backup og meta

Alasan Pengguguran Kehamilan yang Disyorkan

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 13/09/2019

    Alasan Pengguguran Kehamilan yang Disyorkan

    Menamatkan kehamilan atau melakukan pengguguran adalah satu pilihan yang biasanya menjadi pertikaian dan keputusan yang berat buat seseorang wanita. Walau bagaimanapun, pengguguran boleh disyorkan jika terdapat masalah perubatan yang terlibat. Alasan paling utama yang membuatkan doktor mengesyorkan pengguguran adalah keguguran yang akan berlaku, kecacatan kelahiran, dan keadaan kesihatan ibu.

    Keguguran yang tertangguh

    Keguguran, juga dikenali sebagai pengguguran spontan, merujuk kepada kehilangan janin semasa 15 minggu pertama kehamilan. 20 peratus kehamilan dilaporkan akan berakhir dengan keguguran. Keguguran yang tertangguh atau akan berlaku ditentukan disebabkan kekurangan denyutan jantung janin apabila diperiksa melalui gelombang ultrasonik. Ini adalah apabila doktor menyarankan ibu melakukan pengguguran terapeutik untuk mengelakkan risiko fizikal dan komplikasi keguguran sebenar seperti pendarahan dan ketidaksuburan.

    Kecacatan kelahiran

    Dengan perkembangan perubatan, kita boleh mengesan kecacatan kelahiran pada awal trimester pertama, menggunakan ultrabunyi, ujian darah, dan amniosentesis. Beberapa keadaan kecacatan kelahiran tergolong sebagai tidak sesuai untuk kehidupan di luar, sementara yang lain pula, dalam sesetengah kes, bayi tersebut masih boleh membesar. Walau bagaimanapun, kanak-kanak dengan kecacatan kelahiran akan membawa keadaan kesihatan yang serius seumur hidup mereka. Disebabkan perlu membuat keputusan yang sukar, sesetengah wanita mungkin akan melakukan pengguguran bagi mengelakkan anak tersebut menderita semasa hayatnya.

    Kesihatan ibu

    Sesetengah wanita boleh menderita daripada keadaan perubatan yang menyulitkan kehamilan, termasuklah penyakit jantung, kanser, diabetes, dan lain-lain. Dalam kes seperti ini, pengguguran terapeutik adalah disarankan untuk memelihara kesihatan wanita tersebut. Sebagai tambahan, apabila kehamilan yang disebabkan oleh perkosaan, sumbang mahram atau penderaan, pengguguran dari segi perubatan dijustifikasikan untuk melindungi wanita.

    Biar apapun alasan dan kaedah yang digunakan, pengguguran akan selalunya menjadi pengalaman yang menyakitkan buat wanita, baik secara mental mahupun fizikal. Oleh itu, jika anda sedang menimbangkan untuk melakukan pengguguran untuk apa jua alasan, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar bagi memilih yang terbaik untuk diri anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan