backup og meta

Masalah Keputihan Wanita, Benarkah Ia Akan Jejaskan Kesuburan & Kehamilan Kelak?

Masalah Keputihan Wanita, Benarkah Ia Akan Jejaskan Kesuburan & Kehamilan Kelak?

Keputihan atau lelehan faraj ialah jangkitan kulat akibat kulat daripada jenis candida albicans. Persoalannya, apa kesan keputihan kepada wanita?

Keputihan lazim dialami oleh wanita, tetapi ia juga boleh berlaku dalam kalangan lelaki. Pun begitu, terdapat desas-desus yang mengaitkan keputihan dengan kesuburan dan kehamilan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kondisi ini?

Keputihan biasanya tidak menyakitkan, tetapi ia memberikan kesan tidak selesa kepada si penghidapnya. Lelehan faraj yang sihat adalah cair dan berwarna jernih.

Walau bagaimanapun, keputihan yang tidak sihat mengeluarkan lelehan yang pekat, berwarna putih dan ada kalanya keruh serta berbau busuk.

Simptom-simptom seseorang wanita itu mengalami keputihan adalah:

  • Lelehan putih (seperti keju kotej, yang selalunya tidak berbau
  • Kegatalan dan iritasi di sekeliling faraj
  • Sakit dan rasa pedih semasa melakukan hubungan seks atau semasa membuang air kecil

Namun, jika anda tidak pasti sama ada anda mengalami kesan keputihan kepada wanita ataupun tidak, anda perlu memeriksa lelehan faraj anda.

kesan keputihan kepada wanita

Mengapa saya boleh mengalami keputihan?

Salah satu pencetus keputihan berlaku adalah hubungan seks, dan kadangkala keputihan juga disalurkan melalui hubungan seks.

Keputihan berlaku disebabkan oleh kulat yang dipanggil candida, selalunya tidak menyakitkan.

Keputihan cenderung untuk membiak pada keadaan panas dan lembap, dan berkembang jika sisa bakteria berubah.

Ini boleh terjadi jika:

  • Kulit anda mengalami iritasi atau rosak
  • Anda mengambil antibiotik
  • Kawalan diabetes anda lemah
  • Anda mengalami sistem imun yang lemah
  • Anda mengalami fasa menopaus
  • Anda mungkin sedang hamil

Apakah wujud kesan keputihan kepada wanita?

Tiada bukti yang menunjukkan keputihan keputihan keluar banyak seperti air yang berlaku pada seseorang wanita itu boleh menjejaskan peluangnya untuk hamil.

Meskipun keputihan atau lelehan faraj membuatkan bahagian intim anda berasa tidak selesa, namun ia bukanlah termasuk dalam kategori penyakit kelamin atau STI.

Walau bagaimanapun, gejala keputihan seperti gatal dan rengsa boleh mengurangkan nafsu seks anda. Malahan, keputihan juga boleh membuatkan anda rasa pedih selepas melakukan hubungan seks.

Kesan keputihan kepada wanita ini sepatutnya tidak menghalang anda untuk hamil.

kesan keputihan kepada wanita

Namun, jika masalah ini dibiarkan tidak dirawat, ia mungkin akan menjejaskan keseimbangan pH pada lelehan faraj anda, seterusnya menyukarkan sperma untuk sampai kepada telur anda.

Justeru itu, keputihan perlulah dirawat bagi membolehkan anda dan pasangan menikmati hubungan intim anda berdua, sekali gus membantu meningkatkan peluang anda untuk hamil.  

Bagaimana untuk merawat masalah ini?

Anda perlu guna ubat antikulat untuk merawat masalah keputihan. Ubat antikulat ini boleh diambil dalam bentuk tablet dan dimasukkan ke dalam faraj anda.

Selain itu, ubat antikulat juga terdapat dalam bentuk krim bagi membantu anda melegakan kerengsaan.

Jika menggunakan ubat ini, keputihan biasanya akan hilang dalam masa seminggu, selepas 1 dos ubat digunakan atau krim disapu setiap hari.

Jika keputihan masih belum hilang, anda masih perlu menjalani rawatan. Tempoh rawatan boleh berlangsung sehingga 6 bulan.

Lazimnya, doktor akan membantu anda untuk mengenal pasti punca keputihan anda, yang mungkin disebabkan oleh haid ataupun hubungan seks.

Doktor juga akan menyarankan anda kekerapan menggunakan ubat tersebut.

Rawatan keputihan hanya perlu diberikan kepada anda jika anda sahaja yang mengalaminya, bukannya pasangan anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal Yeast Infection, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/5019-vaginal-yeast-infection, Accessed Oct 2 2023.
  2. Vaginal yeast infection, https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/vaginal-yeast-infection, Accessed Oct 2 2023.
  3. Yeast Infections in Girls and Young Women, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/genitourinary-tract/Pages/Yeast-Infections-in-Girls-and-Young-Women.aspx, Accessed Oct 2 2023.
  4. Answers to 6 burning questions about yeast infection during pregnancy, https://utswmed.org/medblog/yeast-infection-pregnant/, Accessed Oct 2 2023.
  5. Preventing Vaginal Yeast Infections With Lifestyle and Diet Changes, https://intermountainhealthcare.org/blogs/preventing-vaginal-yeast-infections-with-lifestyle-and-diet-changes, Accessed Oct 2 2023.

Versi Terbaru

03/10/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

Eh... Hamil Ke Tidak Sebenarnya Ni? Usah Keliru! Jom Semak 24 Tanda Awal Kehamilan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan