
Ramadan dan wanita hamil
Kajian menunjukkan bahawa 75% wanita Muslim yang hamil di seluruh dunia mengambil keputusan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Bagaimanapun, cara berpuasa mereka mungkin berbeza antara satu sama lain.
Wanita hamil dibenarkan untuk memilih tidak berpuasa atas syarat-syarat tertentu terutamanya jika mungkin membawa kemudaratan kepada wanita tersebut. Ahli keluarga, doktor, bidan atau ahli agama boleh membantu anda membuat keputusan yang sesuai.
Bolehkah saya berpuasa sewaktu hamil?
Sama ada berpuasa selamat atau tidak untuk wanita hamil tidak dapat dipastikan.
Menurut hukum, wanita hamil tidak wajib berpuasa. Mereka boleh menggantikan puasa yang ditinggalkan atau melaksanakan fidyah sebagai ganti. Menderma makanan termasuk dalam contoh fidyah. Bagaimanapun, jika wanita hamil masih mahu berpuasa, mereka harus memastikan diri mereka dan bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat. Untuk memastikannya, bincang dengan doktor atau bidan sangat disarankan.
Pelbagai faktor boleh mempengaruhi puasa. Antaranya masa berlangsungnya Ramadan. Sewaktu cuaca panas, risikonya lebih tinggi memandangkan cuaca panas boleh menyebabkan rasa penat dan dehidrasi.
Kajian tentang puasa dan kehamilan
Terdapat banyak pendapat berbeza yang ditunjukkan tentang puasa dan kehamilan. Terdapat kajian yang mengatakan bayi tidak terkesan atau kurang terkesan jika si ibu berpuasa. Manakala kajian lain mengatakan bayi baru lahir menunjukkan pengurangan kadar kepandaian atau keupayaan akademik, di samping mungkin berhadapan dengan pelbagai risiko kesihatan di kemudian hari.
Apa yang didapati pengkaji setakat ini:
Tiada perbezaan antara skor Apgar bayi bagi ibu yang berpuasa sewaktu kehamilan dan bayi yang ibunya tidak berpuasa. (Apgar ialah pemeriksaan ringkas yang dilakukan selepas kelahiran bayi untuk menilai keadaan kesihatan keseluruhan bayi sewaktu kelahiran)
Berat lahir lebih rendah berlaku apabila wanita hamil berpuasa terutamanya pada trimester pertamanya. Walau bagaimanapun, perbezaannya tidak ketara. Selain itu, bayi ibu yang berpuasa pada masa kehamilan kelihatan lebih pendek dan kurus apabila mereka membesar.
Bagi wanita hamil, berpuasa menyebabkan perubahan kepada keseimbangan kimia mereka. Mujurlah, perubahan ini tidak begitu ketara untuk membahayakan bayi yang belum lahir.
Kebimbangan lain mengenai potensi risiko kesihatan berpuasa dan mengandung termasuk pertumbuhan janin yang lebih perlahan dan kelahiran pramatang.
Bagaimanakah saya harus puasa?
Anda boleh berpuasa dengan baik jika status fizikal dan gaya hidup anda sihat. Bayi yang belum lahir mengambil nutrien dari ibu mereka. Oleh itu, jika para ibu telah menyimpan jumlah tenaga yang mencukupi, mereka boleh berpuasa dengan kesan minima.
Faktor-faktor yang menentukan bagaimana tubuh anda berpuasa termasuklah:
- Keadaan kesihatan sebelum kehamilan
- Usia kehamilan anda
- Berapa lama anda akan berpuasa
Puasa di negara yang sedang mengalami musim sejuk mungkin kurang rumit berbanding puasa di musim panas suhu yang lebih rendah dan waktu siang yang lebih pendek.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: