Apabila bercakap mengenai topik hamil sex, adakah selamat untuk ibu mengandung menggunakan alat sex atau ia patut dielakkan? Jawapannya ada di dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Hamil sex: Adakah selamat untuk melancap semasa mengandung?
Amnya, melancap atau beronani ketika berbadan dua, sama ada secara solo atau bersama pasangan dan menggunakan alat sex adalah sangat selamat. Ia dikatakan cara terbaik untuk melepaskan sebarang ketegangan tambahan yang ibu hamil rasai.
Selagi doktor memberikan kebenaran untuk anda dan pasangan melakukan hubungan seks dan orgasme – selalunya jarang sekali dilarang atas beberapa sebab – aktiviti untuk kepuasan diri dan seksual ini boleh dilakukan.
Pun begitu, sekiranya anda berada di trimester ketiga dan dimaklumkan berisiko tinggi untuk bersalin pramatang, hamil sex dan orgasme boleh meningkatkan risiko untuk bersalin kerana ia menyebabkan otot dalam rahim mengecut.
Manfaat melancap kepada ibu wanita
Dari aspek fizikal dan mental, hamil sex dan orgasme memberikan beberapa kelebihan, antaranya:
- Mengurangkan tekanan dengan menurunkan tahap kortisol (hormon tekanan)
- Membantu anda tidur dengan lebih lena
- Meningkatkan tahap estrogen, yang membantu kulit kelihatan lebih muda
- Menaikkan keserian wajah kerana peningkatan aliran darah
- Ia menguatkan lantai pelvis – boleh membantu dalam orgasme yang lebih kuat pada masa hadapan
Selamat ke menggunakan alat sex semasa mengandung?
Seks ketika mengandung dan aktiviti melancap adalah selamat. Tetapi bagaimana pula jika wanita yang mengandung itu mahu menggunakan alatan seks untuk memuaskan dirinya?
Penggunaan alat mainan seks atau sex toys seperti dildo atau vibrator juga selamat semasa tempoh kehamilan.
Hamil sex bagi kebanyakan wanita mengandung dengan kehamilan berisiko rendah untuk menggunakan alatan seks bukanlah satu halangan.
Bahkan dikatakan, melakukan semua ini boleh menjadi satu cara untuk melegakan tekanan yang banyak, mengalihkan fikiran daripada memikirkan ketidakselesaan semasa kehamilan serta memberikan anda peluang untuk mengenali tubuh semasa mengandung.
Risaukan keadaan bayi jika menggunakan alatan seks?
Bertenang, bayi dalam kandungan anda dilindungi dengan selamat oleh kantung amniotik dan otot rahim. Palam lendir (mucus plug) juga menutup serviks dan membantu melindungi daripada jangkitan.
Yakinlah, walaupun ketika penetrasi seks, sama ada zakar atau alatan seks tidak akan bersentuhan dengan bayi anda.
Sekiranya anda ingin menggunakan pelincir, minyak atau losen untuk beronani dengan alat sex ini, waspada dengan produk yang dilabelkan mengandungi pewangi, perasa serta mengiklankan kesan ‘penyejukan’ atau ‘pemanasan’.
Ini kerana mungkin terdapat bahan kimia yang boleh mengakibatkan jangkitan faraj disebabkan kerengsaan tisu faraj yang ultra-sensitif.
Baca juga: