Wanita yang hamil akan mengalami banyak perubahan pada badan mereka. Manakan tidak, pada waktu ini, badan sedang bekerja keras untuk memenuhi keperluan ibu dan juga anak dalam kandungan. Walaupun begitu, kadangkala ibu juga akan mengalami beberapa masalah kesihatan dan salah satunya ialah sakit di kawasan abdomen. Sebenarnya, ada banyak cara hilangkan senak perut ketika hamil.
Senak perut atau kekejangan yang ibu alami ketika hamil merupakan sesuatu yang normal. Ramai ibu yang mengalami masalah ini ketika mengandung. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menandakan masalah kesihatan yang serius.
Oleh sebab itu, wanita perlulah cakna mengenai simptom-simtom sakit perut yang dialami. Mari ketahui punca utama masalah cramp dan cara hilangkan senak perut ketika hamil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kenapa senak perut ketika hamil?
Sakit perut atau cramp ketika hamil merupakan sesuatu yang normal. Ia mungkin berlaku disebabkan masalah sembelit atau peningkatan pengaliran darah ke kawasan rahim.
Apabila usia kandungan telah bertambah, sebarang kesakitan pada kawasan abdomen mungkin berlaku disebabkan kontraksi Braxton Hicks atau sakit ligamen.
Akan tetapi, kenapa senak perut semasa hamil ini kerap terjadi?
Ia sebenarnya boleh berlaku disebabkan beberapa kondisi yang memerlukan rawatan lanjut, contohnya kencing kotor, keguguran, kelahiran awal atau praeklampsia. Jika anda risau tentang kesihatan anda, jumpa doktor secepat mungkin untuk pemeriksaan lanjut.
5 cara hilangkan senak perut ketika hamil
Rawatan untuk mengurangkan rasa sakit perut mencucuk ketika hamil trimester 1 hingga 3 bergantung kepada punca kesakitan yang dialami. Namun, ada beberapa cara hilangkan senak perut ketika hamil yang mungkin berkesan untuk anda:
Cara hilangkan sakit perut mencucuk ketika hamil trimester 2 #1. Berbaring dan relaks
Kadangkala, ibu yang hamil mengalami masalah senak perut kerana terlalu tertekan. Oleh sebab itu, cuba tenangkan diri dengan melakukan senaman ringan, minum teh panas atau berehat selama beberapa minit. Latihan pernafasan juga dapat membantu mengurangkan stres.
Dengan rehat yang mencukupi, rasa senak perut yang ibu alami mungkin akan pergi dengan sendirinya. Jadi, jika anda mula rasa sakit perut, cuba ‘take 5’ dan berehat sebentar.
Cara hilangkan senak perut ketika hamil #2: Minum banyak air
Masalah kekejangan selalunya berlaku jika badan anda kekurangan air. Oleh sebab itu, wanita perlulah minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari ketika hamil untuk mengurangkan masalah senak perut. Cara ini juga dapat mengurangkan simptom sakit abdomen yang disebabkan sembelit.
Jika anda tidak biasa minum banyak air, cuba ambil 2 gelas air kosong setiap kali makan.
Anda juga boleh tambahkan makanan yang mengandungi banyak air seperti kubis, bayam, lobak merah dan lada benggala. Sayur-sayuran ini juga mengandungi pelbagai nutrisi yang bermanfaat untuk wanita hamil.
3. Berendam dalam air hangat
Ramai wanita yang mendapat kelegaan daripada masalah sakit perut mencucuk ketika hamil trimester 1 setelah berendam dalam air panas. Bukan itu sahaja, air hangat juga dapat melegakan kekejangan yang berlaku pada trimester kedua kehamilan.
Selain itu, anda juga boleh letakkan botol air berisi air suam di atas perut untuk melegakan kesakitan. Ada juga wanita yang menggunakan tali pinggang getah untuk menyokong perut sebagai salah satu cara hilangkan senak perut ketika hamil.
Cara hilangkan senak perut ketika hamil #4: Bergerak dengan aktif
Jika anda sedang berbaring, cuba berdiri untuk mengurangkan kesakitan. Cara melegakan sakit perut ketika hamil trimester 3 ini juga boleh digunakan untuk mengenal pasti sama ada anda mengalami kontraksi Braxton Hicks ataupun tidak.
Senaman ringan dan aktiviti regangan juga mungkin dapat membantu. Cuba senaman seperti yoga, berenang atau berjalan kaki untuk meningkatkan pengaliran darah dan meregangkan otot untuk mengurangkan cramp.
5. Tinggikan kaki ketika tidur
Jika anda kerap sakit abdomen ketika berbaring, cuba letakkan bantal pada hujung kaki supaya tapak kaki lebih tinggi dari paha. Cara hilangkan sakit perut mencucuk ketika hamil trimester 1 hingga 3 ini dapat meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan kekejangan pada kawasan perut.
Malah, ia juga akan mengurangkan tekanan pada kawasan perut. Jadi, ibu yang rasa penat disebabkan perut yang sudah memboyot amat digalakkan untuk tidur dengan kaki yang ditinggikan. Ia akan membuatkan belakang badan anda rasa lega dan lebih ‘ringan’.
Bila anda perlu berjumpa doktor
Bila anda perlu risau mengenai sakit perut mencucuk ketika hami trimester 1? Untuk kekal selamat, pastikan anda berhubung dengan doktor jika anda mengalami kesakitan atau cramp yang luar biasa.
Pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin jika:
- Senak perut ketika hamil tidak hilang dan menjadi semakin teruk
- Rasa haus, kurang kencing atau langsung tidak dapat membuang air kecil sepanjang hari
- Pening kepala, bengkak atau mengalami peningkatan/penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
- Demam dan kerap menggigil
- Pendarahan berat dan kejang atau kesakitan yang melampau pada kawasan bawah abdomen
- Cirit-birit yang teruk
- Mudah pitam
- Sakit ketika membuang air kecil
- Mengalami lebih daripada 4 kontraksi dalam masa sejam (lebih-lebih lagi jika ia berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan). Ini mungkin tanda bersalin
Walau bagaimanapun, sakit perut mencucuk ketika hamil trimester 1 yang ibu sering alami ketika hamil selalunya merupakan perkara yang normal.
Dapatkan rawatan yang bersesuaian secepat mungkin. Ingatlah, anda tidak perlu menahan sakit ketika hamil.
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]