 2.09 kg.

    Bahagian tengkorak masih lembut serta fleksibel untuk membolehkan mereka berpusing dan menghala kepala ke saluran kelahiran.

    perkembangan bayi kembar

    Minggu 34 & 35 

    Minggu ke-34 ini mencatatkan berat median bayi pada sekitar 2.3 kg.

    Proses perkembangan berlaku melibatkan sistem saraf pusat dan juga paru-paru mereka. 

    Sekiranya anak dilahirkan sebagai bayi pramatang pada usia 34 hingga 37 minggu ini, mereka dipercayai tidak akan berdepan sebarang masalah kesihatan pada jangka masa panjang.

    Di usia kehamilan ke- 35 minggu, bayi mencapai berat median 2.5 kg.

    Buah pinggang mereka kini telah berkembang sepenuhnya dan hati sudah dapat menyingkirkan bahan buangan.

    Minggu 36 & 37 perkembangan bayi kembar

    Pada minggu ke-36 ini, anggaran berat median bayi adalah pada 2.66 kg. Berat ini akan bertambah, sekitar 500 gram sehari!

    Kebanyakan rambut lanugo pada bayi sudah gugur semuanya, bersama vernix caseosa – lapisan putih pada kulit bayi.

    Pada minggu ke-37 kehamilan pula, berat median dianggarkan pada 2.86 kg.

    Di waktu ini, anda boleh bersalin pada bila-bila masa. 

    Ini kerana bayi dianggap sebagai cukup bulan apabila mencecah usia 37 minggu dan bermaksud risiko untuk masuk Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) boleh dielakkan, syukur!

    Baca juga:

    Minggu 38 & 39 perkembangan bayi kembar

    Ingin tahu warna mata bayi anda?

    Umumnya, pada minggu ke-38 ini iris mata si kembar masih tidak berpigmen sepenuhnya. 

    Sebagai contoh, mereka boleh dilahirkan dengan mata biru dan berubah warna lebih gelap sekitar usia setahun.

    Pada minggu terakhir tempoh kehamilan, otak bayi akan berkembang dengan cepat dan berterusan untuk 3 tahun pertama kehidupannya nanti.

    Tip ibu hamil bayi kembar untuk trimester ketiga

    Berikut adalah beberapa perkara boleh dicuba:

    • Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama untuk cegah kaki bengkak
    • Ibu hamil bayi kembar boleh bersenam dan kekal aktif sekiranya boleh dan dibenarkan doktor. Senaman Kegel amat baik untuk diamalkan!
    • Pakai pendakap pada pergelangan tangan jika mengalami sindrom carpal tunnel
    • Amalkan pengambilan saiz hidangan kecil tetapi kerap untuk mencegah perut kembung
    • Makan dengan perlahan dan hindari makanan pedas untuk elak pedih ulu hati
    • Tinggikan bantal di kepala untuk melawan pedih ulu hati dan letakkan juga bantal pada bahagian lutut bagi mengurangkan sakit belakang serta bengkak kaki

    perkembangan bayi kembar

    • Rajinkan diri untuk meletakkan minyak atau losyen pada perut. Ini bagi mengelak tanda regangan yang teruk

    Perkembangan bayi kembar: Tempoh kehamilan normal

    Kalau anda pernah melalui kehamilan tunggal sebelum ini, pastinya wujud pertanyaan kenapa jika hamil kembar sehingga minggu ke 39, sahaja? 

    Amnya, tempoh sesuai untuk ibu hamil bayi kembar bersalin adalah pada minggu ke-37 hingga 38.

    Penting untuk mengelakkan kehamilan melebihi usia 38 minggu kerana wujud risiko pada ibu dan bayi seperti rahim pecah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan