backup og meta

6 Do's & Don’ts Berpantang Sendiri, Suami Isteri Kena Saling Kerjasama!

6 Do's & Don’ts Berpantang Sendiri, Suami Isteri Kena Saling Kerjasama!

Tidak semua wanita berpeluang untuk berpantang di rumah keluarga dan dijaga oleh ibu sendiri. Jangan gusar, dalam perkongsian artikel ini ada beberapa tips berpantang sendiri boleh dijadikan panduan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tips berpantang sendiri

Berpantang selepas bersalin amat penting untuk memastikan tubuh pulih seperti sediakala. 

Dalam kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu, kebiasaannya tempoh berpantang ini adalah selama 44 hari ataupun 100 hari – mengikut pilihan.

Ketika ini, anda sangat tidak digalakkan untuk banyak bergerak dan beraktiviti kerana berehat dengan cukup adalah keutamaan yang wajar dipatuhi.

[embed-health-tool-due-date]

Bagi anda yang tiada pengalaman berpantang sendiri, berikut antara perkara utama yang perlu dititikberatkan:

1. Atur jadual

Sekiranya perlu untuk berpantang di rumah sendiri, pastikan anda melakukan perancangan awal dan menyediakan aturan jadual yang rapi. Ini penting bagi memudahkan perjalanan harian anda nanti.

Antara rutin yang perlu dirancang adalah:

  • Pengurusan bayi – memandikan, menyusu, menidurkan, mengepam susu
  • Pengurusan rumah – memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian
  • Penjagaan kesihatan diri –  mandi, berbengkung, berurut, penjagaan luka dan sebagainya
  • Pengurusan anak-anak lain

Sebaiknya sediakan rutin jadual untuk sepanjang tempoh berpantang dan bahagikan tugasan dengan suami.

Biasanya untuk beberapa minggu pertama, kerjasama suami amat penting dalam melakukan semua tugasan ini. 

tips berpantang sendiri
Ibu yang baru bersalin.

Pada permulaannya, mungkin akan sedikit kelam-kabut, ini kerana anda memerlukan masa untuk mendapatkan rentak yang betul. 

2. Tips berpantang sendiri #Sediakan menu makanan

Sama seperti tadi, anda juga disarankan untuk menyediakan menu berpantang untuk sepanjang tempoh berpantang. Anda harus mengetahui jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan. 

Pastikan juga senarai barangan dapur yang mungkin diperlukan turut disenaraikan. Ini bagi memudahkan anda tanpa perlu merunsingkan diri memikirkan menu makanan.

Bahkan dengan senarai ini juga akan memudahkan tugasan suami untuk membelikan barangan dapur. Dalam masa sama, sediakan juga menu untuk keluarga yang lain.

Kalau ingin memudahkan lagi tugasan, apatah lagi jika perlu berpantang sendiri dengan anak kecil, sebelum bersalin, bakal ibu boleh menyediakan stok makanan berpantang seperti serunding halia atau sebarang lauk sejuk beku (frozen).

Baca juga:

3. Persediaan mental & emosi 

Elakkan daripada memikirkan bahawa berpantang secara sendiri ini adalah sesuatu yang susah, memenatkan atau apa sahaja yang negatif. Sebaliknya, anda harus berfikiran positif dan yakin bahawa diri mampu melakukannya.

Tidak dinafikan ada masanya anda mungkin berasa letih, tidak cukup tidur dan stres. Jika ia berlaku, jangan pendamkan. Ini penting bagi mengelakkan risiko mengalami kemurungan selepas bersalin

Sebaliknya kongsikan kepada pasangan anda, agar mereka dapat memahami keadaan dan cuba untuk membantu.

Tips berpantang sendiri: Kesilapan yang perlu dielakkan

Sudah tentu apabila perlu berpantang di rumah tanpa ditemani ibu atau ahli keluarga lain, pastinya wujud cabaran berpantang sendiri.

Biasalah apabila semuanya harus dikawal sendiri, kita akan mempunyai kecenderungan untuk mengambil mudah sesuatu perkara.

Antara kesilapan yang perlu dihindari ibu semasa berpantang adalah:

1. Mengabaikan kesakitan

Ketika berpantang, badan memang akan mudah untuk jatuh sakit. Walaupun anda perlu menjaga diri sendiri, itu tidak bermakna kesakitan yang dirasai harus diabaikan.

Beberapa masalah kesihatan selepas bersalin yang mungkin dialami seperti:

  • Jahitan luka pembedahan terbuka 
  • Pendarahan berlebihan
  • Sakit kepala
  • Bengkak susu

Sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor jika wujud sebarang kebimbangan mengenai keadaan diri bagi mendapatkan lebih kepastian.

tips berpantang sendiri
Kit wajib untuk ibu semasa berpantang.

2. Perkara perlu dielakkan dalam tips berpantang sendiri #Kurang minum air

Kalau ikutkan cara orang dulu-dulu, sepanjang tempoh berpantang, ibu-ibu dilarang untuk minum terlalu banyak air.

Tetapi hakikatnya, pengambilan air kosong amat penting bagi mencegah diri terhidrat. Bahkan air yang mencukupi dapat membantu dalam penghasilan susu badan dan menghindari masalah sembelit – keadaan yang sering dialami ibu selepas bersalin.

3. Tips berpantang sendiri #Elak lakukan banyak kerja

Kerja rumah, sememangnya tidak akan pernah selesai. 

Memikirkan rumah bersepah, baju tidak berbasuh bertimbun di dalam mesin basuh, kain baju belum berlipat dan pelbagai lagi, membuatkan anda sebagai ibu rasa tidak senang duduk, betul tak?

Tetapi semasa berpantang ini, cuba untuk meminimumkan kerja yang anda perlu lakukan. Jika perlu, hanya lakukan tugasan ringan dan mudah seperti memasak sekali sehari. 

Manakala tugasan rumah lain, tangguhkan sebentar atau minta bantuan suami mahupun anak yang lebih dewasa untuk membantu.

Tiada apa yang mustahil

Jika masih tidak yakin, mungkin anda boleh meminta tips berpantang sendiri daripada rakan-rakan. Pastinya mereka tidak akan kedekut untuk berkongsikan dengan anda. 

Paling penting di sini, anda harus yakin kepada diri sendiri bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. Percaya pada diri.

Sekiranya ada ahli keluarga yang menawarkan diri untuk membantu anda, jangan menolak. Sebaliknya terimalah pertolongan tersebut dengan hati yang terbuka. Menerima bantuan mahupun pertolongan tidak menjadikan kita sebagai wanita lemah.

Ingatlah bahawa berpantang ini merupakan tempoh pemulihan untuk badan dan masanya untuk anda mengeratkan hubungan (bonding) dengan si kecil.

Selamat berpantang daripada kami di Hello Doktor!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Postpartum care for mom: Tips for healing and comfort. https://www.geisinger.org/patient-care/conditions-treatments-specialty/self-care-during-the-postpartum-period,  Accessed on Nov 1, 2022
  2. Top tips: taking care of yourself after having a baby. https://www.nct.org.uk/life-parent/self-care-and-well-being/top-tips-taking-care-yourself-after-having-baby,  Accessed on Nov 1, 2022
  3. The New Mother: Taking Care of Yourself After Birth. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-new-mother-taking-care-of-yourself-after-birth-90-P02693, Accessed on Nov 1, 2022
  4. Caring for Your Health After Delivery. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9679-postpartum-care, Accessed on Nov 1, 2022
  5. Postpartum care: After a vaginal delivery. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/postpartum-care/art-20047233,  Accessed on Nov 1, 2022
  6. Postpartum Diet and Exercise. https://www.parenthelp123.org/pregnancy/after-pregnancy/postpartum-nutrition/, Accessed on Nov 1, 2022
  7. What Really Helps You Bounce Back After Pregnancy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/what-really-helps-you-bounce-back-after-pregnancy,  Accessed on Nov 1, 2022
  8. Recovering from Delivery (Postpartum Recovery). https://familydoctor.org/recovering-from-delivery/, Accessed on Nov 1, 2022
  9. Postpartum Depression and the Baby Blues. https://www.helpguide.org/articles/depression/postpartum-depression-and-the-baby-blues.htm,  Accessed on Nov 1, 2022

 

Versi Terbaru

25/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Sedang Berpantang? Ibu, Ikut 3 Cara Bertungku Ini Kalau Nak Cepat Langsing!

7 Perkara Ibu LUPA Buat Selepas Dapat Baby, No 5 Dan 6 Paling Penting!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan