Pemilihan Jantina: Masa dan Stres

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Meskipun terdapat tip-tip tentang konsepsi, tetapi malangnya tiada bukti yang kukuh menunjukkan pengaruh hasil konsepsi. Jadi, tiada salahnya untuk anda mencuba beberapa petua di bawah bagi mendapatkan pilihan jantina yang anda inginkan.

Tahap Stres

Sekiranya anda ingin mempunyai bayi lelaki, anda tidak boleh berasa stres. Tetapi jika anda tidak percaya, cubalah hilangkan baran anda – kata kajian tertentu. Sebuah kajian di England yang dibentangkan di persidangan tahunan American Society of Reproductive’s Medicine di Orlando, sebanyak 130 orang ibu yang baru sahaja melahirkan anak ditemuramah tentang kehidupan seharian mereka dan amalan seks, tahap kortisol mereka – hormon utama stres – juga disukat. Keputusan yang ditunjukkan adalah mengejutkan. Wanita yang mempunyai paras kortisol yang tinggi mempunyai 75 peratus peluang yang rendah untuk mempunyai bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Bagi mereka yang mempunyai tahap kortisol kedua tertinggi, keputusan menunjukkan 69 peratus paras kortisol ditunjukkan. Keputusan yang sama diperhatikan di dalam sebuah kajian yang dikeluarkan pada 2007 di mana 8700 wanita Belanda telah menyertainya.

Terdapat kajian lain yang dilakukan di Greece pada tahun 2013 yang telah melakukan pemerhatian terhadap nisbah jantina penduduk pulau Zakynthos dan ia telah mengesahkan kaitan di antara tahap stres ibu dan jantina bayi mereka, dengan menunjukkan bukti kukuh 2 tahun selepas kejadian bencana alam terbesar di pulau tersebut – gempa bumi – kadar kelahiran bayi lelaki menurun dengan mendadak. Fenomena ini juga ditemui pada penduduk yang dilanda gempa bumi di Kobe (Jepun), gempa bumi Ban dan gempa bumi Tarapaca (Chile).

Kromosom X tidak lemah seperti kromosom Y. Maka, ia tidak perlu berjuang lebih di dalam persekitaran yang mencabar berbanding kromosom Y. Walaupun begitu, menurut Dr. Allan Pacey, pakar kesuburan dan pensyarah senior di University of Sheffield, stres bukanlah penentunya.

Masa konsepsi

Ia telah dibuktikan bahawa sperma lelaki yang mengandungi kromosom Y berenang lebih laju tetapi ia mempunyai jangka masa yang pendek berbanding kromosom X. Fakta ini dipercayai menyokong teori bahawa sekiranya persetubuhan dilakukan semasa proses ovulasi perempuan, kemungkinan untuk mempunyai bayi lelaki adalah tinggi. Terdapat juga petua yang dicadangkan semasa persetubuhan, posisi tertentu boleh digunakan untuk pemilihan jantina (sebagai contohnya, posisi misionary adalah untuk bayi perempuan manakala posisi rear entry adalah untuk bayi lelaki).

Fakta ataupun auta?

Meskipun terdapat pelbagai cara yang ditularkan, tiada petua yang boleh menjamin kejayaan pilihan jantina. Perubahan mungkin ada, tetapi ia adalah kecil untuk dikira sebagai pengaruh. Melihat kepada situasi umumnya, kemungkinan bagi wanita untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan masih lagi 50/50.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

    Air lemon mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Buah yang kaya dengan vitamin C ini banyak kebaikannya jika diamalkan setiap hari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Tahukah anda bahawa warna lidah boleh menunjukkan tahap kesihatan anda? Cuba periksa lidah anda. Adakah lidah berwarna putih, hitam ataupun merah jambu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

    Ramai yang tahu cara untuk memberus gigi namun tidak tahu cara cuci berus gigi sebelum atau selepas menggunakannya. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    PCOS adalah keadaan yang mengganggu hormon dan kesuburan seseorang wanita. Justeru, pesakit yang inginkan zuriat mungkin sukar untuk mengesan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    berat badan kolesterol tinggi

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah selulit

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    menguruskan badan

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan