Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 10/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tidak semua pasangan suami isteri sudah bersedia untuk mengandung dan menimang cahaya mata, bukan?

Disebabkan itu, pelbagai kaedah kontraseptif akan digunakan seperti pengambilan pil perancang, penggunaan kondom dan teknik pancut luar.

Namun ada kajian yang kata bahawa teknik mengeluarkan air mani daripada zakar di luar faraj bukanlah berkesan seperti yang kita semua sangkakan.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!

Apa itu teknik pancut luar?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, marilah kita semua belajar mengenai definisi teknik ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, teknik pancut luar adalah satu kaedah yang memerlukan lelaki menarik zakar keluar daripada faraj sebelum ejakulasi, semasa melakukan hubungan seks.

Ini dilakukan demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam faraj sekali gus mengurangkan kemungkinan sperma berenang masuk ke dalam ovari untuk proses persenyawaan.

Ia merupakan antara kaedah kontraseptif atau perancangan keluarga yang semula jadi tanpa memerlukan bantuan sebarang alat mahupun ubat.

Ya, ia mungkin kedengaran seperti mudah namun adalah sangat sukar untuk dilakukan jika kurang pengalaman.

pancut luar

Adakah teknik pancut luar berkesan?

Mungkin ramai yang melakukannya tanpa tahu sama ada ia benar-benar berkesan bukan? Kami ada jawapannya!

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal Of The American Sexually Transmitted Association, sebenarnya teknik ini tidaklah berkesan seperti yang kita semua sangkakan.

Dikatakan terdapat kemungkinan kegagalan teknik ini membendung kehamilan luar jangkaan sebanyak 18.8%!

Dalam pada itu, kajian ini turut mendedahkan bahawa 27% wanita didapati telah hamil di luar jangkaan meskipun pasangan mereka melakukan teknik pancut luar.

Dapat disimpulkan di sini bahawa teknik ini bukanlah langsung tidak berkesan namun masih terdapat risiko di mana kehamilan luar jangkaan itu berlaku.

Persoalannya, mengapa?

Perkara yang mengurangkan keberkesanannya!

Seperti mana yang telah didedahkan oleh kajian tadi, teknik ini masih akan berkesan sekitar 70% dan 30% lagi di mana risiko kehamilan boleh berlaku.

Ia kerana teknik ini hanya akan berjaya sekiranya dilakukan dengan betul dan sebarang kesalahan yang dilakukan akan mengurangkan keberkesanannya.

Untuk pengetahuan anda, teknik ini mempunyai faktor risiko untuk gagal yang disebabkan oleh beberapa perkara:

pancut luar

Jadi, sila lebih berwaspada jika anda dan pasangan ingin cuba melakukannya okay?

Pro & kontra teknik pancut luar

Setiap perkara itu pasti ada pro dan kontra yang tersendiri dan ini termasuklah dengan teknik kontraseptif yang ramai percaya akan berkesan.

Pro

  • Teknik ini selamat kerana tidak mempunyai sebarang kesan sampingan
  • Teknik ini boleh dipercayai kerana tidak memerlukan sebarang penggunaan alat atau ubat
  • Teknik ini membenarkan hubungan seks berlaku dengan spontan serta tanpa persediaan yang rapi
  • Teknik ini boleh digunakan sebagai pilihan terakhir sekiranya sudah tiada lagi kaedah perancangan keluarga yang lain boleh dilakukan
  • Teknik ini tidak akan mendatangkan sebarang kos
  • Jika anda dan pasangan mempunyai pengalaman, kepercayaan dan boleh mengawal diri sendiri, teknik ini merupakan kaedah yang paling sesuai buat anda

Kontra

  • Teknik ini tidak sesuai untuk pasangan lelaki yang mempunyai kondisi ejakulasi pramatang
  • Teknik ini tidak sesuai digunakan oleh pasangan lelaki yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam melakukan hubungan seks
  • Teknik ini tidak sesuai digunakan oleh lelaki yang tidak memahami gerak balas seksual mereka
  • Teknik ini memerlukan pengalaman, kepercayaan serta kebolehan mengawal diri yang tinggi

Sila gunakan kaedah kontraseptif alternatif

pil kontrasepsi darurat

Buat kalian yang baru sahaja berkahwin, teknik pancut luar ini mungkin bukan untuk anda dan pasangan kerana tahap keberkesanannya dalam mencegah wanita daripada mengandung adalah lebih rendah.

Sebaiknya, sila gunakan kaedah kontraseptif alternatif lain yang ternyata lebih berkesan seperti pengambilan pil perancang atau penggunaan kondom.

Selain itu, anda dan pasangan juga mungkin boleh cuba gunakan prosedur yang lebih berat seperti pemasangan IUD atau pembedahan vasektomi.

Untuk lebih informasi, sila berhubung dengan doktor ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tak Menyusukan Bayi, Tapi Kenapa Ada Cecair Pada Puting? AWAS, Warna Jernih Petanda Barah!

Pengeluaran cecair puting bermaksud cairan dari puting payudara. Tapi mengapa sesetengah wanita alami kondisi ini walaupun tidak menyusu atau hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Wanita Lain 04/02/2021 . 3 minit bacaan

Wanita Yang Ambil Pil Perancang Berisiko Alami KECUT OTAK? Ini Kesan Pada Mental Kaum Hawa!

Ya, jangan terkejut dengan kenyataan di mana memang wujud kesan ambil pil perancang! Apakah ia? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kontrasepsi 03/02/2021 . 3 minit bacaan

Selain Muka, 4 Bahagian Tubuh Ini Juga Berisiko Jadi GELAP Ketika Hamil! Ini Cara Nak Rawat

Kondisi kulit gelap ketika hamil sebenarnya adalah perkara yang normal. Namun tahukah anda di mana ia akan muncul lagi selain muka? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

Pemasangan IUD di dalam rahim wanita mampu mengelakkan kehamilan luar jangkaan. Namun, ada beberapa sebab kenapa perlu buang IUD. Jom klik artikel!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Kontrasepsi 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bila boleh buat pregnancy test

Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
waktu subur perempuan

Kalau Nak ‘Family Planning’, Kena Tahu Waktu Subur Isteri Tau! Jom Fahami Kitaran Haid

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/02/2021 . 3 minit bacaan
apa itu gdm

Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
berapa hari selepas bersama boleh mengandung

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan