backup og meta

Tak Sabar Nak Tahu Hamil Ke Tidak? Ini 9 Tanda Anda Sudah Boleh Buat Pregnancy Test!

Tak Sabar Nak Tahu Hamil Ke Tidak? Ini 9 Tanda Anda Sudah Boleh Buat Pregnancy Test!

Pening memikirkan bila boleh buat pregnancy test? Sebenarnya, bila boleh buat ujian kehamilan? Bila boleh tahu kita mengandung?Bila hormon hCG dapat dikesan?

Usah bimbang, Hello Doktor akan bantu anda untuk mengetahui masa sesuai lakukan ujian kehamilan sendiri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkan di sini.

Ujian kehamilan sendiri

Bila boleh buat ujian kehamilan? Bila boleh tahu kita mengandung?Bila hormon hCG dapat dikesan?

Sekiranya anda tidak pasti masa untuk melakukan ujian kehamilan sendiri atau keliru dengan simptom awal kehamilan, percayalah ada individu lain turut berasakan perkara yang sama.

Umumnya, banyak tanda mengandung yang tidak spesifik dan boleh disalah tafsir sebagai keadaan lain. 

Jadi, mungkin sukar untuk anda tentukan bila boleh buat pregnancy test, kan?

Umumnya, anda disarankan untuk menunggu sehingga seminggu selepas haid lewat bagi mendapatkan keputusan yang tepat. 

Sekiranya berasakan tempoh tersebut terlalu lama, anda perlu sekurang-kurangnya untuk menanti sehingga 1 atau 2 minggu selepas melakukan seks.

Jika anda hamil, tubuh memerlukan masa untuk mengembangkan tahap HCG yang boleh dikesan.

Ini biasanya memakan masa antara 7 hingga 12 hari selepas implantasi telur berjaya dilakukan.

Seandainya anda melakukannya terlalu awal dalam kitaran haid, hasil keputusan yang diperolehi mungkin tidak tepat. 

Selain itu, ada juga tanda-tanda yang boleh anda perhatikan sebagai petunjuk masa sesuai melakukan ujian kehamilan sendiri.

Nak tahu tak? Baca ini!

Bila boleh buat pregnancy test? Ini tanda-tandanya…

9 tanda awal yang dapat menunjukkan seorang wanita harus menjalani ujian kehamilan:

1. Haid lambat

Ini merupakan alasan paling biasa untuk melakukan pregnancy test, iaitu apabila tiada pendarahan haid seperti selalu.

Kebanyakan hasil ujian menjadi tepat apabila dilakukan selepas haid lewat. 

Pun begitu, ada kalanya tahap hormon mungkin tidak cukup tinggi untuk memberikan hasil positif.

Jika anda tidak mengalami haid tetapi hasil ujian kehamilan negatif, ulangi ujian tersebut selepas beberapa hari. 

bila boleh buat pregnancy test
Haid lambat antara tanda biasa kehamilan.
#2. Perubahan payudara

Payudara bengkak dan sakit adalah tanda biasa pada peringkat awal mengandung. Namun, simptom ini juga turut dialami oleh wanita yang akan mengalami haid.

Sesetengah wanita menyedari keadaan payudara mereka:

  • Puting menjadi lebih besar atau sedikit gelap
  • Sensitif
  • Berat
Bila boleh buat pregnancy test #3. Pendarahan ringan

Ada wanita yang akan mengalami pendarahan implantasi. Ia adalah pendarahan ringan yang terjadi ketika embrio melekat pada dinding rahim.

Beza antara pendarahan ini dengan haid adalah ia cenderung lebih ringan dan pendek berbanding tempoh haid. 

#4. Kekejangan 

Mengalami kekejangan perut adalah keadaan biasa sebelum atau semasa haid, kan? Pun begitu, rasa kejang ini turut terjadi apabila implantasi berlaku.

Jika kekejangan berlaku sekitar atau sebelum kedatangan haid, tetapi tiada pendarahan atau hanya pendarahan ringan daripada biasa, mungkin ini masanya untuk anda buat pregnancy test.

#5. Loya & muntah
bila boleh buat pregnancy test
Cara untuk atasi masalah mabuk hamil.

Mabuk pagi, seperti mual dan muntah sering dikaitkan dengan wanita mengandung. Ia biasanya terjadi pada minggu ke-2 hingga ke-8 kehamilan.

Nama sahaja mabuk pagi, tetapi seorang wanita boleh berasa mual sepanjang hari atau pada waktu petang. 

Jika anda sering mual tanpa sebab yang jelas disertai tanda kehamilan lain, apa kata lakukan ujian kehamilan sendiri? Mungkin ada rezeki untuk anda menimang cahaya mata.

#6. Perubahan selera makan & mengidam

Mengidamkan sesuatu yang luar biasa atau perubahan pada selera adalah perkara biasa berlaku pada trimester pertama.

Walau bagaimanapun, anda mungkin mengalaminya sepanjang tempoh berbadan dua

#7. Ketidakselesaan perut

Beberapa gejala gastrousus biasa turut boleh terjadi pada awal kehamilan. Ini termasuklah:

  • Sembelit
  • Perut kembung
  • Perut berangin

Ada sesetengah wanita turut berdepan peningkatan keinginan untuk kencing dan jumlah urin.

#8. Keletihan 

Merupakan antara gejala paling kerap dialami wanita pada tempoh awal kehamilan.

Umumnya, situasi ini terjadi disebabkan oleh perubahan hormon progesteron.

bila boleh buat pregnancy test
Wanita hamil akan kerap letih.
Bila boleh buat pregnancy test #9. Perasaan & emosi sering berubah

Emosi yang tidak seimbang pada awal kehamilan selalunya didasari oleh perubahan hormon. 

Selalunya mood swing akan terjadi pada trimester pertama, dan keadaan emosi bak roller coaster akan reda setelah beberapa ketika.

Pregnancy test & berjumpa doktor

Setelah mengetahui bila boleh buat pregnancy test dan mendapat hasil yang positif, pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor selepas itu.

Ini membolehkan doktor mengesahkan keputusan pregnancy test dengan melakukan ujian darah atau pemeriksaan ultarabunyi awal.

Kesimpulan


Bagi wanita hamil, adalah penting untuk memulakan rawatan pranatal dan perbincangan lain berkaitan kehamilan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Very early pregnancy signs. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/early-signs-of-pregnancy. Accessed Feb 13, 2021 
  2. Signs you should take a pregnancy test. https://www.lifenettehama.org/2020/06/29/signs-you-should-take-a-pregnancy-test/ Accessed Feb 13, 2021 
  3. Understanding pregnancy tests. http://americanpregnancy.org/getting-pregnant/understanding-pregnancy-tests/ Accessed Feb 13, 2021 
  4. HIC Pregnancy tests. http://my.clevelandclinic.org/health/diagnostics/hic-pregnancy-tests. Accessed Feb 13, 2021  
  5. Common discomforts of pregnancy. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/common-discomforts-of-pregnancy.aspx. Accessed Feb 13, 2021  

 

Versi Terbaru

02/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Awas! Ini Penyebab Masalah Sakit Perut Semasa Hamil, Jangan Pandang Ringan!

PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan