home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

11 Perkara Ini Boleh Menjadi PUNCA Kehamilan Luar Rahim, Bakal Ibu Kena Ambil Tahu

11 Perkara Ini Boleh Menjadi PUNCA Kehamilan Luar Rahim, Bakal Ibu Kena Ambil Tahu

Pernah dengar mengenai kehamilan luar rahim? Apakah sebenarnya punca mengandung luar rahim dan adakah ia boleh mempengaruhi kesuburan wanita untuk kehamilan akan datang?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kehamilan ektopik

Hamil di luar rahim atau turut dikenali sebagai kehamilan ektopik paling kerap berlaku pada tiub fallopio.

Ia merupakan saluran yang membawa telur daripada ovari ke rahim. Jenis kehamilan ini biasanya disebut sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy).

Kadangkala, wujud risiko untuk kehamilan ektopik ini berlaku pada bahagian tubuh yang lain seperti ovari, rongga perut atau bahagian bawah rahim (serviks) – yang menghubungkan ke faraj.

Umumnya, mana-mana wanita yang aktif secara seksual pada usia subur berisiko untuk mengalami kehamilan jenis ini.

Pun begitu, adakah terdapat punca mengandung luar rahim yang boleh dikenal pasti?

Punca mengandung luar rahim

kehamilan luar rahim

Selalunya sebab yang mendasari kehamilan luar rahim tidak dapat ditentukan.

Walau bagaimanapun, keadaan-keadaan berikut dikatakan boleh menjadi kemungkinan punca mengandung luar rahim, antaranya:

1. Sejarah kehamilan ektopik

Terdapat peningkatan untuk berulang lagi masalah kehamilan luar rahim bagi wanita yang pernah melaluinya pada kandungan terdahulu.

2. Rawatan kesuburan

Wujud kemungkinan untuk masalah kehamilan ini terjadi disebabkan oleh pemindahan embrio semasa rawatan IVF.

Ini kerana, sebagai contoh keadaan, embrio boleh masuk ke bahagian tiub fallopio semasa proses implantasi.

3. Peningkatan usia

Terdapat peningkatan risiko kehamilan ektopik untuk wanita yang hamil pada usia lebih tua.

4. Penyakit keradangan pelvis (PID)

Ini adalah salah satu faktor risiko kehamilan luar rahim, lazimnya disebabkan oleh jangkitan kelamin (STD) seperti klamidia.

5. Pembedahan tubal

Seseorang individu menjalani sebarang prosedur pembedahan berkaitan tiub fallopio seperti pensterilan.

6. Endometriosis

Ini adalah keadaan di mana sel yang melapisi rahim tumbuh di tempat lain di dalam tubuh.

Dalam masa yang sama, ia masih bertindak balas terhadap kitaran haid setiap bulan dan mengalami pendarahan walaupun tidak ada jalan keluar daripada tubuh.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui mengapa endometriosis boleh menjadi punca mengandung luar rahim.

7. Pembedahan abdomen

Sebarang prosedur pembedahan terdahulu melibatkan perut seperti pembedahan caesarean atau apendiks.

8. Peranti Intrauterin (IUD)

Gegelung mencegah kehamilan yang diletakkan di rahim tetapi kurang berkesan untuk mencegah kehamilan di tiub fallopio.

kehamilan ektopik

9. Pil mini (pil progesteron sahaja)

Jenis pil ini boleh mengubah pergerakan pada tiub fallopio, contohnya melibatkan kemampuan telur untuk bergerak melaluinya.

10. Kontraseptif kecemasan

Tidak mustahil untuk berlaku kehamilan luar rahim dalam kitaran yang sama walaupun setelah berusaha mencegahnya (dengan pil kecemasan).

11. Tabiat merokok

Berdasarkan penyelidikan oleh University of Edinburgh menunjukkan, wanita yang merokok mempunyai peningkatan kadar protein PROKR1 dalam saluran fallopio.

Protein ini umumnya berperanan membantu implantasi kehamilan pada rahim.

Namun, apabila protein ini terdapat pada tiub fallopio, ia boleh menyekat proses tumbesaran telur. Keadaan ini sekali gus menyebabkan risiko kehamilan luar rahim berlaku adalah tinggi.

5 perkara BUKAN punca mengandung luar rahim

Berikut adalah beberapa salah faham mengenai kehamilan ektopik ini, iaitu:

#Kehamilan luar rahim keadaan diwarisi

Ini adalah salah faham yang perlu dibetulkan kerana mengandung luar rahim tidak boleh diwarisi daripada ibu bapa.

Risiko anda tidak akan meningkat walaupun ada ahli keluarga terdekat yang mengalaminya.

#Keguguran ada hubung kait dengan kehamilan ektopik

Kehilangan kandungan adalah kejadian biasa terjadi pada 1 daripada 5 kehamilan pada trimester pertama (minggu ke-12 kandungan).

Walau bagaimanapun, kedua-dua keadaan ini langsung tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

#Pengguguran ada kaitan dengan kandungan luar rahim

Melakukan pengguguran kandungan adalah keputusan besar yang dibuat berdasarkan keadaan tertentu pada masa kejadian.

Tetapi percayalah keputusan yang dibuat itu tidak mempunyai hubung kait langsung dengan kejadian kandungan ektopik yang dialami.

punca mengandung luar rahim

#Bersenam dan bersukan

Amalan bersenam atau bersukan dalam kalangan ibu hamil adalah sangat digalakkan dan ia langsung tidak mempunyai kaitan sebagai punca mengandung luar rahim.

#Menaiki kapal terbang penyebab kehamilan luar rahim

Walaupun sememangnya seorang ibu hamil tidak digalakkan untuk menaiki penerbangan, namun tidak ada bukti sama sekali yang boleh mengaitkan kehamilan ektopik dengan menaiki kapal terbang.

Mengandung semula selepas kehamilan luar rahim

Kehilangan kehamilan selalunya sukar, tidak kira berapa awal ia berlaku.

Anda boleh mengekspresikan kesedihan atas kehilangan tersebut dan dapatkan sokongan yang diperlukan untuk terus tabah dan kuat melalui ujian ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai kebimbangan tentang kesuburan selepas mengalami kehamilan luar rahim, percayalah ini adalah keadaan biasa.

Mengalami kehamilan ini tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan kandungan normal.

Cuma terdapat risiko kecil yang mungkin akan dialami seperti:

Sekiranya hamil lagi, pastikan doktor mengetahui bahawa anda pernah mengalami kehamilan ektopik sebelum ini.

Ujian berkala pada minggu awal kehamilan dapat mengesan masalah lebih awal dan mengetahui kondisi kehamilan normal.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 08/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x