backup og meta

Cara Untuk Tahu Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut, Kena Periksa Tendangan?

Cara Untuk Tahu Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut, Kena Periksa Tendangan?

Adakah anda peka dengan tanda bayi meninggal dalam kandungan? Ini apa yang patut anda tahu, ibu.

Alangkah hibanya hati seorang ibu mengandung jika bayi meninggal dalam kandungan, ia sudah tentu merupakan perkara paling ditakuti wanita hamil.

Untuk pengetahuan anda, kondisi yang lebih dikenali sebagai stillbirth ini mungkin boleh terjadi kepada semua wanita terutamanya yang berisiko tinggi.

Meskipun belum ada cara yang kukuh untuk elak ia berlaku, lebih banyak pengetahuan tentangnya mungkin dapat menurunkan risiko anda.

Maksud bayi meninggal dalam kandungan

Mungkin masih ada yang keliru di antara kejadian stillbirth (kelahiran mati) dengan miscarriage (keguguran janin), ia adalah dua perkara yang berbeza.

Keguguran janin itu bermaksud proses kehamilan yang berakhir dengan sendirinya dalam tempoh 20 minggu awal kehamilan.

Kelahiran mati pula bermaksud janin yang terbentuk meninggal dunia di dalam kandungan ibunya selepas 20 minggu kehamilan.

Sebenarnya, kejadian ini boleh berlaku kepada setiap wanita tanpa diduga terutamanya buat mereka yang berisiko tinggi.

Kebanyakan wanita yang pernah mengalaminya pula masih boleh mengandung secara sihat pada masa yang akan datang.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

[embed-health-tool-due-date]

Punca dan tanda bayi meninggal dalam kandungan

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, sesiapa sahaja boleh mengalaminya, namun ia sangat bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan bayi itu sendiri.

tanda bayi meninggal dalam kandungan

Kelahiran mati dalam kandungan mungkin disebabkan oleh beberapa masalah berkaitan si ibu, bayi, plasenta atau tali pusat termasuklah:

  • Masalah plasenta
  • Jangkitan pada ibu, bayi atau plasenta
  • Kelainan tali pusat
  • Kecacatan dalam kandungan
  • Kromosom yang tidak normal
  • Sekatan pertumbuhan janin

Walaupun masalah-masalah tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun ada keadaan tertentu yang mungkin menyebabkan ibu hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan peningkatan risiko berlakunya kejadian bayi meninggal dalam kandungan si ibu:

  • Ibu berusia 35 tahun ke atas
  • Ibu dengan kondisi diabetes atau tekanan darah tinggi
  • Ibu yang obes sebelum hamil
  • Ibu yang pernah mengalami kelahiran bayi dengan berat badan rendah, kelahiran pramatang, kelahiran mati dan preeklampsia
  • Ibu yang cenderung merokok, minum arak, menggunakan dadah jalanan dan ubat tahan sakit preskripsi.
  • Ibu yang berbangsa Amerika Afrika (2-3 kali lebih besar risiko)
  • Bayi yang terlalu kecil atau besar berbanding usia kehamilan mereka

Bagaimana cara untuk mengelak dari berlaku?

Meskipun dengan kemajuan teknologi perubatan pada masa kini, adalah masih sukar bagi doktor untuk meramal dan mencegah semua kes kelahiran mati.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan risiko dan tanda bayi meninggal dalam kandungan dengan cara:

  • Memastikan penjagaan pranatal dipatuhi
  • Mengelakkan penggunaan rokok, alkohol dan dadah
  • Mengawasi semua keadaan kesihatan anda yang sedia ada seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
  • Berjumpa doktor segera jika anda mengalami pendarahan, kebocoran atau rasa sakit pada perut

tanda bayi meninggal dalam kandungan

Semasa trimester terakhir, wanita perlu lebih memberi perhatian dan mengira tendangan bayi pada waktu sama setiap hari apabila bayi sedang aktif.

Jika sudah lewat daripada tarikh yang sewajarnya, bincang dengan doktor kerana kehamilan lebih lama daripada 42 minggu mungkin lebih berisiko tinggi untuk kelahiran mati.

Apa tanda bayi meninggal dalam kandungan?

Sebenarnya, cara untuk memastikan tanda bayi meninggal dalam kandungan yang paling mudah adalah dengan membuat pemeriksaan doktor.

Namun mungkin semasa hamil, adalah agak mustahil untuk kalian berjumpa doktor setiap hari ekoran keadaan anda ketika itu.

Jadi, adalah sangat penting untuk ibu hamil tahu dan peka dengan tanda bayi meninggal dalam kandungan dengan menghitung tendangan bayi anda.

Untuk pengetahuan anda, tendangan bayi mungkin boleh menjadi penanda aras yang sangat penting mengenai keadaan kesihatan mereka.

Dari minggu ke-28, anda harus mula mengira pergerakan bayi seperti tendangan, berpusing, bergolek atau sebarang pergerakan ringan.

Ini mungkin dapat membantu anda mengenali masalah dengan lebih awal lagi dan mengikuti arahan di bawah ini:

  • Mulakan hitungan apabila bayi anda biasanya paling aktif
  • Duduk dengan kaki anda lebih tinggi atau berbaring pada sisi
  • Kirakan tendangan bayi anda sehingga mencapai 10 – anda mungkin akan mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk melakukannya.
  • Gunakan carta kiraan hitungan untuk mengingati tempoh masa yang akan diperlukan untuk merasakan 10 tendangan
  • Perhatikan jika terdapat sebarang peningkatan atau penurunan secara tiba-tiba dalam pergerakan bayi anda

tanda bayi meninggal dalam kandungan

Sekiranya anda tidak dapat merasai 10 tendangan dari bayi dalam tempoh dua jam, ia mungkin tanda bayi meninggal dalam kandungan.

Jadi, sila berhubung dan berjumpa doktor segera.

Bagaimana untuk melahirkan janin jika ia berlaku?

Tidak dinafikan bahawa ia akan mengambil masa untuk si ibu pulih semula secara fizikal dan mental selepas kejadian bayi meninggal dalam kandungan.

Namun, hidup masih perlu diteruskan dan janin malang tersebut masih harus dikeluarkan daripada perut anda. Bagaimana?

Caranya adalah doktor akan memulakan proses kelahiran tersebut dengan memberikan ubatan tertentu untuk memudahkan prosedur.

Selain bersalin secara biasa, wujud juga prosedur alternatif yang mungkin boleh kalian lakukan iaitu D&E (dilation and evacuation).

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Stillbirth. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9685-stillbirth. Accessed 24 May 2022.
  2. Stillbirth. https://www.healthynewbornnetwork.org/issue/stillbirths/Accessed 24 May 2022.
  3. What is stillbirth. https://www.tommys.org/baby-loss-support/what-is-stillbirth. Accessed 24 May 2022.
  4. Stillbirth. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=stillbirth-90-P02501. Accessed 24 May 2022.
  5. What happens to stillbirth. https://www.nhs.uk/conditions/stillbirth/what-happens/Accessed 24 May 2022.

Versi Terbaru

03/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

4 Tanda Umum Jika Ibu Hamil Mungkin Mengalami Keguguran Di Awal Trimester!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan