backup og meta

Masih Amal 2 Tabiat Buruk Ini Sebab Tak Tahu Sedang Hamil, Ia Amat BAHAYA!

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 19/05/2022

    Masih Amal 2 Tabiat Buruk Ini Sebab Tak Tahu Sedang Hamil, Ia Amat BAHAYA!

    Tabiat buruk ketika hamil seperti menghisap rokok dan meminum alkohol dipercayai mungkin boleh menyebabkan kanser dan banyak lagi masalah kesihatan utama.

    Pengambilan dua benda ini semasa anda mengandung boleh menjadi punca kepada masalah serius yang memberi kesan kepada kesihatan kedua-dua ibu dan juga anak.

    Ini kerana ia mengandungi pelbagai kandungan bahan kimia yang berbahaya!

    Jadi, adalah jalan yang terbaik jika anda boleh mengelakkan kedua-dua amalan ini dengan secepat mungkin sebaik sahaja anda mengandung.

    Tabiat buruk ketika hamil #1. Rokok

    Menghisap rokok adalah amalan yang amat mudah menyebabkan masalah kesuburan pada setiap individu tanpa kira lelaki atau wanita.

    Wanita yang merokok mempunyai tahap kesukaran lebih tinggi untuk mengandung berbanding dengan wanita yang tidak merokok.

    Jika si ibu merokok namun tidak menyedari dirinya sedang hamil, ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada si ibu dan juga bayi.

    tabiat buruk ketika hamil

    • Bayi anda mungkin lahir dengan berat badan yang rendah, walaupun selepas kehamilan cukup bulan. Amalan merokok boleh melambatkan tumbesaran bayi sebelum dan selepas kelahiran.
    • Bayi anda juga boleh lahir lebih awal (kelahiran pramatang). Bayi pramatang selalunya akan mengalami masalah kesihatan yang serius.
    • Merokok juga boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru atau juga otak bayi. Kerosakan ini boleh terus berkembang sehingga alam kanak-kanaknya.
    • Merokok meningkatkan risiko anda mendapat pendarahan abnormal semasa mengandung atau selepas kelahiran. Ini boleh meletakkan kedua-dua ibu dan bayi dalam bahaya.
    • Merokok juga menggandakan risiko kecacatan kelahiran bayi anda, termasuklah masalah klef pada bibir bayi. Jika ini berlaku, bayi anda mungkin memerlukan pembedahan.

    Tabiat buruk ketika hamil #2. Alkohol

    Wanita yang merancang untuk mengandung atau sedang mengandung disarankan untuk tidak mengambil sebarang alkohol untuk memastikan risiko kesihatan pada bayi adalah rendah.

    • Jika anda minum alkohol, minuman ini akan cepat masuk melalui tubuh anda dan sampai kepada bayi anda. Bayi memecahkan alkohol agak perlahan.
    • Ini akan menggandakan risiko keguguran dan mati semasa lahir.
    • Ibu hamil yang minum walau hanya sedikit alkohol dalam masa seminggu adalah lebih cenderung mendapat anak yang menunjukkan kelakuan agresif dan bermasalah, berbanding dengan wanita hamil yang tidak mengambil alkohol.
    • Kesan yang lebih teruk daripada pengambilan alkohol adalah sindrom alkohol fetal (FAS), ciri-ciri muka yang tidak normal, kecacatan jantung, dan kerosakan kepada sistem saraf pusat (kecacatan intelektual, kelewatan dalam perkembangan fizikal, masalah penglihatan dan pendengaran, dan pelbagai lagi masalah tingkah laku).

    tabiat buruk ketika hamil

    Konklusinya?

    Tabiat mengambil rokok dan alkohol sudah pasti boleh menyebabkan kesan kesihatan yang amat negatif, terutamanya buat wanita yang sedang hamil.

    Sebagai kesimpulan, adalah lebih baik untuk anda berhenti merokok dan mengambil alkohol sebelum anda hamil atau jika anda sudah bersedia untuk hamil.

    Masih belum terlambat untuk anda menghentikan tabiat buruk ketika hamil ini wahai wanita!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 19/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan