Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Sawan Masa Hamil Boleh Sebabkan Bahaya! Ini Cara Ibu Nak Jaga Kandungan
Ramai wanita yang menghidap epilepsi berdepan dilema besar apabila disahkan hamil: adakah mereka masih boleh meneruskan ubat seperti biasa? Untuk menjawab persoalan ini, penting bagi ibu hamil memahami terlebih dahulu epilepsi maksud serta kaitannya dengan kehamilan.
Epilepsi maksud ialah gangguan pada sistem saraf pusat yang menyebabkan otak mengeluarkan aktiviti elektrik yang tidak normal, lalu mencetuskan sawan.
Dalam tempoh kehamilan, risiko serangan sawan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan boleh menjadi lebih tinggi jika tidak dirawat dengan baik.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannyadi sini.
Epilepsi maksud: risiko sawan terhadap kandungan dan ibu
Doktor membantu merawat sawan yang dialami ibu hamil.
Sawan semasa hamil bukan sahaja berisiko kepada ibu, tetapi juga kepada janin.
Apabila sawan berlaku, ia boleh menyebabkan bekalan oksigen kepada bayi terganggu.
Dalam kes lebih serius, ia boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang atau komplikasi kelahiran.
Jika sawan berlaku ketika memandu, di tempat tinggi atau semasa melakukan aktiviti harian, ia boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang lebih membahayakan kedua-dua nyawa.
Oleh itu, memahami punca epilepsi dan bagaimana ia boleh dikawal sangat penting untuk wanita hamil.
Perlukah ibu hamil hentikan ubat epilepsi?
Ramai wanita bimbang bahawa ubat yang mereka ambil boleh memberi kesan kepada bayi.
Namun sebenarnya, ubat epilepsi untuk apa jika bukan untuk mencegah sawan yang lebih berbahaya?
Kajian perubatan menunjukkan bahawa dalam kebanyakan kes, risiko hentikan ubat epilepsi tanpa pengawasan doktor jauh lebih tinggi berbanding kesan sampingannya.
Beberapa jenis ubat mungkin diselaraskan dos atau ditukar kepada yang lebih sesuai semasa hamil.
Apa yang penting ialah ibu hamil tidak menghentikan ubat tanpa nasihat pakar neurologi atau pakar obstetrik.
Epilepsi maksud: pemantauan ketat sepanjang kehamilan
Wanita hamil cenderung untuk mengalami pelbagai keadaan kesihatan.
Wanita epilepsi hamil perlu menjalani pemantauan berkala, bukan hanya oleh doktor pakar kandungan, tetapi juga pakar neurologi.
Mengambil suplemen seperti asid folik dengan dos lebih tinggi untuk mengurangkan risiko kecacatan pada bayi
Menyediakan rancangan penjagaan khusus untuk sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran
Antara pencetus-pencetus sawan.
Perancangan awal boleh meningkatkan peluang kehamilan yang selamat dan sihat.
Kesimpulan
Wanita yang menghidap epilepsi masih boleh menjalani kehamilan yang normal dan selamat asalkan mereka mendapatkan rawatan serta pemantauan yang rapi.
Epilepsi maksudnya bukan penamat kepada impian untuk menjadi ibu.
Menerusi dos ubat yang dikawal dan gaya hidup yang teratur, sawan dapat dicegah dan seterusnya melindungi ibu dan bayi dalam kandungan.
Jangan sekali-kali membuat keputusan sendiri tanpa panduan pakar.
Dapatkan nasihat, kekalkan rawatan dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda epilepsi supaya perjalanan kehamilan anda lebih tenang dan selamat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Pregnancy and epilepsy. https://epilepsysociety.org.uk/living-epilepsy/pregnancy-and-epilepsy. Diakses pada Mei 15, 2025.
Pregnancy and epilepsy. https://www.epilepsy.org.uk/living/starting-a-family/pregnancy-birth-and-epilepsy. Diakses pada Mei 15, 2025.
Epilepsy and pregnancy: What you need to know. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20048417. Diakses pada Mei 15, 2025.
Epilepsy and Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-complications/epilepsy-and-pregnancy/. Diakses pada Mei 15, 2025.
Seizures. https://epilepsyfoundation.org.au/understanding-epilepsy/seizures/. Diakses pada Mei 15, 2025.
Versi Terbaru
10/07/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim