backup og meta

Hati-Hati Bila Ibu Hamil Suka Kunyah Ais, Ini 11 Perkara PENTING Perlu Tahu, #3 Paling BAHAYA

Hati-Hati Bila Ibu Hamil Suka Kunyah Ais, Ini 11 Perkara PENTING Perlu Tahu, #3 Paling BAHAYA

Sejak hamil anda mempunyai tabiat mengunyah ais? Tiada masalah tetapi apa kata kita selidik kesan pagofagia pada wanita mengandung.

Tabiat mengunyah ais semasa hamil, normalkah?

Semasa berbadan dua, anda mungkin boleh mengalami keinginan untuk makan makanan yang pelik dan luar biasa. 

Anda mungkin mahu memakan sesuatu yang dulunya tidak anda sukai dan makanan kegemaran anda berubah menjadi yang paling tidak mahu dimakan. 

Tabiat mengunyah ais adalah antara godaan besar bagi kebanyakan wanita hamil.

Walaupun keinginan ini biasanya akan menghilang selepas melahirkan anak, namun pastinya anda akan terfikir tentang kesan yang mungkin berlaku, betul tak?

Makanan ketulan ais semasa mengandung boleh menjadi 1 perkara kegemaran anda. Ia terjadi disebabkan perubahan hormon dalam badan.

Jangan risau, perbuatan ini dianggap sebagai sesuatu yang normal dan gemar dilakukan hampir kebanyakan ibu hamil. Tiada sebarang kesan negatif tentangnya. 

Ais dianggap sebagai sesuatu yang tidak berbahaya bagi badan manusia, walaupun semasa hamil.

Keinginan mengunyah ketulan ais dilihat selamat berbanding kemahuan untuk makan tanah liat atau sebarang perkara lain.

Dari segi perubatan, tabiat mengunyah ais ini dikenali sebagai pagofagia (pagophagia).

Walaupun tidak berbahaya, namun pagofagia pada wanita mengandung boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan mengakibatkan sakit tekak kerana kesejukan ais tersebut. 

Mengapa wanita hamil ada tabiat mengunyah ais?

Pagofagia pada wanita mengandung boleh mewujudkan kecenderungan untuk menggigit dan menghisap ais tanpa rasa bersalah.

Terdapat beberapa faktor yang mendasari keadaan ini, seperti:

  1. Pica

Sekiranya anda mempunyai keinginan yang sukar dipuaskan ketika memakan ais, anda mungkin mengalami keadaan disebut sebagai pica.

Ia adalah 1 gangguan yang ditentukan oleh keinginan untuk memakan sesuatu yang tidak mempunyai nilai nutrisi.

Sesetengah wanita mengandung yang mengalami pica mungkin mahukan sesuatu yang tidak boleh dimakan seperti serpihan kaca, tanah liat, rambut atau kertas. 

  1. Mabuk pagi

Banyak wanita mengandung menderita mabuk pagi pada trimester pertama dalam tempoh kehamilan mereka. 

Wanita yang berdepan kesukaran untuk menahan rasa muntah dan loya, pagofagia pada wanita mengandung akan membuatkan mereka berasa lebih tenang.

Ais tidak mempunyai bau dan dapat dicerna dengan mudah. Sudah tentu ia berbeza dengan makanan lain yang boleh menyebabkan mual.

tabiat-mengunyah-ais

  1. Kekurangan zat besi

Ini adalah 1 masalah yang serius. Keinginan dan tabiat mengunyah ais yang berlebihan atau sebarang makanan lain dianggap sebagai 1 gangguan pemakanan.

Walaupun ais tidak berbahaya, tetapi ia boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan zat besi dan perlu mendapat perhatian perubatan. 

Wanita dengan masalah kekurangan zat besi boleh mengalami anemia dan doktor mungkin akan mengesyorkan suplemen vitamin B12 serta perubahan diet pemakanan.

  1. Haba panas

Ketika hamil, isipadu darah wanita akan meningkat hampir 50% dan ia boleh menyebabkan mereka mudah berasa panas.

Untuk menangani peningkatan haba tersebut, saluran darah akan melebar bagi membolehkan darah mendekati permukaan kulit, sekali gus membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa.

Dengan pagofagia pada wanita mengandung, kepanasan ini dapat dikurangkan pada tahap tertentu dan membuatkan anda dan bayi berada dalam keadaan hidrat. 

  1. Sensasi mulut terbakar

Kebanyakan wanita hamil sering menderita burning mouth syndrome – membuatkan timbul rasa kebas pada bahagian mulut.

Antara kesan positif memakan ketulan ais ketika mengandung adalah ia dapat mengurangkan rasa sakit dan kebas yang dialami. 

Ais dapat membantu membendung sensasi terbakar di bibir serta ketidakselesaan di pipi. 

Sindrom ini sukar dilihat dan dianalisis. Jika anda mengalami rasa ini, dapatkan kepastian daripada doktor.

tabiat-mengunyah-ais

  1. Pedih ulu hati

Masalah asid refluks atau pedih ulu hati ketika mengandung boleh mendatangkan rasa ketidakselesaan terutamanya pada trimester terakhir kehamilan.

Ais adalah 1 cara semula jadi untuk menangani rasa tidak selesa ini serta terbukti sebagai 1 rawatan rumah yang mudah dan berkesan.

  1. Gangguan pemakanan

Tabiat mengunyah ais dikaitkan dengan gangguan pica, namun ia tidak begitu berbahaya.

Cuma keinginan yang melampau boleh mengakibatkan bayi berisiko untuk mengalami kekurangan nutrien penting kerana si ibu lebih gemar memakan ais sahaja.

Kesan tabiat mengunyah ais

Wujud beberapa kesan sampingan jika keinginan untuk memakan ais ini terjadi secara berlebihan, seperti:

Masalah kerosakan gigi

Mengunyah ais dengan terlalu banyak boleh merosakkan gigi khususnya ketika hamil.

Enamel gigi boleh rosak dan kesannya akan meningkatkan kepekaan terhadap makanan panas dan sejuk.

Sakit tekak

Sakit tekak semasa hamil perkara biasa. Tetapi boleh bertambah buruk jika anda kerap mengunyah ketulan ais.

Tercekik

Risiko untuk tercekik tinggi jika ketulan ais yang dimakan besar. 

Anemia ketika hamil

Sekiranya anda mengalami keletihan, mual, pening, sesak nafas, kelemahan, dan mudah marah, anda mungkin mengalami kekurangan zat besi. 

pagofagia pada wanita mengandung

Elakkan dengan:

  • Mengambil banyak sayuran hijau
  • Masukkan kekacang dalam diet
  • Ambil makanan laut tetapi elakkan ikan dengan kandungan merkuri tinggi
  • Dapatkan protein mencukupi
  • Ambil makanan tinggi vitamin C

Masalah pagofagia pada wanita mengandung 1 keadaan normal dan akan hilang selepas bersalin. Tetapi jika ia berlanjutan, dapatkan nasihat dan rundingan doktor untuk mengatasi masalah ini.

 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/food-cravings-during-pregnancy / Accessed on May 21, 2020

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/iron-deficiency-anemia/expert-answers/chewing-ice/faq-20057982/ Accessed on May 21, 2020

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24850454// Accessed on May 21, 2020

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3939500/ / Accessed on May 21, 2020

Versi Terbaru

19/01/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Takut Tengok Muka Sendiri Semasa Hamil? Ini 5 Perubahan Fizikal Yang Bakal Ibu Lalui!

Jangan Pelik! Suara Ibu Hamil Boleh Berubah Semasa Trimester Ke-3, Ini Sebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/01/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan