Tersadung dan Terjatuh semasa Hamil

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Semasa kehamilan, disebabkan lebihan berat pada perut dan perubahan hormon, pusat graviti boleh beranjak dan juga pelonggaran sendi dan otot membuatkan kejadian terjatuh semasa hamil adalah perkara yang biasa berlaku. Malah, menurut laporan Kari Dunning in the Maternal Child Health Journal (2010), 27% daripada bakal ibu terjatuh sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan mereka. Kajian oleh University of Cincinnati menunjukkan bahawa insiden terjatuh memberikan sehingga 29% trauma kepada ibu hamil.

Awal kehamilan

Biasanya, tiada apa yang anda perlu risau selepas tersadung sedikit kerana tubuh anda secara semula jadinya direka untuk melindungi fetus dengan dinding uterus yang tebal dan banyak cecair amnion untuk perlindungan. Pada awal kehamilan, uterus anda masih berada di dalam pelvis, malahan ia adalah lebih selamat. Jadi, jika anda terjatuh pada trimester pertama kehamilan, bayi dalam kandungan anda berkemungkinan tiada mengalami apa-apa.

Lewat kehamilan

Walau bagaimanapun, jika anda terjatuh pada penghujung kehamilan, ini mungkin akan menyebabkan kelahiran awal. Jika anda berasa sebarang kesakitan selepas terjatuh, atau jika anda mengalami pendarahan faraj, cecair amnion bocor, kontraksi uterus, maka anda perlu menghubungi segera hospital. Trauma kepada fetus boleh menjurus kepada gangguan plasenta. Gangguan plasenta yang teruk diketahui boleh menyebabkan kelahiran pramatang, dalam kes yang lebih teruk – berlakunya kematian janin, dan juga kematian ibu.

Perlukah anda berasa risau?

Kelahiran pramatang disebabkan oleh trauma abdomen ringan, biasanya boleh diatasi dengan rehat yang mencukupi dan penghidratan. Gangguan yang tidak serius boleh sembuh secara perlahan tanpa campur tangan apa-apa. Trauma teruk yang menyebabkan pemisahan kritikal plasenta akan memerlukan kelahiran segera. Jika pendarahan berterusan selepas kelahiran, doktor mungkin perlu melakukan hysterectomy.

Kejadian jatuh pasti akan menakutkan mana-mana ibu hamil. Percayalah jika anda hanya mengalami jatuh ringan, ia tidak akan mencederakan bayi anda. Memandangkan anda tidak boleh menghalang kemalangan daripada berlaku, anda boleh sentiasa mengurangkan risiko dengan cara berhati-hati dengan persekitaran anda, seperti jalan berlubang ataupun permukaan yang licin. Ketepikan dahulu kasut tumit tinggi kegemaran anda, cuba pakai kasut yang leper. Jika anda perlu naik tangga, jalan perlahan-lahan dan pegang kuat-kuat pada selusur tangga. Jangan segan untuk meminta bantuan jika anda memerlukan sebarang pertolongan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    Rahsia Proses Bersalin Normal

    Bagi setiap wanita, menanti kehadiran cahaya mata atau kelahiran anak adalah satu peristiwa luar biasa yang akan diingati sepanjang hayatnya. Setiap kelahiran adalah satu pengalaman unik untuk setiap ibu dan anak ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    proses bersalin normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sifilis adalah

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    tanda penyakit rabies

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan