Pengambilan Kafein Semasa Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda tidak perlu berhenti mengambil kafein jika hamil. Bagaimanapun, anda perlu cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein jika selalunya anda mengambil lebih daripada 200mg kafein sehari. Had anda sehari ialah dua gelas teh, dua gelas kopi segera ataupun satu gelas kopi turas.

Apa jadi jika saya mengambil banyak kafein semasa hamil?

Jika anda kerap mengambil kafein melebihi jumlah kafein yang disarankan semasa hamil boleh menimbulkan risiko keguguran dan berat bayi rendah semasa lahir. Akan tetapi, jangan takut jika sesekali anda mengambil kopi lebih daripada 200mg kerana dipercayai risikonya masih rendah.

Bagaimana kafein mempengaruhi bayi saya?

Apabila anda mengambil secawan kopi, kafein akan memasuki plasenta melalui cecair amniotik dan aliran darah bayi anda. Oleh sebab kafein akan meningkatkan kadar jantung dan metabolisme anda, serta menjadikan anda lebih berjaga-jaga, pengambilannya boleh juga memberi kesan kepada bayi dalam kandungan anda. Bayi anda akan rasa sedikit kurang tenteram selepas anda minum kopi. Pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak boleh memberi impak negatif kepada bayi anda. Sesetengah laporan menunjukkan bayi yang ibunya minum lebih daripada 500mg kafein sehari semasa hamil mempunyai tinggi risiko:

• Kadar jantung lebih laju
• Kadar pernafasan meningkat
• Lebih banyak terbanyak

Walau bagaimanapun, satu atau dua gelas teh atau kopi sehari tidak akan menjejaskan kandungan anda.

Bagaimana kafein mempengaruhi tubuh anda?

Jika anda mengambil jumlah kafein yang besar, anda perlu pergi ke tandas lebih kerap kerana ia sejenis diuretik. Kafein juga boleh menggalakkan pembebasan asid dalam perut anda, yang mana ada kalanya boleh menjurus kepada masalah perut atau cirit-birit. Kafein yang banyak juga boleh membuatkan anda terjaga sepanjang malam jika anda mengambilnya pada lewat hari (petang atau malam). Ini akan membuatkan anda sakit kepala selepas kafein disaring daripada sistem badan. Cuba untuk tidak minum teh ataupun kopi dengan hidangan anda kerana minuman ini mengandungi bahan yang boleh mengurangkan kemampuan tubuh untuk menerima zat besi daripada makanan bukan-daging.

Berapa banyak kafein yang perlu saya ambil setiap hari?

Kopi, teh (termasuklah teh hijau), kola, sesetengah minuman tenaga dan coklat semuanya mengandungi kafein.

Jika anda membeli kopi, ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espresso dan kopi yang berasaskan espresso seperti latte adalah berbeza. Tahap kafein dalam secawan kopi boleh berubah daripada 50mg per espresso kepada sebanyak 300mg per espresso. Jadi, dengan hanya satu cawan kopi besar kapucino yang kuat mungkin sudah melebihi had harian anda.

Anda boleh mengambil susu, jus buah dan air kosong sebagai alternatif yang sihat untuk menggantikan minuman berkafein semasa hamil. Jika anda menggemari teh herba, ingatlah bahawa ada sesetengahnya yang mengandungi kafein. Teh herba juga boleh mengandungi herba tertentu dan bahan tambahan yang mungkin tidak selamat untuk kandungan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    hidup gembira

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan