7 Fakta Menarik Mengenai Ovulasi, Orang Perempuan Kena Faham & Ambil Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 14/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Selepas mengalami haid pertama, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan diajar tentang pengetahuan asas berkaitan kesihatan wanita. Dan, bagi wanita yang ingin mengetahui waktu yang tepat untuk mudah hamil, anda perlu menguasai pengetahuan mengenai ovulasi. Teruskan membaca artikel ini bagi mendapatkan fakta menarik mengenai ovulasi.

Cecair serviks berbeza pada setiap kali tempoh haid

Sekiranya anda memantau hari ovulasi anda, tentu anda akan dapat lihat perbezaan pada cecair serviks dalam setiap kali tempoh haid anda. Ia mungkin melekit dan kelihatan seperti telur putih. Kadangkala, ia berwarna jernih. Jika anda lihat tiada tanda-tanda cecair serviks, ini mungkin menunjukkan yang anda tidak berada pada waktu subur ketika itu. Sebaliknya, jika cecair serviks anda kelihatan seperti telur putih, anda berkemungkinan berada pada waktu paling subur. Perubahan-perubahan ini membantu anda untuk mengenal pasti bila waktu ovulasi anda.

Perubahan cecair serviks membantu sel sperma

Apabila cecair serviks menjadi licin, ia akan membantu sperma untuk sampai kepada telur dengan mudah. Keadaan cecair serviks anda juga membantu dan melindungi sel sperma semasa proses persenyawaan.

Ovulasi membuatkan serviks berubah

Perubahan menarik lain pada bahagian intim anda semasa ovulasi adalah ia lebih cenderung untuk menjadi lembut, tinggi, lebih lebar, dan juga lebih pelincir. Faraj anda juga akan menjadi licin. Perubahan ini membantu meningkatkan nafsu seks dan menyokong keseronokan dalam hubungan intim.

Anda akan menjadi lebih sensitif untuk menghidu

Semasa ovulasi, perubahan hormon menjadikan deria bau wanita lebih sensitif. Anda mungkin mendapati diri anda mampu untuk menghidu dan membezakan sesetengah bau yang tidak anda kenali sebelum ini. Pada masa ini, deria lain seperti rasa dan penglihatan juga akan meningkat.

Pada setiap ovulasi, tubuh anda akan melepaskan lebih daripada 1 telur

Dalam kebanyakan kes, tubuh wanita hanya melepaskan satu telur pada setiap ovulasi. Walau bagaimanapun, sesetengah ovari wanita berupaya melepaskan dua atau lebih telur semasa satu kitaran, yang mungkin menyebabkan kehamilan kembar dua, tiga, atau lebih lagi.

Pengambilan pil pencegah kehamilan akan menghalang proses ovulasi

Hakikatnya, selepas anda mengambil pil pencegah kehamilan atau pil perancang, hormon estrogen dan progestin anda akan menyimpan telur di dalam ovari, dan bukannya membebaskan telur keluar. Pengambilan pil kontraseptif kecemasan langsung memberi kesan kepada proses ovulasi dengan cara menghentikan pertemuan antara telur dan sperma di dalam tubuh wanita.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Tanpa Waktu Subur Sukar Hamil, Tapi Ini Cara Mudah Dapatkan Ovulasi, Hanya Di Rumah!

    Kenapa wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan perlu mendapatkan suntikan hormon hCG? Adakah terdapat kesan sampingan yang boleh berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Jika Sering Sakit Perut Tiap Kali Waktu Subur? Atau Ini Petanda BAHAYA?

    Ketika waktu subur wanita, anda mungkin mengalami rasa sakit. Mungkin tanda ovulasi sedang terjadi. Namun adakah ia normal atau sesuatu yang berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Anak? Ini Caranya!

    Bukan senang nak dapatkan anak. Namun, adakah bermakna ia susah? Teruskan membaca jika anda ingin mengetahui rahsia mendapatkan anak dengan mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 07/10/2019 . 3 minit bacaan

    Tip Mengira Ovulasi Anda

    Memahami ovulasi anda pada setiap bulan bermanfaat bagi wanita yang cuba mengelakkan kehamilan. Walau bagaimanapun, hanya mengetahui ovulasi anda bukanlah cara terbaik untuk mencegah kehamilan. Terdapat banyak ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    kejang perut tanpa haid

    Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    ovulasi wanita

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan