Aduh, Lamanya Waktu Bersalin! Bila Bayi Nak Keluar? Ini Mungkin 3 Risikonya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apa itu waktu bersalin panjang?

Jika anda mengalami waktu bersalin yang berpanjangan, perkembangan bersalin anda adalah terlalu perlahan. Ini juga dipanggil sebagai “kegagalan untuk berkembang.” Waktu bersalin panjang boleh didiagnosis melalui penipisan dan pengembangan serviks. Waktu bersalin yang berpanjangan disifatkan sebagai sebarang proses bersalin yang berlangsung lebih daripada 20 jam. Dalam kes kelahiran kembar, waktu bersalin panjang berlangsung lebih daripada 16 jam. Jika serviks anda mengembang kurang daripada beberapa sentimeter setiap jam, anda mungkin akan mengalami waktu bersalin yang berpanjangan.

Siapa yang lebih cenderung mengalami bersalin panjang?

Bersalin yang berpanjangan adalah lebih biasa terjadi dalam kalangan wanita yang mempunyai:

−Bayi lebih besar daripada salur lahir
−Bayi dalam posisi tidak normal
−Kontraksi lemah

Apakah risiko bersalin yang berpanjangan?

Selalunya, wanita yang mengambil masa panjang untuk bersalin perlu melalui pembedahan C-section. Bersalin yang berpanjangan boleh menyebabkan:

−Bekalan oksigen rendah untuk bayi
−Degupan jantung bayi tidak teratur
−Bahan luar biasa dalam cecair amnion
−Jangkitan pada rahim

Menangani bersalin berpanjangan

Jika anda mengalami bersalin berpanjangan, kontraksi anda akan dipantau dengan rapi. Anda mungkin perlu menjalani ujian yang dipanggil Kateter Tekanan Dalam Rahim (Intrauterine Pressure Catheter). Semasa ujian ini, kateter kecil diletakkan ke dalam rahim, di sebelah bayi untuk mendapatkan ukuran tepat kontraksi anda. Pemantauan janin elektronik (EFM) yang berterusan adalah perlu untuk memantau kadar jantung bayi.

Selain campur tangan perubatan, terdapat langkah tertentu yang boleh anda lakukan bagi mengendalikan hal bersalin anda. Adalah lebih baik jika anda relaks dan menunggu serviks melakukan kerjanya dahulu. Sementara itu, anda boleh cuba untuk tidur atau berjalan sekeliling dan juga mandi air suam. Perubahan posisi juga mungkin boleh membantu anda.

Jika bayi anda telah sampai di salur kelahiran, doktor mungkin akan membantu untuk mendapatkan bayi keluar, dengan menggunakan forsep atau peranti vakum. Jika doktor fikir anda perlukan lebih atau lebih kuat kontraksi, anda akan diberikan Pitocin (oksitosin) untuk membantu kontraksi uterus. Jika kontraksi anda normal, tetapi bayi masih tidak mahu keluar lagi, anda mungkin perlukan pembedahan C-section. Ini adalah dikira sebagai pembedahan besar dengan risiko dan komplikasi. Walau bagaimanapun, dengan penjagaan perubatan yang betul, ia secara amnya adalah selamat. Ramai ibu yang percaya bahawa C-section tidak perlu dilakukan jika bayi bukan dalam kecemasan. Jika petanda penting ibu dan bayi dalam keadaan yang sihat, jadi tiada sebab untuk mempercepatkan C-section.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

    Badan anda dipenuhi kesan gigitan pepijat? Bagaimana hendak atasi? Pertama sekali, periksa katil anda sama ada ada pepijat atau telur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 29/09/2020 . 4 minit bacaan

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Mengapa masih tidak hamil sedangkan ketika tempoh subur anda melakukan hubungan seks? Apakah punca yang mungkin menjadi penyebabnya? Ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hidung tersumbat

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    zakar tidak tegang

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    mati pucuk

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat batuk

    Anak Batuk Teruk? Nanti Dulu, Ibu! Jangan Bagi Si Kecil Makan Ubat Batuk Sembarangan, Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan