backup og meta

Bersalin Bayi Kembar, Mana Lebih Selamat, Beranak Czer Atau Normal? Ibu Kena Tahu Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/12/2020

    Bersalin Bayi Kembar, Mana Lebih Selamat, Beranak Czer Atau Normal? Ibu Kena Tahu Ini

    Mempunyai anak kembar merupakan impian bagi kebanyakan ibu bapa. Ini kerana anak kembar adalah satu fenomena unik yang jarang berlaku. Pun begitu, proses melahirkan anak bukanlah semudah yang disangkakan. Lebih-lebih lagi, jika anak yang dikandungkan itu adalah bayi kembar!

    Banyak persoalan yang akan timbul sekiranya anda hamil bayi kembar. Persoalan utama yang akan timbul adalah berkaitan dengan kaedah melahirkan anak.

    Kebanyakan ibu hamil bayi kembar tidak tahu sama ada mereka boleh atau tidak melahirkan anak kembar mereka secara normal. Apakah jawapannya agaknya?

    Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai persoalan tersebut dan memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenainya. Jom kita baca sama-sama!

    Bersalin normal anak kembar, boleh atau tidak?

    anak kembar

    Bayi kembar kebiasaannya akan lahir lebih awal berbanding bayi yang tidak mempunyai kembar iaitu sebelum minggu ke 38. Ini merupakan punca mengapa 50% daripada bayi kembar dilahirkan pramatang.

    Disebabkan itu, ibu yang hamil anak kembar perlu memastikan mereka memilih kaedah melahirkan yang paling terbaik untuk bayi kembar dan diri mereka sendiri.

    Menurut pakar, jika bayi kembar dalam kandungan berada dalam keadaan yang baik dan anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan ketika sedang hamil, anda boleh melahirkan bayi secara normal tanpa ada sebarang komplikasi.

    Ramai ibu yang hamil bayi kembar akan memilih untuk bersalin secara normal, namun jika keadaan bayi atau kesihatan anda tidak mengizinkan, anda boleh memilih kaedah alternatif iaitu kaedah C-section atau caesarean (czer).

    Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bersalin secara normal, iaitu:

    • Bayi kembar yang dikandungkan tidak melebihi daripada dua
    • Berat bayi melebihi 2kg dan bukan pramatang
    • Bayi kembar pertama dan kedua perlu berada dalam posisi normal iaitu kepala berada di bawah
    • Kedua-dua bayi kembar sihat. Tiada growth restriction iaitu bayi terlalu kecil atau growth discordant iaitu salah satu bayi lebih kecil berbanding yang satu lagi
    • Ibu hamil mempunyai tekanan darah yang stabil dan tidak mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung

    Czer lebih bagus untuk melahirkan bayi kembar?

    anak-kembar--fakta-menarik-pasangan-kembar

    Kaedah czer merupakan kaedah alternatif yang terbukti selamat dan akan digunakan oleh doktor sekiranya anda didapati memerlukan kaedah pembedahan ini untuk melahirkan anak kembar anda.

    Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan anda perlu menggunakan kaedah pembedahan ini. Berikut merupakan punca-puncanya:

    • Salah seorang bayi kembar yang perlu lahir dahulu berada pada posisi yang songsang.
    • Ibu hamil gagal bersalin secara normal.
    • Ibu hamil pernah melahirkan bayi sebelum ini menggunakan kaedah caesarean.
    • Kedudukan tali pusat yang menjerut bayi.
    • Tekanan darah ibu hamil tinggi.
    • Alat bantuan bersalin seperti forsep atau induce tidak membuahkan hasil.
    • Ibu hamil mengalami plasenta previa iaitu kedudukan uri yang berada di pertengahan rahim.

    Kaedah yang selamat

    Tuntasnya, proses melahirkan anak kembar memerlukan penelitian dan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

    Anda disarankan untuk bersalin normal anak kembar jika kondisi bayi dan anda berada pada tahap mengizinkan!

    Jika tidak, gunakanlah kaedah alternatif seperti czer perlu dilakukan untuk menjamin keselamatan bayi kembar anda serta diri sendiri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan