backup og meta

BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

Seronoknya menimang cahaya mata! Bertalu-talu ucapan tahniah yang datang kepada anda dan pasangan. Namun, kadang-kadang emosi ibu mengandung boleh bercampur-baur – gembira, kemurungan, khuatir dan sebagainya.

Jangan risau, apa yang anda alami itu normal ya! Walaupun begitu, ibu hamil harus dijaga secara keseluruhannya, bukan sahaja pemakanan dan fizikal, malah emosi ibu juga perlu dipelihara.

Kenapa anda murung ketika hamil?

Kajian mendedahkan sebanyak 1 dalam 10 wanita hamil akan mengalami kemurungan.

Hal ini kerana perubahan hormon yang mendadak ketika hamil mampu mengubah sistem limbik otak. Ini boleh menyebabkan perubahan emosi seperti keresahan dan kemurungan.

Kesan kemurungan boleh menjadi lebih teruk jika elemen luaran memberi tekanan hidup seperti psikososial, pekerjaan, rumah tangga dan sebagainya.

Kadang-kadang, wanita tidak perasan mereka mengalami kemurungan kerana simptomnya lebih kurang sama dengan perubahan semasa hamil seperti corak tidur, tahap tenaga, selera makan dan keberahian.

Faktor risiko kemurungan ketika hamil

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan kemurungan ketika hamil seperti :

Tanda-tanda dan gejala kemurungan semasa hamil

Secara umumnya, tanda-tanda dan gejalanya hampir sama dengan kemurungan dalam populasi awam.

Namun, terdapat petunjuk lain yang boleh menandakan kemurungan ketika hamil termasuklah :

  • Kegelisahan yang berlebihan terhadap kandungan
  • Rasa rendah diri, terutama sekali bab keibubapaan
  • Tidak berasa seronok ketika melakukan aktiviti kegemaran
  • Tidak memberi tindak balas yang baik ketika diberikan kepastian
  • Tidak patuh terhadap penjagaan perinatal
  • Merokok, minum minuman alkohol atau mengambil dadah
  • Kenaikan berat yang tidak memuaskan disebabkan oleh diet tidak mencukupi

kesan kemurungan

Kesan kemurungan terhadap bayi anda

Sekiranya anda mengalami kemurungan ketika hamil, anda mungkin akan mengalami masalah untuk menjaga diri sendiri.

Contohnya, jika corak tidur dan pemakanan anda tidak teratur, ia boleh menjejaskan perkembangan janin anda.

Untuk ibu sendiri pula, jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan selepas bersalin nanti.

Satu kajian di United Kingdom mendedahkan wanita yang kemurungan ketika hamil berpotensi 1.5 kali ganda untuk mendapat anak yang cenderung ke arah kemurungan semasa remaja.

Walaupun risiko genetik juga memainkan peranan, tetapi saintis mengatakan kesan kemurungan fisiologi ibu hamil boleh melalui plasenta dan mempengaruhi perkembangan otak bayi.

Selain itu, satu kajian dijalankan di Kenya berjaya membuktikan bahawa kesan kemurungan ibu hamil berkait dengan kelahiran bayi.

Wanita yang mengalami kemurungan semasa hamil mempunyai risiko sebanyak 3.8 kali ganda untuk melahirkan bayi pramatang.

kesan kemurungan

Kesan kemurungan semasa hamil kepada bayi termasuklah:

  1. Keguguran
  2. Melahirkan bayi yang kecil (berat badan tidak mencukupi)

Cara menangani gangguan emosi ibu mengandung

Tidak ramai wanita hamil yang mahu mendapatkan rawatan walaupun mempunyai simptom kemurungan kerana takut dianggap tidak sesuai menjadi ibu.

Akan tetapi, jika rawatan diberikan pada peringkat awal, kemurungan ketika hamil tidak akan berpanjangan. Rawatan boleh merangkumi beberapa elemen seperti:

1. Sokongan sosial

Sokongan sosial boleh didapati daripada sekeliling anda seperti pasangan, ahli keluarga, malah rakan-rakan. Selain itu, ada program khidmat masyarakat dan keibubapaan yang boleh dihadiri untuk membantu anda.

2. Terapi keluarga

Terapi keluarga boleh dijalankan bersama ahli terapi, pasangan dan anak-anak anda. Selalunya, terapi ini lebih berkesan untuk anak-anak yang lebih dewasa.

3. Terapi kognitif dan tingkah laku individu

Terapi individu lebih berkesan untuk wanita hamil yang mengalami kemurungan tetapi segan untuk mendapatkan rawatan.

Sesi terapi lebih peribadi di antara ibu hamil dengan pakar psikiatri, psikologi, doktor keluarga, pekerja sosial dan sebagainya.

4. Ubat-ubatan psikotropik

kesan kemurungan

Walaupun tidak digalakkan pengambilan ubat-ubatan psikotropik ketika hamil, tetapi dalam kes-kes yang serius anda boleh mendapatkan rundingan dan rawatan daripada doktor anda.

Ubat ini tidak digalakkan kerana kajian mendedahkan hubungan antara penggunaan ubat-ubatan psikotropik dengan komplikasi pada janin seperti:

  • Kecacatan ketika kelahiran
  • Keracunan janin – bayi akan mempunyai simptom seperti mudah gelisah, degupan jantung dan pernafasan yang tidak normal dan masalah makan
  • Kesan jangka panjang terhadap kognitif, emosi dan tingkah laku anak

Konklusi

emosi ibu mengandung

Tugas seorang ibu bukannya senang, lagi-lagi jika anda baru menimang bayi yang pertama.

Banyakkanlah berehat, bersenam dan meluangkan masa dengan orang yang tersayang. Usah malu untuk berkongsi luahan perasaan sekiranya anda berasa murung.

Jika anda mengalami tanda-tanda dan gejala seperti di atas untuk jangka masa yang panjang, sila berjumpa dengan doktor untuk rundingan yang lebih lanjut.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/depression-during-pregnancy/art-20237875
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3930009/
  3. https://www.researchgate.net/publication/8648763_Prevalence_of_Depression_During_Pregnancy_Systematic_Review
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6058385/
  5. https://www.health.harvard.edu/womens-health/depression-during-pregnancy-and-after

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Diagnosis Depresi Perlu Ujian Khusus

Risau Kesedihan Anda Jadi Kemurungan? 7 Tip Mudah Ini Bantu Melancarkan Hari Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan