backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tiub Falopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/09/2022

    Tiub Falopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan!

    Dalam sistem pembiakan seseorang wanita, tiub falopio atau falopio adalah tempat berlakunya persenyawaan di mana sperma akan cuba memasuki sel telur.

    Dari sini, zigot yang disenyawakan bakal bergerak ke rahim, di mana ia menempel dan membentuk menjadi janin.

    Sekiranya satu tiub falopio tersumbat, kemungkinan untuk hamil masih wujud kerana telur boleh melalui bahagian badan lain kerana terdapat 2 ovari.

    Walau bagaimanapun, jika kedua-dua tiub fallopio tersumbat sepenuhnya, usaha untuk hamil secara semula jadi adalah mustahil sehingga sekurang-kurangnya satu atau kedua-dua belah tiub pulih.

    Tiub fallopio yang tersumbat boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

    • Endometriosis, yang boleh menyebabkan pengumpulan tisu di dalam saluran tiub fallopio
    • Penyakit radang pelvis, penyakit yang boleh menyebabkan parut
    • Fibroid, iaitu pertumbuhan yang mampu menyekat tiub fallopio
    • Parut, yang boleh disebabkan oleh kehamilan ektopik atau pembedahan perut
    • Beberapa jangkitan kelamin, seperti klamidia dan gonorea

    Sekiranya anda ingin hamil dan mempunyai saluran tiub falopio tersumbat, rawatan semula jadi untuk menyingkirkan penyumbatan boleh dilakukan.

    Selain itu, banyak rawatan semula jadi yang digunakan bertujuan untuk mengurangkan isu keradangan pada saluran tiub tersebut.

    Walaupun rawatan ini popular, dan ada yang menunjukan kejayaan, namun ia masih belum terbukti secara saintifik.

    Rawatan semula jadi tiub falopio tersumbat

    tiub falopio tersumbat

    1. Berhenti merokok dan minum alkohol

    Apabila anda ingin mencuba rawatan semula jadi untuk menyingkirkan penyumbatan saluran tiub falopio, anda harus memulakan dengan menghilangkan pemboleh ubah yang diketahui mampu menyebabkan masalah kesihatan.

    Tabiat merokok dan meminum alkohol telah terbukti menjadi penyebab pelbagai penyakit dan menyekat daripada meningkatkan kualiti hidup anda secara keseluruhan.

    Selain itu, alkohol dan tembakau telah terbukti merosakkan kesuburan seseorang wanita, kegagalan mengandung akibat tiub fallopio menjadi salah satu kesannya.

    Sekiranya anda seorang perokok atau sering minum alkohol, lebih baik berhenti sebelum melakukan sebarang percubaan untuk hamil.

    2. Vitamin C

    Vitamin C adalah antioksidan yang dapat mengurangkan masalah keradangan dengan membantu sistem kekebalan tubuh anda berfungsi lebih baik.

    Atas sebab ini, ia mampu menyembuhkan parut dan boleh memberikan kesan positif pada tiub falopio.

    Selain itu, ia juga boleh diambil sebagai makanan tambahan. Ini kerana, vitamin C tidak disimpan di dalam badan jadi ia mesti diambil setiap hari.

    Namun, jika diambil dalam jumlah yang tinggi, vitamin C boleh menyebabkan cirit-birit dan sakit perut.

    3. Tingkatkan pegambilan bawang putih

    Herba dan rempah dikategorikan berdasarkan kemampuan mereka untuk melakukan fungsi-fungsi tertentu, seperti hormon penyeimbangan, bersifat antibiotik dan juga antiradang.

    Bawang putih adalah agen antibakteria semula jadi dan mampu melawan mikrob untuk meningkatkan sistem imun.

    Ia juga berperanan mencegah daripada berlakunya pembekuan darah dan pengumpulan platelet, yang membantu dalam meningkatkan peredaran darah.

    4. Pengewapan faraj

    Rawatan alternatif yang popular baru-baru ini, pengewapan faraj semestinya mampu merawat pelbagai jenis kondisi kesihatan, daripada masalah kekejangan haid sehingga kemandulan.

    Ia juga disyorkan oleh beberapa individu bagi merawat masalah penyumbatan tiub fallopio. Malangnya, tidak ada bukti di sebalik tuntutan ini.

    Selain itu, pengewapan faraj boleh menyebabkan kesan seakan terbakar atau jangkitan dan ini sebenarnya boleh membahayakan kesuburan anda.

    5. Yoga

    tiub falopio tersumbat

    Sebilangan pakar mengesyorkan senaman yoga untuk merawat masalah tiub fallopio yang tersumbat.

    Menurut National Center for Complementary and Integrative Health Amerika Syarikat, yoga boleh menjadi salah satu kaedah yang berkesan untuk mengurangkan tekanan.

    Ini kerana tekanan mampu mengurangkan kesuburan seseorang, jadi ada baiknya anda mencuba teknik mengurangkan tekanan seperti yoga jika ingin hamil.

    Malangnya, tidak ada juga bukti yang dapat menyatakan yoga membantu dalam masalah tiub fallopio tersumbat.

    6. Gunakan minyak kastor

    Minyak kastor sangat bagus untuk pengurutan dan digunakan dalam rawatan bagi banyak penyakit. Ini kerana ia mempunyai beberapa khasiat perubatan yang mempengaruhi sistem peredaran darah dan limfa.

    Mengurut menggunakan minyak kastor pada perut bawah boleh menjadi salah satu cara untuk merangsang sistem limfa di sekitar rahim anda.

    Namun, termasuk urutan kesuburan ini, masih tidak ada sokongan perubatan bahawa kaedah sebegini dapat memperbaiki masalah tiub wanita.

    7. Memperbaiki diet

    Walaupun diet penting untuk kesuburan, namun tiada bukti yang mengaitkan diet dengan saluran tiub fallopio yang tersumbat.

    Walau bagaimanapun, ini adalah idea yang baik untuk makan makanan secara bervariasi dan kekal hidrat sehingga badan anda mempunyai nutrien yang mencukupi ketika percubaan anda untuk hamil.

    Sekiranya anda sedang merancang untuk hamil, disarankan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelumnya. Nutrien yang terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau juga dapat memberikan nutrisi yang sama.

    Bagaimanakah mahu mengetahui sama ada tiub falopio tersumbat?

    Doktor anda mungkin menggunakan hysterosalpingography (HSG), merupakan jenis sinar-X yang digunakan untuk mendiagnosis saluran tiub yang tersumbat.

    Tambahan itu, doktor akan menambahkan ‘pewarna’ pada rahim dan tiub fallopio anda kerana ia membantu isu penyumbatan muncul pada sinar-X.

    Sebagai alternatif, doktor anda mungkin menggunakan laparoskopi untuk mendiagnosis saluran tiub yang tersumbat, tetapi kemungkinan besar ialah mereka akan menggunakan HSG terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan