Teringin Air Kelapa Sewaktu Hamil, Adakah Ia Menyebabkan Bahaya Pada Kandungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 22/01/2021 . 2 minit bacaan
Share now

Air kelapa dianggap selamat untuk diminum semasa hamil asalkan anda mengambilnya secara sederhana. Malahan, air ini juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral semula jadi.

Minum air kelapa semasa trimester pertama boleh menyelamatkan wanita hamil daripada dehidrasi yang disebabkan oleh mabuk hamil. Apatah lagi, air ini juga membantu menangani masalah pedih hulu hati dan sembelit semasa hamil.

Masa terbaik untuk minum ialah di awal pagi. Semasa waktu ini, dengan perut yang kosong, anda boleh menyerap elektrolit dan nutrien dalam air ini dengan mudah.

Secawan air kelapa mengandungi 46 kalori, 252 mg sodium, 600 mg potassium, 8.9 g karbohidrat, 2.6 g serat pemakanan, 6.26 g gula dalam semua jenis dan kira-kira 6% kalsium.

Ibu hamil adalah disarankan untuk minum air kelapa segar. Jika terdedah kepada udara, ia akan mengalami fermentasi dan nilai nutrisinya menurun.

Adakah sebarang kesan sampingan jika saya minum air kelapa semasa hamil? 

minum-air-kelapa

Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang menunjukkan minum air ini boleh membawa pelbagai risiko kesihatan.

Malahan, air ini juga adalah sama seperti air jus buah-buahan lain, tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, anda masih perlu ingat akan dua perkara ini:

  • Jika anda mengalami pre-eklampsia, santan adalah tidak sesuai untuk anda. Ini kerana santan dilengkapi dengan sodium, yang boleh menjejaskan keadaan kesihatan anda.
  • Air kelapa dari buah yang sudah masak boleh meletakkan anda pada risiko sembelit.

Berapa banyak yang saya boleh minum?

Dalam sebarang pelan pemakanan, bersederhana adalah kunci terbaik. Bagi wanita hamil, satu gelas sehari adalah mencukupi.

Jika ingin menikmati air ini, ingatlah untuk memilih air yang segar dan minum menggunakan straw yang bersih.

Selain itu, minuman ini dalam bentuk semula jadi adalah lebih baik berbanding yang dalam tin atau botol.

Bagaimana untuk memilih kelapa yang betul? 

kelapa

Bagi menikmati air ini, anda perlu tahu untuk memilih buah kelapa terbaik.

Kelapa segar adalah buah yang ringan dan manis tanpa ada isi terapung di dalamnya.

Jika airnya berasa masam, ia kerana kelapa tersebut sudah masak.

Berikut adalah tips untuk mencari kelapa yang lembut dan segar:

Pilih kelapa yang bersaiz medium, dengan kulit hijau dan bersih. Jangan pilih kelapa yang mempunyai tempurung coklat keras dan tompok kelabu kerana ciri-ciri tersebut menunjukkan buah yang sudah masak dan matang.

Letakkan kelapa berdekatan telinga anda dan kemudian goncangkan dengan kuat. Kelapa yang mengandungi banyak air akan menghasilkan bunyi slosh menarik apabila digoncang.

Simpan kelapa di tempat yang sejuk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin. Ini yang ibu perlu tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Jangkitan kulat pada faraj yang berlaku kepada wanita hamil, adakah berisiko mendatangkan bahaya kepada bayi? Ini penjelasan yang bakal ibu perlu fahami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu 24/11/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Ada kepercayaan yang kata bahawa alahan sperma boleh sukarkan wanita hamil! Adakah ia tepat atau tidak? Jom klik untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Alahan, Pusat Kesihatan 23/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Yang Dijangkiti HPV, Baca Ini Untuk Tahu Apa Kesannya Terhadap Kandungan!

Ibu yang sedang hamil dan dijangkiti HPV, ketahuilah bahawa terdapat risiko mengandung yang boleh terjadi kepada kandungan. Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 16/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit belakang semasa mengandung

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
air kelapa selepas berolahraga

Tak Perlu Minuman Isotonik, Ini Manfaat Minum Air Kelapa Selepas Bersukan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
teknik pancut luar

Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/12/2020 . 3 minit bacaan
tanda-tanda kehamilan atau PMS

Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan