backup og meta

Berikan Sokongan Emosi Buat Ibu Dengan Kehamilan Berisiko Tinggi

Berikan Sokongan Emosi Buat Ibu Dengan Kehamilan Berisiko Tinggi

Emosi ibu pasti sedikit sedih tatkala menerima berita berkenaan dengan kehamilan berisiko tinggi. Nyawa ibu dan anak boleh terancam dek masalah kesihatan seperti preeklampsia, diabetes gestasi, dan gravidarum hiperemesis.

Sokongan emosi merupakan satu bentuk pertolongan yang sangat berharga buat ibu-ibu yang mengalami kehamilan berisiko tinggi. Namun, sejauh manakah keberkesanannya dalam membantu golongan ibu untuk terus tabah mengharungi cabaran yang akan mereka hadapi sehingga si manja lahir? 

Baca artikel ini untuk mengetahui kepentingan mendapatkan pertolongan golongan profesional dalam mencapai kestabilan emosi ibu sewaktu mengandung.

Kehamilan berisiko tinggi buat si ibu

Fasa kehamilan merupakan proses semula jadi yang dialami oleh hampir kesemua wanita. Ia bermula daripada saat sebelum kehamilan, kehamilan itu sendiri (selama lebih kurang 9 bulan), kelahiran dan penjagaan selepas bersalin.

Susun aturnya cantik dan selepas 2 – 14 hari selepas bersalin, para wanita berupaya untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai ibu.

Namun begitu, bukan semua proses kehamilan berjalan dengan lancar. Ada juga wanita yang berisiko untuk mendapat komplikasi yang berkaitan dengan kehamilan tersebut. Keadaan ini dipanggil sebagai kehamilan berisiko tinggi dan ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika tidak diuruskan dengan betul.

Antara faktor yang mempengaruhi terjadinya kehamilan berisiko tinggi ini adalah seperti berikut:

Usia ibu 

Wanita yang berusia di bawah 17 tahun atau melebihi 35 tahun berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis masalah kesihatan berkaitan dengan kehamilan.

Ini termasuklah diabetes gestasi, preeklampsia, risiko keguguran, kecacatan genetik, kelahiran pramatang, anemia (kurang darah merah) semasa hamil dan sebagainya.

Semakin lanjut usia wanita itu, semakin tinggi kebarangkalian mereka untuk mengalami keadaan kesihatan tersebut. 

Keadaan kesihatan yang wujud sebelum kehamilan

emosi
Jika anda ada penyakit seperti darah tinggi, anda cenderung mempunyai kehamilan berisiko tinggi.

Banyak keadaan kesihatan ibu yang sering dikaitkan dengan kehamilan berisiko tinggi. Ini termasuklah masalah hipertensi, kencing manis, masalah jantung, penyakit autoimun, jangkitan kelamin dan jangkitan kronik seperti jangkitan human immunodeficiency virus (HIV).

Mereka yang mempunyai sejarah atau masalah dengan kehamilan yang lepas juga berisiko untuk mengalami masalah kesihatan pada kehamilan yang seterusnya. Namun begitu, perkara ini boleh dipantau dan dirawat.

Keadaan kesihatan yang wujud semasa kehamilan

Beberapa jenis masalah kesihatan cenderung untuk berlaku pada wanita ketika hamil. Apa yang anda akan perasan adalah masalah tersebut akan hilang atau beransur sembuh sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Namun, tanpa rawatan, ibu dan bayi boleh mengalami komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Masalah seperti diabetes gestasi boleh berlarutan sehingga menyebabkan masalah kencing manis jenis 2.

Mereka yang mengalami keadaan kesihatan seperti ini kebiasaannya akan dipantau secara berkala.

Kehamilan kembar

Mereka yang mengalami kehamilan kembar mudah untuk mendapat masalah kelahiran pramatang, diabetes gestasi dan hipertensi atau preeklampsia sewaktu tempoh kehamilan.

Pasangan suami isteri yang memilih untuk menjalani rawatan kesuburan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat kehamilan kembar.

Faktor lain seperti usia, sejarah keluarga dan sindrom hiperovulasi juga memainkan peranan.

Plasenta previa

Ini merupakan keadaan di mana plasenta (uri) menutupi serviks. Pendarahan tanpa kesakitan merupakan simptom lazim yang sering dialami oleh wanita. Bergantung kepada tahap plasenta previa, wanita tersebut akan mempunyai kelainan pada kaedah bersalin.

Jika uri menutupi sebahagian atau keseluruhan serviks, wanita tersebut perlu melahirkan anak melalui pembedahan cesarean section (czer).

Kelahiran pramatang

emosi
Kelahiran pramatang boleh terjadi atas beberapa faktor.

Tiada tanda spesifik yang boleh digunakan untuk meramal sama ada seseorang wanita itu akan mengalami kelahiran pramatang ataupun tidak.

Namun faktor-faktor seperti jangkitan semasa hamil, serviks pendek dan sejarah kelahiran pramatang membuatkan wanita tersebut berisiko untuk mengalami keadaan kesihatan tersebut.

Wanita hamil yang mengalami tanda-tanda kelahiran sebelum mencecah usia kandungan 37 minggu dikatakan melalui kelahiran pramatang.

Konklusi

Tekanan emosi dan mental sewaktu hamil boleh mempengaruhi tahap kesihatan bayi di dalam kandungan secara tidak langsung. Jika anda merasa tertekan atau berasa berat dengan dugaan yang melanda, luahkan segalanya kepada golongan profesional atau doktor anda.

Mereka sedikit sebanyak bukan sahaja boleh memberikan nasihat terhadap dilema tersebut, malah menyaring jika terdapat sebarang keperluan untuk melibatkan anda dalam rawatan dan terapi tertentu. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Women need professional emotional support during high-risk pregnancies, study finds. (https://www.sciencedaily.com/releases/2019/12/191216132019.htm), Diakses pada 31 Disember 2019.
  2. They Say, “If You Don’t Relax…You’re Going to Make Something Bad Happen”: Women’s Emotion Management During Medically High-Risk Pregnancy. (https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0361684319883199). Diakses pada 31 Disember 2019.
  3. Managing a High-Risk Pregnancy. (https://www.webmd.com/baby/managing-a-high-risk-pregnancy#2). Diakses pada 31 Disember 2019.
  4. High-risk pregnancy: know what to expect. (https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/high-risk-pregnancy/art-20047012). Diakses pada 31 Disember 2019.

Versi Terbaru

25/02/2025

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Cekal! Ibu Ini Kongsi Dugaan 4 Kali Berdepan Dengan Kelahiran Bayi Pramatang

Jangkitan RSV Berbahaya Kepada Bayi & Kanak-Kanak Yang Berisiko, Ini Ulasan Pakar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan