Opsss, Isteri Hamil Tapi Suami Yang Kena Alahan? Ini 7 Tanda Ia Mungkin Sindrom Couvade

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah dengar tentang sindrom Couvade? Haaa…apa tu? Ia berkaitan simptom kehamilan pada lelaki. Ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Apa itu sindrom Couvade?

Selalunya kalau seseorang wanita itu hamil, dia akan mengalami simptom kehamilan seperti mabuk pagi, keletihan, loya dan sebagainya.

Namun, berbeza dengan sindrom Couvade ini, simptom kehamilan akan berlaku kepada lelaki. Eh, takkanlah? Betul, ia adalah 1 fakta. Sindrom ini juga dikenali sebagai simpati kehamilan (sympathetic pregnancy).

Sindrom ini dijelaskan sebagai 1 keadaan di mana lelaki yang sihat, iaitu suami atau bakal ayah, akan mengalami gejala berkaitan kehamilan.

Sindrom ini dikatakan sebagai 1 keadaan biasa yang tidak melibatkan penyakit atau jangkitan kesihatan lain. 

Simptom melibatkan Couvade ini dikatakan berbeza bagi setiap individu dan lebih kerap berlaku pada trimester pertama dan ketiga kehamilan.

Terdapat 2 simptom umum:

  • Fizikal – melibatkan tanda seperti loya, pedih ulu hati, sakit perut, perut kembung, perubahan pada selera makan, masalah pernafasan, sakit gigi, kekejangan kaki, sakit belakang dan kerengsaan urin atau genital
  • Psikologi – mungkin menyebabkan perubahan dalam corak tidur, kegelisahan, kemurungan, kemerosotan libido dan kekurangan rehat

Gejala berkaitan kehamilan yang dialami ini dikatakan hanya akan hilang dengan kelahiran bayi itu sendiri atau mendapatkan rawatan daripada doktor.

sindrom-couvade-simptom-dialami-lelaki

7 tanda sindrom Couvade

Sebagai wanita yang sedang hamil, jika simptom kehamilan dialami oleh pasangan, anda mungkin akan terfikir, “Siapa yang mengandung sebenarnya, anda atau pasangan?”

Tetapi ia sememangnya 1 keadaan yang tidak mustahil untuk berlaku. Malahan mungkin tindak balas pasangan lelaki terhadap simptom yang dialami lebih teruk daripada wanita yang mengalami gejala kehamilan.

Berikut antara tanda umum sindrom ini yang mungkin berlaku kepada lelaki:

  1. Kegelisahan

Jika si suami adalah seorang lelaki yang sentiasa tampak tenang, percayalah sindrom ini akan mengubah dirinya. Si dia mungkin akan mengalami kegelisahan pada waktu malam, pedih ulu hati dan keletihan ketika pasangan mereka sedang mengandung.

Mengapa keadaan ini berlaku? Sesetengah daripada individu lelaki cenderung untuk berasakan kebimbangan berkaitan kehamilan si isteri.

  1. Loya

Mabuk pagi bukan sekadar berlaku pada waktu pagi atau hanya kepada ibu hamil, sebaliknya simptom kehamilan paling popular ini turut akan dialami oleh lelaki.

Jika wanita hamil mengalaminya kerana perubahan hormon dalam badan, tapi loya yang dihadapi lelaki bukan disebabkan estrogen.

Ia berlaku kerana kegelisahan yang keterlaluan atau mungkin melibatkan perubahan dalam diet pemakanan.

sindrom-couvade-simptom-dialami-lelaki

  1. Perubahan berkaitan keinginan seksual

Saat sedang hamil, wanita akan menyedari perubahan melibatkan keinginan seksual, ia sama ada membuatkan anda mahukannya atau terlalu letih untuk bersama pasangan.

Bahkan keadaan itu tidak jauh berbeza dengan lelaki yang mengalami sindrom Couvade ini. Ada sesetengahnya akan terangsang melihat perubahan badan pasangan yang sedang hamil. 

Namun ada juga yang menjadi terlalu letih untuk melakukan seks apabila memikirkan tentang bayi yang bakal dilahirkan. Malahan timbul kerisauan persetubuhan yang dilakukan akan menyakiti bayi dalam kandungan.

  1. Pertambahan berat

Dari minggu ke minggu, sudah tentu berat ibu hamil akan bertambah. Tetapi jangan terkejut jika pasangan anda juga mengalami masalah pertambahan berat badan.

Melihat pasangan hamil makan, ia mungkin menyebabkan si suami turut terikut untuk makan.

Namun, punca sebenar simptom kehamilan ini melibatkan ‘hormon tekanan’ iaitu kortisol yang dirembeskan dalam jumlah yang tinggi apabila berada dalam situasi kebimbangan.

Keadaan ini akan menyebabkan badan menghantar signal lapar sedangkan hakikatnya tidak. Maka kesannya, berlakulah pertambahan berat badan.

  1. Sakit belakang

Antara simptom lain berkaitan sindrom ini adalah seperti kesakitan pada bahagian belakang, sakit gigi, sakit kepala, kekejangan pada kaki dan pelbagai kesakitan lain melibatkan gejala simpati kehamilan.

Ada kalanya lelaki dengan simptom kehamilan ini turut dilaporkan untuk mengalami kesakitan pada bahagian dan masa yang sama dengan pasangannya yang sedang hamil.

  1. Mood swings

simptom kehamilan

Jangan terkejut jika lelaki yang mengalami sindrom Couvade akan mengalami perubahan emosi beberapa kali dalam sehari. Amboi, sikit-sikit merajuk, kalah mak buyung!

Walaupun punca utama berlakunya mood swings adalah disebabkan perubahan hormon, tetapi sistem saraf juga memainkan peranan dalam perubahan berkaitan emosi ini.

  1. Insomnia

Mengalami insomnia ketika hamil adalah 1 simptom kehamilan biasa. Ia berlaku akibat hormon dan juga tekanan persekitaran.

Individu lelaki dengan sindrom ini juga boleh mengalami situasi yang sama. Keadaan ini jika berlaku secara berterusan mendedahkan pasangan kepada masalah berkaitan perhubungan. 

Penjagaan kesihatan diri

Hakikatnya tidak kira sama ada sindrom Couvade ini benar-benar wujud atau tidak, namun yang pastinya perubahan kehidupan untuk bergelar ibu bapa boleh menjadi sesuatu yang mendatangkan keterujaan, perubahan emosi dan tekanan.

Jadi penjagaan kesihatan diri kepada bakal ibu bapa, khususnya ibu hamil adalah sangat penting.

Perancangan yang baik serta sikap saling memahami pastinya dalam membantu mengurangkan tekanan dalam peralihan menempuhi alam keibubapaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Aplikasi TikTok boleh dikatakan sebagai platform media sosial yang popular masa kini. Namun adakah ia selamat untuk kanak-kanak atau sebaliknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    selepas kelahiran bayi

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya virus influenza

    Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan