Faktor risiko
Beberapa faktor boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk punca wanita tidak subur terjadi, seperti:
- Umur. Risiko meningkat antara usia 35-40. Namun ia turut boleh dialami individu lebih muda, bahkan remaja
- Sejarah keluarga. Risiko juga meningkat sekiranya ada sejarah keluarga yang mengalami POI
- Pembedahan ovari. Pembedahan melibatkan ovari akan meningkatkan risiko untuk mengalami kegagalan ovari pramatang ini
- Genetik. Perubahan dan keadaan pada genetik menjadikan wanita berisiko tinggi untuk POI
Komplikasi kekurangan ovari utama
Beberapa risiko masalah kesihatan lain turut berkembang seperti:
Kemandulan
Kesuburan seorang wanita terganggu disebabkan POI akan menjejaskan peluangnya untuk hamil. Dalam kes jarang berlaku, kehamilan boleh terjadi sehingga kehabisan telur dalam ovari.
Osteoporosis
Estrogen membantu mengekalkan tulang yang kuat. Wanita dengan tahap estrogen rendah berisiko mengalami tulang lemah dan rapuh serta cenderung untuk patah.
Kemurungan atau kegelisahan
Risiko kemandulan dan komplikasi lain mengakibatkan sesetengah wanita menjadi murung atau mudah cemas.

Penyakit jantung
Tahap estrogen rendah mempengaruhi otot yang melapisi arteri dan meningkatkan penumpukan kolesterol pada arteri – mengembangkan risiko aterosklerosis.
Sindrom mata kering dan penyakit permukaan mata
Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan penglihatan kabur. Tanpa rawatan , ia boleh mengakibatkan kerosakan mata kekal.
Fungsi tiroid rendah
Dikenali sebagai hipotirodisme – ia menjejaskan metabolisme dan tahap tenaga badan yang sangat rendah serta otak tidak aktif.
Merawat punca wanita tidak subur
Buat masa ini tiada rawatan terbukti dapat mengembalikan fungsi normal ovari. Namun ada cara yang boleh mengatasi gejala POI serta menurunkan risiko masalah kesihatan.
- Terapi penggantian hormon (HRT) – memberikan tubuh estrogen dan hormon lain yang tidak dihasilkan ovari. HRT meningkatkan keinginan seksual, mengurangkan risiko penyakit jantung dan osteoporosis
- Suplemen kalsium dan vitamin D – ini kerana wanita POI berisiko tinggi mengalami osteoporosis
- Persenyawaan in vitro (IVF) – jika mengalami kekurangan ovari utama dan ingin hamil, anda boleh mencuba rawatan IVF
- Aktiviti fizikal kerap dan berat badan seimbang – dapat menurunkan risiko osteoporosis dan penyakit jantung
- Merawat masalah berkaitan – jika wujud masalah berkaitan POI, ia penting untuk merawatnya juga. Rawatan mungkin melibatkan pengambilan ubatan dan hormon
Pemeriksaan doktor
Jika anda lewat mengalami haid selama 3 bulan atau lebih, berjumpalah doktor untuk mengetahui puncanya.
Haid lewat boleh terjadi kerana beberapa faktor seperti kehamilan, tekanan, perubahan diet atau tabiat bersenam. Tetapi, adalah lebih baik jika ia dinilai oleh pakar.
Anda mungkin tidak kisah dengan masalah kesuburan seorang wanita seperti tidak mengalami haid, namun lakukanlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui puncanya.
Ini kerana tahap estrogen rendah cenderung menyebabkan kerapuhan tulang dan risiko penyakit jantung.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen