backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

10 Manfaat Nanas Untuk Wanita Yang Ramai Belum Tahu, Point No. 10 Lelaki Perempuan Suka!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

10 Manfaat Nanas Untuk Wanita Yang Ramai Belum Tahu, Point No. 10 Lelaki Perempuan Suka!

Terdapat pelbagai buah-buahan tropika yang kaya dengan manfaat, antaranya adalah buah nanas. Kalau anda ingin mengetahui khasiat nenas untuk wanita, teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Khasiat nenas untuk wanita

Merupakan antara buah tropika dengan isi yang manis, berjus dan wangi baunya, nanas seharusnya dijadikan antara menu diet harian bagi setiap individu. Ini kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien dan bersifat antioksidan.

Selain bagus untuk sistem penghadaman dan imuniti badan, buah yang turut dikenali sebagai Ananas comosus, sebenarnya menawarkan pelbagai faedah kesihatan untuk wanita secara khususnya.

1. Membantu masalah haid

Khasiat nanas mempunyai enzim khas dikenali sebagai bromelain yang berfungsi menyingkirkan lapisan rahim.

Jadi antara khasiat nenas ketika haid adalah ia meningkatkan peredaran haid dan membantu wanita dengan kitaran haid tidak teratur.

2. Meningkatkan kesihatan kulit

Jika anda mempunyai masalah jerawat, ruam atau kerosakan kulit, buah berkhasiat ini akan meremajakan kulit dan menjadikan ia lebih bersih, cerah dan segar.

Bromelain, enzim antiradang nanas, membantu mencegah jerawat, dermatitis, psoriasis dan ekzema. 

Jus nanas mengandungi vitamin C dan antioksidan tinggi, berperanan memulihkan kerosakan kulit kesan cahaya matahari, jerawat dan tona kulit tidak sekata.

Khasiat nenas untuk wanita #3. Menjadikan tulang kuat

Kandungan mangan yang tinggi dalam nanas dapat menguatkan kulit. Mangan berfungsi mengekalkan kekuatan tulang dan apabila bergabung dengan zink, tembaga dan kalsium, boleh meningkatkan manfaatnya kepada tulang.

Oleh sebab ia bagus untuk kesihatan tulang, maka pengambilan nanas turut dipercayai dapat mencegah osteoporosis.

khasiat buah nenas
Wanita makan nanas untuk tulang yang kuat.

4. Menguatkan otot

Khasiat nanas adalah sumber valine dan leucine yang baik – dua asid amino penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu otot.

Satu gelas jus nanas setiap hari membantu mengatasi keletihan dan meningkatkan stamina – membolehkan anda kekal bertenaga semasa bersenam atau berlari!

5. Khasiat makan nanas setiap hari dapat membantu pertumbuhan rambut

Vitamin C dalam khasiat nanas turut menyumbang kepada kesihatan rambut yang lebih baik. Kandungan vitamin B1 dan B2 mengurangkan keguguran rambut.

Khasiat makan nanas setiap hari boleh membantu dalam menguatkan folikel rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

6. Meningkatkan kesuburan, khasiat nenas untuk wanita

Khasiat nenas yang lain dipercayai mampu meningkatkan kesuburan dan membantu dalam persenyawaan.

Kehadiran bromelain sebagai agen antiradang dan antipembekuan darah (penipisan darah) boleh memberi kesan baik kepada sistem imun. 

Dengan peningkatkan aliran darah ke rahim, ia secara tidak langsung meningkatkan peluang implantasi.

7. Membekalkan nutrien penting semasa kehamilan

Walaupun terdapat kepercayaan bahawa nanas berbahaya untuk kehamilan, namun hakikatnya ia sangat berkhasiat untuk dimasukkan ke dalam diet semasa berbadan dua.

Walaupun diperlukan dalam jumlah yang kecil, tembaga adalah mineral penting untuk pembentukan sel darah merah. Semasa kehamilan pula, keperluan tembaga meningkat kepada 1mg sehari bagi menyokong peningkatan aliran darah.

Tembaga juga diperlukan untuk perkembangan jantung, saluran darah dan sistem rangka serta saraf bayi dalam kandungan.

Nanas juga merupakan sumber baik untuk beberapa vitamin B seperti:

  • vitamin B1 (tiamin)
  • vitamin B6 (piridoksin)
  • vitamin B9 (folat)

Secara amnya, vitamin B adalah kunci pertumbuhan dan perkembangan bayi yang betul.

Selain itu nanas juga membekalkan vitamin C, sejumlah kecil zat besi, zink dan kalsium – nutrien penting untuk kehamilan sihat.

khasiat nenas untuk wanita
Bolehkah ibu hamil makan buah nanas dan durian?

8. Agen antipenuaan

Kaya dengan vitamin C menjadikan buah ini sebagai agen antipenuaan yang baik, sekali gus membuatkan anda tampak lebih muda dan mencegah kematian sel.

9. Memperlahan perkembangan kanser payudara, antara khasiat nenas

Pakar menyarankan diet sihat – idealnya yang tinggi antioksidan bagi membantu melawan radikal bebas.

Ini kerana menurut kajian mendapati diet dan kepekatan darah yang tinggi antioksidan dikaitkan dengan risiko kanser lebih rendah.

10. Tingkatkan kesihatan seksual, antara khasiat nenas untuk wanita

khasiat nenas untuk wanita
Tingkatkan prestasi seksual dengan buah nanas.

Buah ini boleh membantu wanita:

  • Meningkatkan libido
  • Meningkatkan ketahanan seksual
  • Menguruskan keinginan seksual
  • Memperbaiki rasa dan bau rembesan faraj antara manfaat nanas untuk miss v

Benarkah buah nanas boleh membantu mencegah wanita dari lemah dan lesu?

Disebabkan kandungan tiamin dan vitamin C tinggi, makan nanas boleh memberikan badan tenaga, sekali gus tinggi potensi meningkatkan stamina wanita.

Kedua-dua khasiat nenas untuk wanita itu secara seksual boleh membantu mereka di dalam bilik tidur.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan