Menjaga diri selepas melahirkan anak juga sama penting seperti penjagaan diri semasa hamil. Jadi wahai ibu berpantang sekalian, ini 4 perkara penting yang perlu anda utamakan semasa tempoh berpantang selepas bersalin.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Menjaga diri selepas melahirkan anak juga sama penting seperti penjagaan diri semasa hamil. Jadi wahai ibu berpantang sekalian, ini 4 perkara penting yang perlu anda utamakan semasa tempoh berpantang selepas bersalin.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Tempoh berpantang berlangsung selama enam hingga lapan minggu. Ia bermula sebaik sahaja ibu bersalin dan akan berakhir apabila tubuh anda menghampiri fasa seperti sebelum hamil, yang melibatkan banyak perubahan, emosi dan fizikal.
Anda perlu menjaga diri anda dengan baik dan membina semula kekuatan anda.
Untuk kekal sihat, dalam tempoh berpantang, anda memerlukan rehat secukupnya, pemakanan yang baik, melakukan aktiviti fizikal dan juga menangani perasaan murung dan sedih terutama pada tempoh beberapa minggu selepas bersalin.
Disebabkan bayi baru lahir akan terjaga pada setiap tiga jam untuk menyusu, bertukar lampin dan juga ditenangkan, jadi ibu baru akan berasa amat penat. Malahan, tidur lapan jam anda juga tidak mungkin berlaku dalam beberapa bulan ini kerana menjaga bayi baru lahir.
Mungkin beberapa cadangan di bawah boleh membantu anda mendapatkan rehat yang cukup.
Baca juga:
Ibu perlu mengekalkan diet yang sihat untuk mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan selepas bersalin.
Pastikan anda bercakap dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang jenis diet. Pemakanan yang sihat berserta aktiviti fizikal dapat membantu mengekalkan tahap tenaga dalam tubuh anda selain membantu mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk anda dan bayi.
Tidak kiralah andai anda memberi bayi susu badan ataupun formula, namun kesemua ibu perlu makan makanan yang sihat dan seimbang. Kebanyakan pakar laktasi menyarankan ibu menyusu untuk makan apabila mereka lapar.
Anda perlu menitikberatkan pengambilan makanan seperti:
Dengan hidangan yang seimbang, ibu berpantang yang menyusukan bayi perlu memperbanyakkan cecair dalam badan. Ramai ibu berasa cepat dahaga selepas menyusukan bayi.
Bagi memudahkan ibu, letakkan sebotol air dan beberapa snek berkhasiat di sebelah katil ataupun kerusi penyusuan anda.
Perasaan sedih selepas bersalin adalah normal dan ia akan hilang dengan cepat. Ramai ibu lepas bersalin yang mengalami kemurungan.
Perubahan hormon, kebimbangan untuk menjaga bayi dan tidak cukup tidur boleh mempengaruhi emosi ibu berpantang. Jika ia berlarutan sehingga lebih daripada dua minggu, anda disarankan untuk bertemu dengan doktor.
Aktiviti fizikal boleh membuatkan anda berasa relaks, membantu memulihkan tubuh selepas bersalin dan dapat meningkatkan kecergasan diri anda serta menjadikan anda lebih sihat bertenaga.
Jika bersalin normal, anda boleh mula melakukan senaman ringan jika sudah kuat. Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ialah berjalan ataupun senaman lantai pelvik dan regangan. Anda disaran menunggu sehingga enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman berimpak tinggi.
Walau bagaimanapun, jika anda biasa bersenam sebelum bersalin dan anda rasa sudah kuat untuk melakukannya, mungkin anda boleh mula bersenam lebih awal, seperti:
Sungguhpun sibuk menguruskan bayi, namun ibu berpantang juga perlu menjaga diri sendiri kerana proses bersalin mengambil banyak tenaga anda. Cuba amalkan tips yang diberikan bagi menempuhi tempoh berpantang anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen