Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Jom ketahui makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan dan pantang larang ibu mengandung 1 bulan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
9 jenis makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan
Terdapat beberapa pantang larang ibu mengandung 1 bulan dari segi makanan dan minuman. Ia sudah tentu berbeza dengan makanan yang perlu diambil di awal kehamilan dan makanan untuk ibu hamil trimester 1.
Berikut adalah antara 9 jenis pantang larang ibu mengandung 1 bulan itu:
#1. Susu tidak dipasteur
Jika anda mahu minum susu, sebaiknya pilihlah susu yang dipastur atau UHT (ultra-heat treated).
Susu mentah mungkin mengandungi Campylobacter, E. coli, Listeria, atau Salmonella, yang menyebabkan keracunan makanan.
Disebabkan anda sedang berbadan dua, ia meningkatkan kecenderungan untuk jatuh sakit kerana kehamilan akan menjejaskan sistem ketahanan badan.
#2. Makanan dibungkus dan diproses
Makanan yang dibungkus dan diproses seperti jus, makanan sedia untuk dipanaskan dengan gelombang mikro, kek, biskut atau susu pekat adalah antara contoh yang perlu dielakkan.
Ini kerana ia mengandungi bahan pengawet dan tidak mempunyai kalori.
Beberapa makanan dibungkus juga boleh mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Sebagai gantinya, ambillah makanan yang dimasak sendiri terutamanya yang dibuat menggunakan bahan semula jadi atau organik.
#3. Makanan laut
Makanan laut mengandungi kadar merkuri tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan otak janin dan kelewatan dalam perkembangannya.
Walaupun ikan mengandungi protein dan asid lemak omega-3 penting yang disyorkan semasa kehamilan, tapi anda harus memilih ikan dengan kadar merkuri yang rendah.
Elakkan ikan todak dan kerang mentah serta hadkan pengambilan tuna, salmon, ikan tenggiri, sardin dan ikan trout.
Jangan makan makanan laut mentah seperti tiram mentah, sashimi dan sushi kerana mempunyai risiko pencemaran listeria yang lebih tinggi.
Pencemaran listeria adalah pencemaran bakteria Lesteria monocytogenes pada makanan.
- Kecacatan kelahiran
- Keguguran kehamilan
- Kematian bayi
- Kelahiran pramatang
- Jangkitan lain yang mengancam nyawa bayi baru lahir
Makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan #4. Betik
Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan adalah betik yang tidak masak dan separuh masak.
Ini kerana ia mengandungi getah yang boleh mencetuskan kontraksi pada rahim dan menyebabkan kelahiran pramatang atau keguguran.
Sebaliknya, betik yang masak sepenuhnya baik untuk diambil kerana mengandungi nutrien dan boleh makan dalam jumlah sederhana.
#5. Makanan mentah atau separuh masak
Telur atau daging yang mentah atau separuh masak berisiko untuk dicemari bakteria seperti Salmonella dan Listeria yang berbahaya untuk perkembangan anak dalam kandungan.
Jika anda memakan daging babi, elakkan daripada daging yang kurang dimasak. Ini kerana ia mengandungi sista cacing gelang yang boleh menyebabkan masalah serius pada kesihatan bayi.
Pantang larang ibu mengandung 1 bulan #6. Kafein
Kafein harus dihadkan pengambilannya pada awal kehamilan kerana jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan tidak cukup tidur, mudah marah dan gugup.
Tahap kafein yang tinggi dapat meningkatkan risiko keguguran, berat badan lahir rendah dan mengalami proses kelahiran yang sukar.
Kafein secara semula jadi terdapat dalam banyak makanan, seperti kopi, teh dan coklat. Bahan itu juga ditambahkan pada beberapa minuman ringan dan minuman tenaga.
Minuman tenaga tidak digalakkan diambil kerana mungkin mengandungi kafein yang tinggi dan bahan-bahan lain yang tidak digalakkan untuk wanita mengandung.
#7. Minuman beralkohol
Alkohol adalah pilihan minuman yang sangat tidak sihat bagi janin yang sedang berkembang kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran kronik.
Tidak ada tahap alkohol yang selamat untuk diminum semasa kehamilan anda.
Sama ada anda sedang merancang kehamilan, sudah hamil atau menyusukan badan, elakkan pengambilan minuman beralkohol adalah pilihan paling selamat.
#8. Makanan bergula
Seorang wanita hamil memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari untuk menyokong pertumbuhan bayi.
Walau bagaimanapun, pengambilan terlalu banyak makanan bergula boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan diabetes kehamilan.
Jadi, ketahui juga sama ada wujud jenis buah yang dilarang untuk ibu hamil selain betik turut termasuk dalam makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan ya!
[embed-health-tool-due-date]