Penjagaan Tubuh Ibu semasa Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Selain perut yang akan semakin membesar, ibu hamil juga akan mengalami perubahan-perubahan lain pada tubuh mereka. Ini semua disebabkan hormon kehamilan dalam tubuh ibu. Oleh itu, penjagaan rapi amat diperlukan bagi memelihara kesihatan dan kesejahteraan ibu hamil. Persiapkanlah diri untuk menerima dan merawat perubahan tersebut.

Mulut

Kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon yang akan meningkatkan risiko penyakit gusi, sekali gus akan memberi kesan kepada perkembangan janin anda. Penjagaan mulut atau gigi perlu dilakukan secara teratur bagi mengelakkan terjadinya jangkitan pada rongga mulut.

Apa perlu anda lakukan?

  • Jangan lakukan rawatan gigi semasa trimester pertama dan penghujung trimester ketiga, kecuali jika ada hal kecemasan. Perkembangan janin pada ketika ini sedang pesat, justeru ibu bapa digalakkan untuk mengelakkan daripada terdedah kepada sebarang perkara yang boleh mempengaruhi perkembangan bayi.
  • Bagaimanapun, rutin rawatan gigi boleh dilakukan semasa trimester kedua.
  • Sebaik-baiknya rawatan pergigian perlu ditunda sehinggalah selepas kelahiran.
  • Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala sebelum, semasa dan selepas kehamilan.
  • Jika anda terpaksa melakukan rawatan gigi semasa kehamilan, beritahu doktor gigi bahawa anda sedang hamil.
  • Beritahu nama dan dos pengambilan ubat yang anda ambil termasuk vitamin pranatal supaya rawatan gigi boleh dilakukan berdasarkan informasi tersebut.
  • Elakkan daripada melakukan x-ray gigi semasa hamil.
  • Amalkan penjagaan kebersihan mulut yang betul bagi mengelakkan atau mengurangkan masalah kesihatan gigi.

6 langkah penjagaan kebersihan oral semasa mengandung:

  1. Sebaik sahaja mengetahui anda hamil, lakukan pemeriksaan gigi semasa awal kehamilan.
  2. Bersihkan kawasan gusi dan gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  3. Gunakan berus yang lembut bagi memberus gigi.
  4. Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida dan bersihkan celah-celah gigi dan gusi menggunakan flos.
  5. Pilih makanan yang berkhasiat dan kurangkan makanan manis dan bergula.
  6. Jika mengalami alahan loya atau muntah-muntah, gunakan ubat kumur yang berfluorida bagi melindungi      gigi daripada serangan asid.

Payudara

Sejak awal kehamilan, anda akan dapat merasai perubahan pada bahagian payudara anda. Perubahan ini adalah normal kerana payudara anda sedang bersiap-sedia untuk menerima kehadiran bayi.

Antara perubahan yang akan anda alami ialah pembesaran payudara termasuklah bahagian areola dan puting, payudara sensitif, warna bahagian areola dan puting lebih gelap daripada biasa, urat kelihatan di sekeliling payudara dan payudara anda akan mula mengeluarkan cecair kekuning-kuningan yang dikenali sebagai kolostrum.

Apa perlu anda lakukan?

  • Jaga kebersihan payudara anda.
  • Sokong payudara dengan coli yang bersesuaian mengikut saiz payudara.
  • Pakai pelapik puting payudara bagi mengelakkan coli basah terkena kolostrum.
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan urutan yang sesuai bagi mempersiapkan air susu ibu.

Panduan membeli coli materniti

  1. Menampung atau menyokong payudara.
  2. Tali bahu yang luas.
  3. Penutup boleh laras atau fleksibel.
  4. Jangan pilih coli berdawai kerana boleh menyekat saluran susu.

Bahagian intim

Semasa hamil, bahagian kemaluan wanita turut mengalami perubahan. Lazimnya, wanita hamil akan mengalami keputihan yang lebih banyak berbanding kebiasaan. Hal ini terjadi disebabkan peningkatan hormon estrogen dan aliran darah pada vagina wanita hamil. Ketahuilah keputihan semasa hamil adalah normal.

Namun, cecair berwarna putih melekit atau kuning pucat ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa. Segelintir wanita hamil juga mungkin mengalami keputihan disertai bau yang kurang menyenangkan dan ada juga yang mengalami kegatalan pada alat sulit. Ini terjadi disebabkan jangkitan kuman dan bakteria, dan ketahuilah bahawa ia tidak normal. Jika dibiarkan, jangkitan pada vagina boleh membahayakan pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Apa perlu anda lakukan?

  1. Pakai pelapik seluar dalam (panty-liner).
  2. Gunakan kapas atau tisu khas bagi mengelap alat sulit.
  3. Jika mengalami keputihan berbau, berbincanglah dengan doktor bagi mengatasi masalah tersebut kerana dikhuatiri terkena jangkitan bakteria atau kulat pada kemaluan.
  4. Jangan sewenang-wenangnya menggunakan penyembur atau penghilang bau faraj kerana mungkin akan lebih memudaratkan.

5 tips jaga kebersihan alat sulit:

  1. Mencuci menggunakan air yang bersih.
  2. Pilih pencuci bahan intim yang mempunyai PH yang sesuai.
  3. Kerap tukar seluar dalam.
  4. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas.
  5. Pilih pembersih bahagian intim yang bebas wangian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Bukan hanya konjunktivitis, terdapat beberapa lagi jenis sakit mata yang boleh berlaku pada kita semua. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kebersihan telinga

    Ku Sangkakan Pekak, Rupanya Telinga Tersumbat! Apa Perlu Buat Jika Alaminya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan