backup og meta

Benarkah Air Mazi Tak Menyebabkan Hamil? Ini Teori Yang Harus Diperbetulkan!

Benarkah Air Mazi Tak Menyebabkan Hamil? Ini Teori Yang Harus Diperbetulkan!

Benarkah air mazi iaitu cairan pra ejakulasi bukan punca yang menyebabkan wanita akan keluar cecair coklat atau hamil? Ini beza air mazi dan air mani yang perlu anda fahami.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Beza air mazi dan air mani

Apa sebenarnya sifat air mani dan air mazi atau cairan pra ejakulasi? Betul ke ia tidak akan menyebabkan wanita mengandung dengan keluar cecair coklat?

Pra ejakulasi atau dalam bahasa mudahnya, air mazi maksud adalah cairan jernih pekat yang keluar daripada zakar lelaki ketika terangsang.

Ini biasanya berlaku sebelum mereka mengalami ejakulasi.

Beza air mazi dan air mani adalah, cairan pra ejakulasi ini tidak berasal daripada testis. 

Jadi, adakah air mazi mengandungi air mani? Tidak!

Sebaliknya ia daripada kelenjar Cowper – 2 kelenjar berukuran kacang yang terletak tepat di bawah kelenjar prostat.

Umumnya, cairan ini boleh bertindak seperti pelincir semasa hubungan seksual. 

Selain itu, fungsi cairan pekat ini adalah untuk menjadikan air mani maksud kurang berair, sekali gus mewujudkan persekitaran hidup lebih kondusif untuk sperma.

Cairan pra ejakulasi punca wanita keluar cecair coklat?

beza air mazi dan air mani
Air mani yang mengandungi sperma.

Cecair coklat yang keluar itu biasanya adalah pendarahan implantasi, antara tanda-tanda awal mengandung.

Dan jawapannya adalah ya.

Walaupun seperti yang dinyatakan di atas tentang beza air mazi dan air mani adalah air mazi tidak dihasilkan oleh testis yang mengandungi sperma.

Tetapi masih wujud kemungkinan untuk berlaku kehadiran sperma dalam cairan pra ejakulasi ini akibat ‘kebocoron’.

Ini bermakna, risiko untuk hamil masih ada walaupun pasangan anda tidak mengalami ejakulasi sepenuhnya di dalam faraj.

Berdasarkan satu kajian kecil, mendapati bahawa lebih 40% lelaki mempunyai kandungan sperma dalam cairan pra ejakulasi mereka.

Keadaan ini dianggap seperti ‘pencemaran silang’ air mani yang mungkin terdapat pada ureter – tiub menyalurkan urin daripada pundi kencing ke hujung zakar – pada aktiviti seks terdahulu.

Situasi tersebut tidak mustahil untuk terjadi kerana walaupun ada beza air mazi dan air mani ini, air mazi maksud dan air mani maksud tetap keluar melalui saluran ureter. 

Bolehkah berlaku kehamilan jika pancut air mani di luar?

Sekali lagi, jawapan untuk persoalan itu adalah ya.

Walaupun lelaki sering mengatakan mereka hebat di ranjang, hakikatnya kebanyakan lelaki tidak tahu bila mereka mengalami pra ejakulasi.

Bahkan, mereka sendiri tidak mempunyai kawalan berkaitan pengeluaran air mazi.

Seperkara perlu anda fahami, untuk menarik keluar zakar atau dipanggil ‘pulls out’ memerlukan kawalan diri yang tinggi.

Dan ketika pasangan anda sedang terangsang atau mencapai orgasma, adalah sangat sukar untuk melakukannya!

Hanya dengan beberapa titis air mani yang berada di bahagian luar faraj, sperma boleh berenang masuk dan akhirnya menjadi punca anda hamil. Tandanya dengan keluar cecair coklat!

Risiko penyakit kelamin

beza air mazi dan air mani
Penggunaan kondom untuk cegah jangkitan kelamin.

Menarik keluar zakar juga tidak melindungi diri anda daripada jangkitan penyakit kelamin (STD).

Beberapa penyakit kelamin seperti ketuat genital dan herpes, boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit.

Manakala, jangkitan STD lain boleh terjadi semasa ejakulasi pramatang, iaitu seperti:

  • klamidia
  • sifilis
  • gonorrhea

Jadi jika tidak mahu mendapat STD, atau tidak mahu mendapat kehamilan mengejut, gunakanlah kondom dan sebarang alat pencegah kehamilan lain.

Masih boleh hamil walaupun tidak alami ovulasi

tanda ovulasi
Tanda wanita sedang berovulasi.

Anda pasti sudah memahami beza air mazi dan air mani. Tetapi masihkah wujud risiko untuk terjadi tanda hamil seperti keluar cecair coklat jika anda tidak berada dalam keadaan ovulasi?

Benarkah cecair pra ejakulasi lelaki masih boleh menyebabkan wanita hamil?

Ya, cairan pra ejakulasi tetap boleh menyebabkan berlakunya kehamilan walaupun wanita tidak mengalami ovulasi atau waktu subur bagi wanita.

Walaupun kemungkinan besar untuk mengandung hanya terjadi dalam waktu subur, tetapi jangan terlupa, sperma dapat hidup dalam badan selama 5 hari.

Ini bermakna jika sperma berada dalam saluran pembiakan sebelum ovulasi, wujud peratusan untuk ia masih ada dan hidup ketika anda mengalami ovulasi.

Ovulasi biasanya berlaku sekitar pertengahan kitaran haid. Biasanya sekitar 14 hari sebelum pendarahan haid bermula.

Bagi wanita dengan masalah kitaran haid tidak teratur, ia boleh menjadi lebih sukar untuk menentukan bila masa mereka mengalami ovulasi dan subur.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Can You Get Pregnant From Pre-Ejaculate? https://kidshealth.org/en/teens/ejaculate.html#. Accessed on July 19, 2022.
  2. Can pre-cum get you pregnant?
    https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/can-pre-cum-get-you-pregnant. Accessed on July 19, 2022.
  3. Better than nothing or savvy risk-reduction practice? The importance of withdrawal.  https://www.guttmacher.org/sites/default/files/pdfs/pubs/journals/reprints/Contraception79-407-410.pdf. Accessed on July 19, 2022.
  4. Sperm content of pre-ejaculatory fluid. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3564677/. Accessed on July 19, 2022.
  5. What are the disadvantages of the pull out method? https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/withdrawal-pull-out-method/what-are-the-disadvantages-of-withdrawal. Accessed on July 19, 2022.
  6. What is pre-ejaculatory fluid (also known as pre-cum), and can it cause pregnancy? https://www.ippf.org/blogs/what-pre-ejaculatory-fluid-also-known-pre-cum-and-can-it-cause-pregnancy#. Accessed on July 19, 2022.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan