Bagaimana untuk mengetahui sama ada darah keluar ketika hamil itu normal atau berbahaya? Ikuti artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut jika mengandung tapi keluar darah coklat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Mengapa keadaan darah keluar ketika hamil boleh terjadi?
Pendarahan faraj semasa hamil trimester pertama adalah perkara biasa.
Dianggarkan lebih 20% kehamilan mengalami pendarahan ringan atau tompokan darah semasa mengandung dan kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini dapat melalui kehamilan sihat.
Pendarahan implantasi
Mengandung tapi keluar darah coklat?
Selalunya punca keluar lendir darah ketika awal kehamilan yang berlaku adalah tidak berbahaya walaupun sebelum seseorang individu tersebut menyedari diri sedang mengandung.
Biasanya pendarahan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi.
Tanda-tanda pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan di sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid.
Namun tidak semua wanita akan melaluinya.
Darah keluar ketika hamil: Ini cara kenal pasti pendarahan normal
Darah keluar ketika hamil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan adalah perkara biasa walaupun ia sering menjadi punca kebimbangan kebanyakan bakal ibu.
Ramai yang tertanya-tanya berapa banyak pendarahan awal kehamilan yang dianggap normal.
Walaupun keluar lendir darah ketika awal kehamilan mungkin menunjukkan kehadiran masalah yang serius, namun selalunya ia jarang berlaku.
Umumnya istilah tompokan ini biasanya merujuk kepada beberapa titik darah dan tidak menutupi keseluruhan tuala wanita atau panty liner.
Manakala pendarahan pula adalah aliran darah yang cukup berat sehingga memerlukan pemakaian tuala wanita.
Jika berlaku pendarahan semasa trimester pertama, pakailah pelapik seluar dalam atau tuala wanita supaya anda dapat mengetahui jumlah aliran darah dan boleh memaklumkan kepada doktor.
Tetapi anda tidak disarankan untuk menggunakan tampon atau meruang (douche) semasa mengandung.
Masalah pencetus darah keluar ketika hamil trimester pertama
Pengeluaran hormon semasa kehamilan juga boleh mengakibatkan perubahan pada serviks, menjadikan ia lebih lembut dan terdedah kepada pengalaman mengandung tapi keluar darah.
Di samping itu, polip serviks – pertumbuhan lebihan tisu tidak berbahaya – mungkin terbentuk dan ia mungkin lebih mudah berdarah semasa berbadan dua.
Dalam kedua-dua kes di atas, tompokan atau pendarahan ringan mungkin tercetus selepas hubungan seksual atau pemeriksaan serviks.
Jangkitan faraj turut boleh mengakibatkan pengalaman mengandung tapi keluar darah secara tiba-tiba semasa kehamilan.
Pendarahan itu mungkin disertai dengan keputihan tidak normal.
Punca pendarahan berat semasa awal kehamilan
Pendarahan faraj semasa awal kehamilan kadangkala menunjukkan masalah yang serius, seperti:
Keguguran
- Pendarahan, sakit perut dan sakit belakang adalah tanda biasa keguguran
- Pemeriksaan menunjukkan bahawa serviks terbuka
- Tisu mungkin tertolak keluar melalui serviks dan faraj
- Dianggarkan 15-20% kehamilan berdepan keguguran dalam tempoh 12 minggu pertama usia kandungan
- Punca keguguran paling biasa adalah disebabkan kecacatan genetik
Kehamilan molar, punca darah keluar ketika hamil
- Merupakan keabnormalan persenyawaan yang mengakibatkan pertumbuhan tisu abnormal dalam rahim
- Kehamilan molar bukanlah kehamilan biasa, tetapi pertumbuhan dalam rahim membawa kepada gejala tipikal kehamilan awal
- Dalam situasi kehamilan molar lengkap hanya terdapat tisu abnormal dalam rahim dan tiada janin
- Bagi kehamilan molar separa, terdapat pertumbuhan tisu tidak normal bersama kehadiran janin yang mengalami kecacatan kelahiran teruk
- Fetus biasanya ‘dimakan’ oleh pertumbuhan tisu tidak normal dalam rahim dan untuk kehamilan molar tidak akan berlaku perkembangan janin atau kelahiran normal
- Tompokan
- Sonogram atau ultrabunyi digunakan untuk mendiagnosis kehamilan molar
Pendarahan semasa hamil berpunca daripada kehamilan ektopik
- Pendarahan faraj ringan dan sakit perut yang semakin meningkat mungkin menunjukkan kehadiran kehamilan ektopik
- Dianggarkan 1 daripada 60 kehamilan akan mengalami keadaan ini
- Merupakan kehamilan luar rahim di mana telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim – bekalan darah tidak mencukupi untuk mengekalkan kehamilan normal
- Untuk kehamilan jenis ini, embrio berada di dalam salah satu tiub fallopio. Apabila kehamilan membesar, tiub akan mengembang dan sakit perut akan menjadi teruk
- Dalam sesetengah kes, ia boleh memecahkan tiub fallopio sehingga mengakibatkan kehilangan darah yang banyak
- Pemindahan darah dan pembedahan kecemasan mungkin diperlukan sebagai penyelesaian segera kepada keadaan yang berpotensi mengancam nyawa ini
Darah keluar ketika hamil punca keguguran terancam (threatened miscarriage)
- Jika seorang wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama kehamilan, kemungkinan untuk berlaku keguguran tidak boleh diketepikan
- Gejala keguguran terancam adalah pendarahan dan kekejangan ringan, tetapi serviks masih tertutup dan janin bernyawa
- Dalam kebanyakan kes, pendarahan terhenti dan kehamilan berterusan. Namun ada juga yang mengalami pendarahan berterusan dan akhirnya berlaku keguguran
Pendarahan subchorionic
- Dalam keadaan ini darah terkumpul di antara kantung kehamilan dan dinding rahim
- Ada kalanya, darah beku dalam rahim boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrabunyi
- Biasanya badan akan menyerap semula bekuan darah ini, namun terdapat juga darah lama atau beku yang mengalir keluar daripada faraj
Pemeriksaan doktor jika darah keluar ketika hamil
Ini terutamanya jika pendarahan yang berlaku banyak seperti haid dan disertai kesakitan atau kekejangan.
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]