backup og meta

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Keputihan ada kalanya boleh menimbulkan ketidakselesaan. Tetapi ada ke cara hilangkan keputihan semasa mengandung ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Adakah normal jika ada keputihan semasa hamil?

Ya. Keputihan nipis, jernih atau putih dan tidak berbau kuat (kadangkala tidak berbau) adalah normal sepanjang kehamilan anda.

Anda mungkin akan mengalami lebih banyak keputihan berbanding biasa semasa hamil – dipanggil leukorea. Ia disebabkan oleh tahap hormon estrogen dan progesteron lebih tinggi semasa kehamilan.

Lebih banyak aliran darah merangsang membran mukus badan, membawa kepada peningkatan keputihan semasa hamil trimester pertama dan seterusnya.

Keputihan semasa mengandung mempunyai tujuan penting seperti:

  • Membuang sel-sel mati pada faraj
  • Melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan 
  • Mengekalkan keseimbangan bakteria sihat dalam faraj

Menjelang akhir kehamilan, jumlah keputihan akan meningkat lagi. Pada minggu terakhir kehamilan, ia mungkin mengandungi campuran lendiran merah jambu yang melekit seperti jeli. Itu adalah petanda badan sudah mula bersedia untuk bersalin.

Cara hilangkan keputihan semasa mengandung

cara hilangkan keputihan semasa mengandung
Tip hilangkan keputihan wanita semasa mengandung.

Kehadiran lendiran faraj yang berlebihan akan menyebabkan kelembapan dan kebasahan. Sudah tentu situasi itu boleh mendatangkan rasa tidak selesa. 

Berita baiknya, terdapat cara berkesan untuk menghilangkan keputihan semasa hamil trimester kedua. Berikut adalah beberapa cara hilangkan keputihan cara tradisional yang boleh anda cuba:

Mandi dengan kerap

Mandi dan menukar pakaian dalam adalah cara hilangkan keputihan cara tradisional yang pertama anda boleh lakukan. Amalan mandi dapat membersihkan kemaluan serta menghilangkan lendiran. 

Sebelum lebih banyak tanda keputihan semasa hamil terkumpul pada seluar dalam, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mandi sekali lagi.

Amalan mandi dengan kerap ini juga dapat mengelakkan pengumpulan bakteria dan mengelakkan jangkitan.

Pakai seluar dalam bersesuaian, cara hilangkan keputihan semasa mengandung

Sama ada sedang hamil atau tidak, kualiti pakaian dalam anda boleh menentukan kesihatan alat kelamin anda.

Jika tiada pengudaraan pada pakaian dalam, kemungkinan untuk anda mendapat jangkitan adalah tinggi.

Elakkan seluar dalam yang diperbuat daripada bahan sintetik. Pilihlah seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk membolehkan pengudaraan. 

seluar dalam wanita
Seluar dalam kapas yang selesa untuk dipakai.

Selain itu, anda juga harus memastikan lapisan pakaian lain seperti jeans atau legging selesa dan tidak terlalu ketat.

Elakkan menggunakan sebarang produk pada faraj

Jangan gunakan sebarang produk kosmetik atau pembersih faraj melainkan ia atas nasihat dan saranan pakar obstetrik

Produk sedemikian boleh memudaratkan lagi bahagian kemaluan atau menyebabkan keradangan.

Elakkan juga mandian buih, tuala wanita atau tisu tandas dengan wangian, semburan kebersihan wanita, sabun wangi atau deodoran. Aroma ini boleh merengsakan bahagian sensitif anda.

Jangan gunakan tampon untuk menyerap keputihan (atau atas alasan lain semasa kehamilan).

Cara hilangkan keputihan semasa mengandung #Tabiat kebersihan diri

Semasa hamil, anda juga akan lebih kerap ke tandas. Pastikan anda mencuci faraj dengan bersih setiap kali selepas membuang air kecil dan sentiasa lap dari depan ke belakang.

Jangan douche atau meruang. Tabiat ini boleh mengganggu keseimbangan normal bakteria dalam faraj dan meningkatkan kemungkinan jangkitan.

Cara hilangkan keputihan semasa mengandung #Pemakanan sihat

Lendir serviks juga boleh dipengaruhi oleh jenis makanan yang anda makan. Jangan makan makanan yang menyebabkan keradangan atau masalah pencernaan.

Walaupun mengidam sesuatu makanan, amat disarankan agar anda mengawal pengambilan gula untuk menghindari keputihan berlebihan.

Bila perlu melakukan pemeriksaan doktor?

Lakukan pemeriksaan doktor jika:

  • Keputihan berwarna kekuningan, kehijauan, berwarna darah atau konsistensi pekat dan berketul
  • Faraj berbau busuk atau hanyir
  • Bahagian dalam faraj dan/atau vulva melecur atau gatal
  • Sensasi terbakar apabila kencing
  • Seks menyakitkan
keputihan semasa mengandung
Tanda keputihan yang tidak normal.

Anda mungkin mengalami jangkitan seperti jangkitan yis yang disebabkan oleh kehamilan atau vaginosis bakteria, mahupun disebabkan perubahan dalam keseimbangan yis dan bakteria dalam faraj.

Doktor boleh menetapkan rawatan seperti ubat antikulat atau antibiotik, untuk keseimbangan dalam faraj dan menyingkirkan gejala anda.

Keputihan tidak normal juga mungkin merupakan tanda penyakit kelamin seperti klamidia, gonorea atau trikomoniasis, yang kesemuanya memerlukan diagnosis dan rawatan pantas terhadap anda dan pasangan.

Anda juga perlu berjumpa doktor jika mendapati tanda keputihan semasa hamil seperti cecair berair yang berlebihan – kemungkinan tanda cecair amniotik (air ketuban) bocor.

Kesimpulan

Satu perkara yang pasti, keputihan semasa hamil trimester kedua dan ketiga ini adalah normal dan berperanan untuk melindungi anda dan bayi dalam kandungan. Moga cara hilangkan keputihan semasa mengandung ini dapat membantu anda mengatasinya.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal discharge during pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/vaginal-discharge-during-pregnancy. Accessed on Aug 16, 2023.
  2. Discharge in pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/pregnancy-symptom-checker/discharge-pregnancy. Accessed on Aug 16, 2023.
  3. Vaginal Discharge During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/vaginal-discharge-during-pregnancy/. Accessed on Aug 16, 2023.
  4. Vaginal Discharge. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/4719-vaginal-discharge. Accessed on Aug 16, 2023.
  5. Vaginal discharge during pregnancy: your questions answered. https://www.nct.org.uk/pregnancy/worries-and-discomforts/common-discomforts/vaginal-discharge-during-pregnancy-your-questions-answered. Accessed on Aug 16, 2023.

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Elak Diabetes Gestasi, Kena Tahu Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Mengandung!

Anda Baru Saja Hamil 1 Bulan? Tolong Elakkan & Jauhkan 8 Jenis Makanan Ini Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan