backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Makan Pil Subur Untuk Hamil? Kena Tahu Waktu Terbaik Nak 'Bersama', Barulah Berhasil!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/06/2023

    Makan Pil Subur Untuk Hamil? Kena Tahu Waktu Terbaik Nak 'Bersama', Barulah Berhasil!

    Ambil pil kesuburan clomid untuk rancang kehamilan bukanlah satu perkara yang asing. 

    Semakin maju teknologi perubatan, semakin tinggi peluang bagi mereka yang alami masalah kesuburan untuk hamil.

    Namun begitu, pil kesuburan wanita ini tersebut tidak boleh membuatkan anda mengandung sekelip mata.

    Anda perlu tahu bila masa terbaik untuk melakukan hubungan seks bagi meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.

    Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Setiap wanita mempunyai waktu ovulasi yang berbeza

    pil kesuburan

    Tiada arahan yang jelas berkaitan dengan bila berlakunya ovulasi.

    Pil seperti clomid tidak memberikan kesan magik. Apabila makan sahaja terus telur keluar dari ovari. Oh tidak! 

    Memang sukar untuk kita tentukan bila masa ovulasi wanita selepas mengikuti sebarang rawatan kesuburan.

    Malah, kebanyakan kalkulator kesuburan online hanya memberikan nilai anggaran bagi proses ovulasi anda.

    Perkara ini dapat ditentukan melalui pemahaman berkenaan dengan proses ovulasi normal.

    Secara puratanya, proses ovulasi berlaku 12 hingga 14 hari sebelum keluar pendarahan haid seterusnya.

    Jika diambil jangka hayat sperma sebagai faktor, ini bermakna peluang untuk seseorang itu hamil meningkat pada hari ovulasi (24 jam) dan 1 hingga 3 hari sebelum ovulasi.

    Walau bagaimanapun, anggaran ini hanya bagi mereka yang mengalami proses kitaran haid 28 hari.

    Seperti yang penulis nyatakan, masa ovulasi berbeza bagi setiap wanita.

    Pil kesuburan clomid hanya berkesan pada golongan tertentu sahaja. 

    Oleh sebab itulah, ia tidak boleh sewenang-wenangnya dibeli oleh pesakit sendiri.

    Mereka perlu diperiksa oleh doktor perubatan.

    Sebagai contoh, ovari wanita yang mengalami masalah sindrom ovari polisistik (PCOS) cenderung untuk bertindak balas terhadap pil tersebut.

    Mereka yang mengalami masalah seperti berikut, mempunyai peluang rendah untuk menikmati kesan fisiologi clomid.

    1. Wanita yang tidak haid dan mempunyai tahap estrogen rendah berikutan berat badan tidak normal (hypothalamic amenorrhea).
    2. Mereka yang mempunyai tahap hormon perangsang folikel (FSH) yang tinggi. Ia merupakan tanda awal menopaus atau masalah berkaitan dengan fungsi ovari.

    Bila waktu terbaik ambil pil kesuburan clomid?

    rancang kehamilan

    Seperti apa yang penulis nyatakan di atas, pil kesuburan clomid tidak memberikan kesan magik.

    Terdapat protokol spesifik yang akan disarankan oleh pegawai perubatan bagi memastikan kesan clomid optimum.

    Apabila anda mengalami pendarahan haid pada hari pertama kitaran haid anda, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound.

    Ia bagi memastikan tiada sista (membran yang mengandungi cecair, cyst) pada struktur ovari anda.

    Sista tersebut bukan seperti apa yang terdapat pada pesakit PCOS, saiznya jauh lebih besar.

    Jika ada, anda tidak perlu risau memandangkan ia kebiasaannya akan hilang dengan sendiri.

    Namun, anda perlu menangguhkan rawatan dan tunggu sehingga kitaran haid seterusnya.

    Jika tiada, anda akan diberikan ‘lampu hijau’ untuk memulakan rawatan pil kesuburan clomid.

    Rawatan ini melibatkan 5 dos ubat, 1 dos satu hari.

    Protokol pengambilannya adalah seperti berikut:

    1. Pada hari ke 3, 4, 5, 6 dan 7 kitaran haid.
    2. Pada hari ke 5, 6, 7, 8 dan 9 kitaran haid.

    Setakat ini, protokol berbeza tidak mempunyai kaitan dengan kejayaan kehamilan. 

    Walau bagaimanapun, penting bagi anda untuk menuruti nasihat doktor. Ubat tersebut perlu diambil pada masa yang sama setiap hari.

    Anda mungkin berminat:

    Bagaimana pil kesuburan clomid bantu anda rancang kehamilan?

    rancang kehamilan

    Apabila anda mengambil dos pertama, badan anda akan mula bertindak balas terhadap kesan farmakologi pil tersebut.

    Anda tidak akan mengalami proses ovulasi secara serta-merta.

    Namun, pengambilan ubat tersebut akan membantu ovari anda untuk bersedia bagi melalui proses ovulasi.

    Secara amnya, rangsangan yang diberikan oleh FSH akan memberikan isyarat kepada ovari untuk memproses kematangan telur (ovum).

    Walau bagaimanapun, apabila jumlah hormon tersebut semakin banyak, badan akan merembeskan estrogen untuk mengurangkan penghasilan FSH.

    Kesannya, rangsangan terhadap ovari akan berkurangan.

    Jadi bagaimana pil clomid berfungsi?

    Secara mudahnya, ia menghalang estrogen daripada melekat pada reseptor pada sel.

    Ini bermakna, walaupun badan anda mempunyai banyak FSH, oleh sebab estrogen tidak dapat melekat pada reseptor, ia akan menganggap badan kurang FSH.

    Perkara ini akan menyebabkan badan merembeskan hormon pelepas gonadotropin (GnRH) untuk menghasilkan lebih banyak FSH dan hormon luteinizing (LH).

    Peningkatan pada jumlah FSH akan merangsang ovari untuk mematangkan telur, manakala peningkatan LH akan menyebabkan proses ovulasi.

    Konklusi

    Pil perangsang boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil namun bukan semua wanita sesuai menggunakan kaedah ini.

    Anda perlu berbincang dengan pegawai perubatan untuk nasihat berkaitan kesuburan dan bila waktu terbaik untuk mula mendapatkan rawatan ini jika ingin rancang kehamilan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan