Kita sering mendengar mengenai aspek penjagaan wanita yang melahirkan anak secara normal, tetapi bagaimana pula bagi penjagaan ibu bersalin caesar?
Amnya, sebaik sahaja bayi dilahirkan sama ada secara normal atau caesarean, tubuh akan melalui pelbagai perubahan dari aspek fizikal dan emosi.
Pelbagai perubahan akan dilalui dalam 6 minggu pertama tempoh selepas bersalin ini. Tempoh ini biasanya akan menjadi lebih lama bagi mereka yang bersalin anak kembar.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai proses penjagaan selepas bersalin ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Petua penjagaan ibu bersalin caesar
1. Mengendalikan kesakitan
- Ikut cadangan doktor dalam pengambilan ubat tahan sakit
- Simpan rekod pengambilan ubat dan jenisnya
- Gunakan pek ais untuk kesakitan bahagian pembedahan – selama 20-30 minit untuk 1 sesi
- Gunakan tuala suam untuk atasi kekejangan
2. Menjaga luka dalam penjagaan ibu bersalin caesar
- Jangan membalut luka dan biarkan luka mendapat pengudaraan melainkan atas arahan doktor
- Pastikan luka bersih dan kering, terutamanya selepas mencucinya semasa mandi
- Sesetengah luka pembedahan dilitupi kulit perut dan lemak. Jika ini keadaan anda, berbaring secara menelentang dan angkat lipatan kulit untuk memastikan pengudaraan pada luka
- Sentiasa periksa luka pembedahan atau meminta bantuan keluarga untuk memeriksanya jika terdapat pendarahan, peningkatan lebam atau kemerahan
- Anda mungkin dibenarkan pulang dengan staple pada luka pembedahan. Jika ini situasi anda, jangan cuba mencabutnya
3. Pendarahan faraj
- Dalam penjagaan ibu bersalin caesar, pendarahan faraj tetap akan berlaku untuk tempoh seminggu
- 2-4 hari selepas bersalin, pendarahan menjadi lebih ringan, berair dan berwarna merah jambu
- Dalam 10 hari selepas bersalin, pendarahan lebih kepada berair dengan sedikit berwarna merah jambu
- Hanya guna tuala wanita dan elakkan penggunaan tampon
4. Penjagaan ibu bersalin caesar #Merawat perineum
Sesetengah prosedur C-Sec dilakukan secara berjadual. Namun ada wanita yang mungkin melalui prosedur kelahiran faraj selama berjam-jam, bahkan berdepan dengan proses meneran sebelum czer.
Sekiranya itu situasinya, terdapat 2 bahagian yang menyakitkan perlu dirawat – potongan pada perineum dan perut.
Ada wanita yang mungkin mengalami koyakan faraj dan/atau jahitan sebagai tambahan kepada luka pembedahan C-Sec.
- Gunakan pelembut najis/julap. Meneran boleh menyebabkan rasa sakit pada perut dan trauma perineum
- Tukar pad setiap 1-2 jam
- Gunakan pek ais selama 20-30 minit untuk memberikan kelegaan jika mengalami kesakitan perineum
- Jika mengalami jahitan, ia mungkin gugur sendiri. Jangan terkejut jika terlihat benang hitam halus pada tuala wanita atau seluar dalam
- Sentiasa lap alat sulit daripada bahagian faraj ke dubur untuk mengelakkan jangkitan
- Mandian sitz selama 20-30 minit mungkin dalam membantu mempercepatkan penyembuhan dan melegakan kesakitan
5. Senaman
- Selepas 6 minggu, anda boleh tingkatkan intensiti senaman secara perlahan-lahan
- Pada 6-8 minggu, anda mungkin boleh meneruskan aktiviti biasa seperti sebelum czer
- Segera berhenti jika mengalami kesakitan atau pendarahan semasa bersenam
Baca juga: