
Persoalan berkenaan dengan hubungan seks sewaktu hamil sering bermain di fikiran pasangan.
Pasti anda bimbang jika aktiviti tersebut boleh mempengaruhi tahap kesihatan anak yang dikandung.
Mungkin ramai yang malu untuk bertanyakan persoalan tersebut kepada doktor. Namun, aktiviti seksual boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu secara menyeluruh.
Artikel ini akan membincangkan perihal persoalan “selamat ke untuk ibu dan bayi dalam kandungan?”. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Kelebihan hubungan seks sewaktu hamil
Selain daripada menyeronokkan, hubungan kelamin sewaktu hamil dapat memberikan kebaikan dari aspek fisiologi dan psikologi buat kedua-dua pasangan.
- Hubungan seks boleh membakar kalori yang banyak. Ia membolehkan anda dan pasangan anda untuk kekal aktif di kala sarat berbadan dua. Aktiviti fizikal merupakan aspek penting yang perlu dijaga oleh bakal ibu kerana ia boleh membantu mencegah diabetes gestasi, preeklampsia dan sakit belakang kronik
- Sewaktu mengandung, jumlah darah yang mengalir ke bahagian kemaluan anda meningkat. Ini bermakna, hubungan kelamin dalam tempoh ini dapat memberikan anda orgasme yang lebih baik. Hormon endorfin akan dirembeskan setiap kali anda orgasme dan ini akan membuatkan anda gembira dan berasa tenang
- Hubungan seks ketika mengandung dapat memelihara hubungan emosi yang baik di antara anda dan pasangan. Ini dapat memberikan sokongan emosi dan mental dalam menempuh 40 minggu fasa kehamilan si ibu
Mempunyai keinginan seks sewaktu hamil adalah sesuatu yang boleh dianggap normal.
Anda tidak perlu malu memandangkan kebanyakan wanita mempunyai persoalan yang sama. Siapa tidak risau kalau apa-apa boleh jadi pada si kecil, kan?
Walau bagaimanapun, sebelum menerjah bagi mengecapi kenikmatan seksual, pastikan anda mendapatkan segala maklumat mengenainya daripada doktor anda.
Adakah zakar suami akan menujah fetus yang sedang membesar?
Ini adalah spekulasi yang berkemungkinan lahir daripada imaginasi manusia.
Ketika bayi anda sedang membesar di dalam perut, terdapat beberapa lapisan otot dalam janin yang melindungi bayi.
Ia membesar di dalam kantung yang dipenuhi cecair amniotik. Ini bermakna, walau kuat mana tujahan suami anda sekalipun, cecair tersebut dapat melindungi bayi anda dengan baik.
Cumanya, anda mungkin berasa tidak selesa dengan hubungan seks tersebut maka cubalah posisi yang berbeza dan pilih mengikut tahap keselesaan anda.
Artikel berkaitan:
Panduan 13 Posisi Senggama TERBAIK Buat Wanita Hamil Ikut Trimester Kehamilan!
Pemakaian kondom amat digalakkan bagi mencegah penyakit transmisi seksual.
Jangkitan kuman ketika anda sedang hamil boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius buat anda dan bayi.
Jika pasangan anda telah didiagnosis dengan penyakit tersebut, elakkan daripada melakukan sebarang bentuk hubungan intim (oral, anal atau melalui faraj) bagi mengelakkan komplikasi terhadap perkembangan bayi anda.
Jika anda ingin mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang baru, gunakan kondom. Nyawa anda dan bayi anda adalah lebih penting daripada nikmat yang boleh dikecapi dengan seks tanpa pelindungan.
Ada ke tempoh larangan bagi seks sewaktu hamil?
Ada. Doktor mungkin akan menggalakkan anda untuk tidak melakukan hubungan seks ketika:
- Anda mengalami pendarahan melalui faraj
- Anda mengalami kebocoran cecair amniotik
- Serviks anda terbuka awal
- Terdapat uri yang menutupi bukaan serviks anda. Keadaan ini dipanggil sebagai placenta praevia
- Anda mempunyai sejarah kelahiran pramatang
Konklusi
Walaupun masih berada dalam trimester kedua, bayi boleh mengingati suara mereka yang sering bercakap kepadanya.
Namun, jangan risau. Mereka tidak mengingati anda melakukan perhubungan seks.
Jika anda takut untuk melakukan hubungan seks, tanyakan soalan kepada doktor anda pada temu janji yang seterusnya.
Usah malu! Bukan anda seorang sahaja yang mempunyai keinginan untuk mengadakan hubungan intim ketika mengandung. Ia merupakan naluri semula jadi manusia yang dirasai oleh setiap individu.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
- 7 Tabiat Untuk Dapatkan Hubungan Seks Yang Sihat, Suami Isteri WAJIB Amalkan!
- 6 Kesilapan Seks Yang Encik Suami Biasa Buat! #4 WAJIB Dielakkan
- Suami Isteri WAJIB Baca, Elak 6 Tabiat Ini Yang Boleh Jejaskan Hubungan Seks Kalian!
- Faraj Longgar Kerana Seks Hanya Sekadar MITOS, Ini Yang Wanita Perlu Tahu!
- Buang Air Kecil Selepas Seks TAK Boleh Cegah Kehamilan, Ini 3 Langkah Paling Berkesan
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: