Seks selepas Bersalin: Berapa Lama Perlu Tunggu?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    Seks selepas Bersalin: Berapa Lama Perlu Tunggu?

    Selepas melahirkan anak, penjagaan bayi pasti membuatkan anda kerap berasa letih dan lesu. Apatah lagi, kini anda sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru. Walau bagaimanapun, selain daripada menjaga bayi baru lahir, seks adalah bahagian yang paling penting dalam mana-mana ikatan perkahwinan. Oleh itu, berapa lama anda perlu menanti untuk melakukan kembali seks selepas bersalin?

    Bilakah waktu yang selamat untuk melakukan seks selepas bersalin?

    Setiap ibu yang baru sahaja melahirkan bayi disarankan untuk menunggu sehingga pendarahan selepas bersalin (juga dikenali sebagai lochia) berhenti. Pendarahan ini selalunya berlangsung kira-kira tiga minggu selepas anda melahirkan bayi. Ini adalah bagi memberi masa untuk proses penyembuhan luka dalam rahim (atau dikenali sebagai uterus) dengan tempat plasenta keluar. Hubungan seks yang dilakukan sebelum luka benar-benar sembuh boleh menjurus kepada jangkitan.

    Bilakah mood untuk melakukan seks akan muncul selepas saya bersalin?

    Perkara ini berbeza untuk setiap individu tentang perasaan mereka untuk kembali melakukan hubungan seks. Tidak ada norma, atau masa yang ditetapkan untuk anda mula kembali melakukan hubungan kelamin. Perkara paling penting adalah untuk menunggu sehingga anda bersedia dari segi mental dan fizikal. Sesetengah pasangan akan mula melakukan hubungan seks kembali dalam tempoh sebulan selepas wanita bersalin. Walau bagaimanapun, separuh daripada golongan wanita selepas bersalin yang mendapat koyakan atau episiotomi akan menanti sehingga sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan seks. Sebelum tempoh 3 bulan, lazimnya kebanyakan pasangan sudah kembali melakukan hubungan intim, sementara sesetengah yang lain akan menunggu sehingga tempoh enam bulan. Jika anda dan pasangan anda mahu melakukan seks sebelum pemeriksaan postnatal iaitu pada kira-kira 6 minggu selepas bersalin, anda boleh mencuba jika mahu.

    Sebaliknya, jika anda masih belum bersedia untuk melakukan seks, anda boleh bermula bermesra dengan cara berciuman dan menyentuh pasangan serta rapat secara fizikal. Cuba lakukan perkara ini perlahan-lahan walaupun jika anda berasa letih kerana menjaga bayi baru lahir.

    Bagaimana jika pasangan saya bersedia untuk melakukan hubungan seks, tetapi saya masih belum?

    Berborak dengan pasangan dapat membantu anda berdua mengetahui perasaan masing-masing. Walaupun pasangan anda mungkin akan terasa seperti ditolak jika anda masih belum bersedia untuk ‘bersama’, namun anda tidak perlu tergesa-gesa untuk melakukannya hanya kerana ingin memuaskan pasangan anda. Seks sepatutnya menyeronokkan untuk anda berdua.

    Apakah perkara yang perlu saya perhatikan?

    Jika anda kerap berasa sakit semasa melakukan hubungan seks, walaupun pasangan anda sudah berhati-hati dan lembut semasa ‘bersama’, bercakaplah dengan doktor anda tentang perkara ini. Dalam sesetengah kes, koyakan atau episiotomi boleh membawa kepada ketidakselesaan jangka panjang. Walau bagaimanapun, pembedahan boleh meletakkan semuanya dengan selesa.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan