backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Air Ketuban, Penting Untuk Kekal Pada Paras Normal! Jika Tidak Ini RISIKONYA....

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/11/2022

    Air Ketuban, Penting Untuk Kekal Pada Paras Normal! Jika Tidak Ini RISIKONYA....

    Ibu mengandung perlu memastikan air ketuban berada pada tahap yang normal. Jika terlalu banyak atau sedikit, ia boleh menimbulkan masalah kepada bayi dalam kandungan. Ini yang mungkin berlaku…

    Tetapi, apa itu cecair amnion dan dari manakah datangnya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Perlunya air ketuban

    Sebelum kelahiran, rahim yang mengandungi air yang merupakan rumah pertama bayi anda.

    Sebagai salah satu daripada sistem sokongan kehidupan bayi, cairan yang turut dikenali sebagai cecair amniotik ini akan meliputi sepenuhnya bayi anda ketika mereka berada dalam rahim.

    Kadangkala, amaun cecair ini mungkin terlalu banyak atau terlalu sedikit, seterusnya mengakibatkan infeksi kepada plasenta.

    Dari manakah datangnya air ketuban?

    air ketuban

    Cairan ini akan melalui sistem peredaran darah ketika awal minggu ke-14 kehamilan.

    Ketika permulaan trimester yang kedua, bayi akan mula menelan air tersebut dan kemudiannya mengeluarkannya melalui sistem urin.

    Seterusnya, mereka akan mengulangi proses ini dalam tempoh beberapa jam demi memastikan amaun cecair ini berada pada tahap yang sama.

    Secara amnya, kebanyakan cecair amniotik ini datangnya daripada sistem urin bayi dalam kandungan anda.

    Oleh itu, bayi memainkan peranan pentung dalam mengekalkan amaunnya dalam rahim anda.

    Jika sistem ini tidak berjalan seperti sepatutnya, ia akan mengakibatkan cecair menjadi terlalu banyak atau terlalu sedikit dan seterusnya mengakibatkan pelbagai komplikasi lain.

    Baca juga:

    Apakah permasalahan paling biasa terjadi berkaitan cecair amniotik?

    air ketuban

    Kebiasaanya, jumlah cairan amniotik anda akan meningkat secara mendadak pada permulaan trimester ketiga kehamilan.

    Anda akan mempunyai amaun amniotik yang banyak dalam rahim pada minggu ke-34 sehingga minggu ke-36 kehamilan. Selepas minggu ke-36, air ini akan menurun sehinggalah bayi anda lahir.

    Jika anda mendapati bahawa terlalu banyak amaun cecair amniotik ketika tempoh kehamilan anda, kondisi ini dinamakan polyhydramnios.

    Jika air terlalu sedikit pula, kondisi ini dinamakan oligohydramnios. Kondisi-kondisi ini hanya berlaku kepada seorang daripada seratus ibu yang sedang hamil.

    1. Amaun air ketuban terlalu banyak (polyhydramnios)

    Kondisi ini akan mengakibatkan rahim anda meregang dan ini akan mendatangkan tekanan kepada diafragma.

    Kondisi ini juga akan menjadi punca gangguan pernafasan kepada ibu hamil dan mampu membawa kepada masalah kelahiran pra matang.

    Ibu hamil akan berisiko tinggi menghadapi kondisi ini sekiranya mereka:

    • Mempunyai diabetes
    • Hamil anak kembar
    • Mempunyai ketidakserasian Rh yang mana antibodi Rh dihasilkan di dalam darah
    • Bayi yang dikandungkan mengalami kecacatan terutamanya kecacatan pada otak, saraf tunjang dan esofagus

    2. Jumlah cecair amniotik terlalu sedikit (oligohydramnios)cecair ketuban

    Kondisi ini juga akan mendatangkan pelbagai masalah kepada bayi anda. Apabila amaun air ketuban ini berkurangan secara mendadak, ia akan menyebabkan kecacatan kepada bayi anda.

    Sekiranya komplikasi seperti ini berlaku, paru-paru bayi anda tidak akan dapat berkembang dengan sepenuhnya. Kondisi ini mungkin akan berlaku sekiranya bayi dalam kandungan mengalami:

    • Kecacatan pada sistem urin, terutamanya pada buah pinggang
    • Proses pembesaran tidak berlaku dengan sepatutnya
    • Meninggal dunia (stillbirth)
    • Mempunyai kromosom yang tidak normal
    • Plasenta yang tidak berfungsi dengan normal (janin tidak berkembang seperti yang sepatutnya)
    • Berada dalam rahim terlalu lama (42 minggu atau lebih lama)

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan