backup og meta

Bekukan Sel Telur, Bagaimana Ia Membantu Wanita Merancang Kehamilan Masa Depan?

Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, terdapat pelbagai pilihan yang boleh membantu merancang kehamilan, antaranya seperti prosedur pembekuan sel telur perempuan.

Dalam artikel ini, akan kami jelaskan apa itu pembekuan telur, bagaimana ia dilakukan dan sebagainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Proses pembekuan telur 

Pembekuan telur atau nama saintifiknya oocyte cryopreservation, merupakan prosedur di mana telur wanita akan diambil, dibekukan dan disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan. 

Kemudian telur atau ovum yang telah dibekukan ini boleh dicairkan semula, disenyawakan dan dimasukkan ke dalam rahim apabila individu tersebut bersedia untuk hamil.

Eh kalau telur dah dibekukan, boleh ke hamil?

telur perempuan
Proses pembekuan pantas dikenali sebagai vitrifikasi.

Umumnya, proses ini menggunakan kaedah pembekuan pantas yang dikenali sebagai vitrifikasi. Ia adalah kaedah yang mudah, berkesan, dan tidak membahayakan.

Pembekuan ini membantu melindungi sel telur daripada kerosakan apabila direndam dalam cecair nitrogen dan disimpan pada suhu -196°C. Menariknya melalui kaedah tersebut, telur dapat disimpan dengan baik sehingga 10 tahun.

Memilih membekukan sel telur perempuan

Berbeza dengan pembekuan embrio (embryo cryopreservation), pembekuan telur tidak memerlukan sperma kerana telur belum disenyawakan sebelum ia dibekukan.

Terdapat pelbagai faktor kenapa seseorang mungkin mempertimbangkan untuk menjalani proses pembekuan telur pada perempuan, seperti:

Menjalani rawatan kanser atau penyakit lain

Rawatan untuk kanser seperti kemoterapi, radioterapi dan pembedahan ovari boleh menjejaskan keupayaan untuk hamil. Membekukan ovum sebelum memulakan rawatan mungkin memberi peluang untuk mempunyai anak sendiri pada masa hadapan.

Menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF)

IVF adalah prosedur perubatan di mana ovum perempuan yang diambil daripada ovari disenyawakan dengan sperma di dalam makmal. Ia biasanya digunakan sebagai rawatan untuk pasangan yang menghadapi kesukaran untuk hamil.

Pembekuan telur juga boleh menjadi pilihan bagi individu menjalani IVF tetapi mempunyai keberatan dari segi agama. Hal ini demikian kerana mengikut fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, hukum prosedur pembekuan telur haram dilakukan wanita beragama Islam.

telur perempuan
Antara individu yang sesuai jalani proses IVF.

Sejarah keluarga menopaus awal

Keadaan genetik seperti sindrom Turner atau sindrom Fragile X boleh meningkatkan risiko masalah kekurangan ovari utama (primary ovarian insufficiency). 

Ini adalah istilah perubatan untuk keadaan di mana ovari tidak menghasilkan sebanyak folikel seperti biasa bagi individu yang berusia bawah 40 tahun.

Risiko berkaitan prosedur pembekuan telur perempuan

Pembekuan ovum perempuan adalah satu prosedur yang biasa dilakukan dan dianggap sebagai pembedahan kecil. Komplikasi serius berkaitan dengan ubat-ubatan dan proses pengambilan ovum perempuan jarang berlaku. 

Namun, seperti mana-mana prosedur perubatan, perkara yang tidak dijangka masih boleh berlaku. Antaranya termasuk:

Sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS)

Komplikasi ini boleh berlaku akibat rangsangan ovari. Gejalanya boleh berbeza bagi setiap individu. Ia terjadi apabila seseorang menghasilkan bilangan telur pada perempuan yang lebih banyak daripada biasa.

OHSS biasanya ringan dan boleh dirawat dengan ubat tahan sakit yang boleh dibeli di farmasi. Dalam kes sangat jarang berlaku, OHSS yang teruk boleh mengancam nyawa. 

Adalah penting untuk menghubungi klinik kesuburan anda sekiranya mengalami sebarang simptom OHSS, seperti:

  • Perut bengkak dan sakit perut
  • Loya dan muntah
  • Kesukaran bernafas
  • Kurang kencing

[embed-health-tool-ovulation]

Kesan prosedur pengambilan telur

Ada beberapa masalah yang berpotensi untuk berlaku selepas prosedur pembekuan sel telur perempuan, termasuklah pendarahan, jangkitan, dan trombosis (gumpalan darah yang menyekat saluran darah atau arteri).

Dibius atau diletakkan di bawah anestesia juga boleh membawa kepada beberapa kejadian yang tidak dijangka.

Implikasi emosi

Pembekuan telur pada perempuan boleh memberi peluang untuk kehamilan pada masa hadapan, tetapi tiada jaminan bahawa prosedur ini akan berjaya. 

Penyimpanan ovum perempuan mungkin memberikan rasa selamat palsu dan boleh menggalakkan penangguhan untuk memiliki anak, tanpa jaminan kejayaan kehamilan masa hadapan.

Cara pembekuan telur perempuan

Ingin tahu apakah cara proses pembekuan ovum perempuan? Ini penjelasannya: 

#1. Perundingan awal dengan pakar obstetrik-ginekologi (OB/GYN) atau Pakar Endokrinologi Reproduktif (REI) di klinik kesuburan yang berlesen.

#2. Ujian darah dan imbasan ultrasound – Ujian ini menganggarkan bilangan telur di ovari anda yang boleh dikumpul untuk pembekuan.

#3. Rundingan susulan 

#4. Memulakan rawatan pembekuan telur (suntikan hormon harian di rumah) – Anda akan diberikan suntikan hormon selama 9 hingga 10 hari untuk merangsang ovari dan menghasilkan beberapa telur matang.

#5. Pemantauan pertumbuhan telur dan meneruskan suntikan hormon harian di rumah.

#6. Sel ovum mencapai tahap matang.

#7. Pengambilan telur pada perempuan – Biasanya dilakukan di klinik kesuburan. Anda akan diberikan suntikan anestesia atau ubat penenang untuk membantu anda tidur.

#8. Pembekuan telur dan penyimpanan – Telur dikumpul dan dibekukan, biasanya melalui proses dipanggil vitrifikasi, yang membantu mencegah pembentukan kristal ais semasa proses pembekuan.

Adakah pembekuan telur perempuan selamat?

Setakat ini, lebih daripada 5,000 bayi dilahirkan daripada telur yang dibekukan Lebih daripada 900 bayi tidak menunjukkan peningkatan kadar kecacatan kongenital. Tiada komplikasi kehamilan selepas pembekuan telur.

telur perempuan
Proses pembekuan telur adalah selamat untuk dilakukan.

Walaupun angka-angka ini melegakan, namun ia memerlukan beberapa tahun pemantauan untuk memastikan bahawa bayi yang dilahirkan

Jika anda ingin mengetahui kos sebenar untuk pembekuan sel telur perempuan, hubungi klinik kesuburan yang menawarkan prosedur ini untuk mendapatkan maklumat mengenai harga terkini.
melalui teknologi pembekuan telur tidak mempunyai kadar kecacatan kongenital yang lebih tinggi.

Kos untuk pembekuan telur perempuan

Mesti ada yang ingin mengetahui berapa kos untuk pembekuan telur, betul tak?

Kos pembekuan telur boleh berbeza bagi setiap individu. Ia mungkin berbeza bergantung pada keadaan perubatan diri.

Setiap proses pengambilan telur boleh menelan kos antara RM10,000-RM15,000. Bayaran tahunan untuk menyimpan telur adalah kira-kira RM1,000. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran kasar.

Proses pengambilan telur bagi setiap kali boleh menelan kos antara RM10,000 hingga RM15,000. Yuran tahunan untuk menyimpan telur adalah sekitar RM1,000. Namun, ini hanyalah anggaran kasar.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Egg freezing. https://www.hfea.gov.uk/treatments/fertility-preservation/egg-freezing  / Diakses pada April 21, 2025.
  2. Egg Freezing. https://www.uclahealth.org/medical-services/obgyn/fertility/egg-freezing.  / Diakses pada April 21, 2025.
  3. Freezing Eggs: Preserving Fertility for the Future. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/freezing-eggs-preserving-fertility-for-the-future. /Diakses pada April 21, 2025.
  4. Freezing Fertility: Oocyte Cryopreservation and the Gender Politics of Aging.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK568238/.  Diakses pada April 21, 2025. 
  5. Noyes N, Porcu E, Borini A. Over 900 oocyte cryopreservation babies born with no apparent increase in congenital anomalies. Reprod Biomed Online. 2009 Jun;18(6):769-76. doi: 10.1016/s1472-6483(10)60025-9. PMID: 19490780. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19490780/. Diakses pada April 21, 2025.
  6. Irsyad Hukum Siri Ke -714 : Hukum Bekukan Ovum Kerana Lambat Nikah. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5380-irsyad-al-fatwa-siri-ke-714-hukum-membekukan-ovum-kerana-lambat-nikah. Diakses pada April 21, 2025.

Versi Terbaru

22/04/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Keputihan Boleh Jadi Tanda Awal Mengandung? Ini Cara Tepat Nak Tahu Hamil Atau Tidak!

Hamil Ke Tak? Ini 5 Jenis UPT Boleh Detect Awal Kehamilan Dengan TEPAT, Kena Try!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 22/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan