Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Aduh, sakitnya kepala berdenyut pula. Adakah anda sering mengalami masalah sakit kepala ketika hamil? Jika ya, jom kenal pasti punca dan cara mengatasi pening kepala.

Mengapa berlakunya sakit kepala ketika hamil?

Masalah sakit kepala ketika hamil adalah 1 perkara normal. Apatah lagi jika ia berlaku pada trimester pertama.

Keadaan ini dipercayai dicetuskan oleh perubahan hormon sewaktu kehamilan. Berdasarkan analisis perubatan, lebih 39% wanita hamil dan ibu selepas bersalin akan mengalami masalah sakit kepala ini.

Dikatakan jika anda kerap mengalami sakit kepala sebelum mengandung, rasa sakit yang dialami mungkin akan menjadi lebih teruk sewaktu hamil.

Walaupun semasa mengandung anda akan mengalami kesakitan yang berbeza daripada kebiasaan, namun kebanyakan sakit kepala yang berlaku ketika kehamilan bukanlah 1 keadaan yang berbahaya.

Jenis sakit kepala ketika hamil

Kebanyakan sakit kepala semasa mengandung adalah sakit kepala utama yang berlaku secara sendirinya. Ia tidak melibatkan gangguan lain atau komplikasi berkaitan kehamilan.

Sakit kepala utama, seperti:

  • Ketegangan
  • Migrain
  • Cluster 

Dianggarkan 26% sakit kepala yang dialami sepanjang kehamilan melibatkan punca daripada ketegangan. 

Masalah sakit kepala disebabkan migrain mempunyai hubung kait dengan komplikasi yang berlaku pada kehamilan atau selepas melahirkan bayi.

Manakala sakit kepala yang kedua pula berpunca daripada komplikasi ketika mengandung, seperti tekanan darah tinggi.

Punca sakit kepala ketika hamil

Trimester pertama

Sakit kepala akibat ketegangan adalah 1 perkara biasa ketika trimester pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan perubahan yang dialami badan. 

Punca lain sakit kepala semasa trimester pertama kehamilan adalah:

  • Dehidrasi
  • Loya dan muntah
  • Tekanan
  • Kurang tidur dan rehat
  • Mengurangkan atau menghentikan pengambilan kafein
  • Kekurangan nutrisi
  • Tekanan darah rendah
  • Aktiviti fizikal yang sedikit
  • Sensitif kepada cahaya
  • Perubahan dalam penglihatan

cara mengatasi pening

Sesetengah makanan juga boleh mengakibatkan wujudnya sakit kepala. Antara makanan pencetus yang biasa adalah seperti:

  • Produk tenusu
  • Coklat
  • Keju
  • Yis
  • Tomato

Trimester kedua & ketiga

Sakit kepala yang berlaku pada tempoh ini mungkin disebabkan faktor yang berbeza. Antaranya:

  • Berat badan berlebihan
  • Postur badan
  • Kekurangan tidur yang berkualiti
  • Diet pemakanan
  • Ketegangan dan kesakitan pada otot
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes

Tekanan darah tinggi

Sakit kepala ketika hamil dalam tempoh rimester kedua dan ketiga kehamilan mungkin petanda anda mengalami masalah tekanan darah tinggi. Biasanya berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menasihatkan bahawa walaupun keadaan ini boleh dirawat, tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi serius kepada ibu dan bayi. 

Risiko yang boleh berlaku disebabkan masalah tekanan darah tinggi:

Jadi ada ke cara mengatasi pening dan kepala berdenyut ketika hamil ini? Sudah tentu ada. Teruskan pembacaan anda, okay?

Cara mengatasi pening dan kepala berdenyut semasa hamil

Jika sakit kepala yang berlaku berpunca daripada masalah hormon ketika mengandung, ia 1 perkara yang tidak boleh dielakkan. Tetapi pastinya ada cara untuk mengatasi atau paling tidak mengurangkan kesakitan yang dialami.

Berikut 5 cara mudah dan selamat yang boleh anda cuba:

  1. Hindari tekanan

Berdepan tekanan sama ada berkaitan kehidupan, urusan kerja atau apa sahaja boleh mengakibatkan mana-mana individu mengalami sakit kepala, bukan sahaja wanita hamil. 

Namun tekanan ketika hamil boleh menjejaskan kesihatan ibu dan juga tumbesaran janin dan bayi dalam kandungan. 

Jadi, untuk elakkannya, dapatkan bantuan pasangan atau ahli keluarga bagi meringankan bebanan anda. 

  1. Dapatkan rehat mencukupi

punca-sakit-kepala-ketika-hamil

Jika kepala berdenyut berlaku adalah kesan daripada tidur yang tidak cukup, maka sudah tentu cara mengatasi pening tersebut adalah dengan mendapatkan waktu rehat secukupnya.

Cuba untuk kurangkan pengambilan air sebelum tidur bagi mengurangkan kekerapan anda kencing pada waktu malam. Dapatkan bantal yang selesa dan sesuai untuk membantu anda tidur dengan lebih lena.

  1. Aktiviti fizikal

Wanita hamil akan senang berasa keletihan dan pastinya anda ingin berehat. Tetapi duduk terperap di rumah secara berterusan untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kepala berdenyut.

Jadi apa kata anda lakukan sedikit aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan keadaan anda, seperti berjalan di sekitar taman sambil menghirup udara segar.

  1. Penjagaan pemakanan

Pemakanan adalah 1 aspek penting ketika hamil. Bagi mendapatkan kehamilan yang sihat, diet pemakanan ibu mengandung perlulah seimbang dan berkhasiat.

Tetapi elakkan daripada mengambil hidangan makanan yang terlalu besar sehingga akan meningkatkan paras gula dalam darah dengan mendadak. Sudah tentu ia cenderung menyebabkan anda mengalami sakit kepala ketika hamil.

Sebaiknya makan dalam saiz yang kecil tetapi kerap. Elakkan daripada melangkau waktu makan, okay? Perut kosong juga mendedahkan anda kepada masalah kepala berdenyut.

punca-sakit-kepala-ketika-hamil

  1. Pengambilan air

Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi dan mengakibatkan badan lesu serta keletihan. Pengambilan air yang mencukupi amat penting.

Sememangnya pengambilan air kosong adalah 1 pilihan yang baik. Tetapi jika anda mudah loya apabila meminum air kosong, campurkan sedikit perahan air lemon sebagai penambah perasa.

Penjagaan ibu hamil

Masalah sakit kepala yang dialami biasanya tidak berlaku sepanjang tempoh kehamilan dan pastinya akan hilang. Ini berikutan pengeluaran hormon kehamilan mulai stabil dan badan sudah dapat membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku.

Namun, sekiranya keadaan yang dialami semakin serius dan anda mula mengalami situasi seperti sawan, pitam atau kesakitan yang teruk, lakukan rawatan doktor dengan segera. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

Ada sesetengah individu yang mengalami sakit kepala berdenyut akibat aktiviti seks. Apakah sebab ia berlaku agaknya? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

“Adakah aku mengandung?” Ini adalah salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang  insan yang bergelar wanita. Ini cara periksa ujian kehamilan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

Apa yang anda faham tentang penyakit endometriosis? Ada kata ia masalah ketidaksuburan yang diwarisi, benarkah? Jom fahami tentang keadaan kesihatan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit punggung ketika hamil

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah penglihatan

Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
pening kepala

Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 4 minit bacaan
kafein itu apa

Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan