backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Insomnia semasa Hamil? Ini 6 Cara Atasinya, BERKESAN!


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/10/2021

Insomnia semasa Hamil? Ini 6 Cara Atasinya, BERKESAN!

Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting terutamanya berkaitan tidur kerana ada ibu hamil yang mengalami kesukaran untuk tidur. Jom ketahui cara mengatasi masalah insomnia semasa berbadan dua.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Cara mengatasi masalah insomnia

Insomnia adalah persepsi tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti. Perubahan hormon dan ketidakselesaan fizikal semasa hamil boleh memberi kesan kepada kualiti tidur ibu hamil.

Ramai ibu hamil yang berasa sukar untuk tidur kerana mereka tidak selesa, kerap ke tandas, mengalami kekejangan kaki, dan ada yang berasa teruja- dan juga bimbang- memikirkan kelahiran bayi nanti.

Memandangkan ibu hamil akan berdepan dengan pelbagai perubahan dalam kesihatan fizikal mereka, begitu juga emosi, jadi insomnia mungkin boleh terjadi kepada kebanyakan wanita semasa hamil.

Hal ini adalah disebabkan oleh banyak sebab, namun terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini daripada terjadi.

Dapatkan posisi paling selesa

Anda boleh mencuba posisi tidur yang baru untuk mencari cara yang lebih selesa untuk anda tidur. Bantal tidur boleh digunakan untuk menyokong keselesaan anda semasa trimester ketiga.

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan bantal seperti meletakkannya di bawah kepala ataupun lengan anda, mengepit bantal antara dua lutut ataupun menyelitkan sedikit di bahagian belakang badan anda.

Carilah posisi yang mana anda selesa.

Baca juga:

Kurangkan meridap, antara cara mengatasi masalah insomnia

Tidur pada siang hari, terutama semasa trimester pertama, adalah digalakkan untuk wanita hamil.

Akan tetapi, meridap adakalanya membuatkan anda lebih sukar untuk tidur pada waktu malam kerana anda sudah cukup rehat pada waktu siang.

Rancang pemakanan anda dengan bijak

Minum segelas susu suam boleh membantu memberikan anda mood tidur. Makanan yang tinggi karbohidrat, seperti roti ataupun biskut, juga boleh membantu anda ingin tidur.

Sebagai tambahan, snek yang tinggi protein juga boleh memastikan tahap gula darah meningkat dan boleh mencegah mimpi buruk, sakit kepala, dan rasa panas.

Namun, anda perlu selesai makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur anda, elakkan juga makan makanan berat pada lewat malam.

cara mengatasi masalah insomnia

Cara mengatasi masalah insomnia #Tangani kebimbangan dan dapatkan rehat

Bimbang tentang bayi dalam kandungan boleh menyebabkan anda kehilangan tidur.

Jadi, bercakaplah dengan pasangan, rakan, keluarga ataupun ahli terapi untuk mendapatkan idea bagaimana menangani kebimbangan anda.

Selain itu, anda juga boleh cuba beberapa teknik relaksasi seperti regangan, yoga, urutan, pernafasan dalam dan mandian panas sebelum masuk tidur, yang mana boleh membantu anda menenangkan minda dan merehatkan otot.

Bersenam setiap hari

Senaman harian semasa hamil menggalakkan kesihatan fizikal dan mental. Senaman juga boleh membantu anda tidur lebih lena.

Walau bagaimanapun, senaman yang keterlaluan dalam masa empat jam sebelum tidur adalah perlu dielakkan.

cara mengatasi masalah insomnia

Cipta suasana tidur

Pastikan bilik anda menyediakan suhu dan nyalaan lampu yang selesa untuk anda tidur, antara cara mengatasi masalah insomnia semasa hamil boleh dicuba.

Nyalaan biru yang datang dari telefon bimbit, tablet, ataupun jam digital di sebelah meja tidur anda mungkin boleh mengganggu waktu tidur anda. Sebelum tidur, pastikan anda menutup suis televisyen, komputer, dan semua sumber nyalaan biru.

Jika anda masih tidak boleh tidur, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengambil ubat tidur, namun ia boleh menyebabkan ketagihan dan juga boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tanya doktor anda dahulu sebelum mengambil sebarang pil. Ingatlah bahawa pil mungkin menjadi penyelesaian jangka pendek, jadi buatlah perubahan pada gaya hidup anda bagi membolehkan anda cukup tidur semasa hamil.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.




Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan