Pendarahan Semasa Hamil: Normal atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pada trimester pertama kehamilan, kebanyakan ibu hamil akan mengalami pendarahan pada bahagian vagina mereka dan ini merupakan perkara yang normal. Namun, sekiranya pendarahan ini berlaku pada trimester kedua atau trimester terakhir kehamilan mungkin menunjukkan bahawa kehamilan anda mungkin mengalami komplikasi.

Apakah punca pendarahan semasa hamil?

Pendarahan implantasi

Keadaan ini merupakan punca utama berlakunya pendarahan pada vagina ketika awal kehamilan. Pendarahan implantasi berlaku akibat telur yang telah disenyawakan dengan sperma tidak melekat dengan betul pada lapisan rahim. Keadaan ini boleh terjadi sebelum anda dapat tahu bahawa anda hamil dan mungkin berlarutan sehingga beberapa hari.

Infeksi

Keradangan pada rongga pelvis atau infeksi pada saluran air kencing boleh mengakibatkan pendarahan pada vagina. Selain itu, infeksi pada bahagian vagina seperti bacterial vaginosis atau yeast infection juga mampu menyebabkan pendarahan. Ibu hamil yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan akan berisiko mengalami pendarahan pada vagina yang berpunca daripada sexually transmitted diseases (STD) seperti herpes, trichomoniasis, gonorrhea, dan chlamydia. Kondisi ini juga akan menyebabkan ketidakselesaan pada vagina.

Aktiviti seksual

Seks semasa hamil adalah selamat dan tidak akan menyebabkan keguguran. Namun begitu, perbuatan ini akan mengakibatkan pendarahan. Semasa sedang hamil, serviks wanita akan menjadi sensitif daripada biasa. Jika anda perasan berlakunya pendarahan pada vagina ketika melakukan hubungan seks, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Pemisahan plasenta

Pemisahan plasenta terjadi pada 12 minggu terakhir kehamilan. Sebelum proses melahirkan, pendarahan mungkin berlaku disebabkan oleh pemisahan plasenta daripada dinding uterus. Kondisi yang jarang berlaku ini terjadi hanya kepada 1 peratus daripada ibu hamil.

Bayi pramatang

Beberapa minggu sebelum tarikh melahirkan yang sepatutnya, mukus yang terdapat dalam badan anda akan mula keluar lantas menyebabkan pendarahan pada vagina. Jika keadaan ini berlaku lebih awal, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Keguguran

Keguguran kandungan akan mengakibatkan pendarahan. Walaubagaimanapun, pendarahan bukanlah satu petanda utama keguguran berlaku. Dalam kebanyakan kes, pendarahan pada vagina tidak menunjukkan atau membawa kepada keguguran kandungan.

Apakah yang perlu dilakukan?

Sekiranya anda mengalami keadaan ini, anda boleh tuala wanita untuk melihat kuantiti dan mengenalpasti jenis pendarahan vagina yang anda alami. Penggunaan tampon pula hanya akan menyebabkan darah tersumbat lalu memberi kesan negatif kepada serviks anda. Jika anda mengalami pendarahan yang lebih banyak dan lebih kurang sama dengan darah yang keluar ketika anda datang haid, berhubung dengan doktor segera. Ini untuk memastikan pendarahan yang berlaku bukan disebabkan oleh komplikasi seperti pendarahan implantasi atau kandungan luar rahim.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Anda sakit tekak berpanjangan? Adakah tekak anda rasa gatal-gatal dan sakit? Hati-hati, anda mungkin sebenarnya sedang mengalami tindak balas alergi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

    Kontraksi tidak berlaku sedangkan waktu jangkaan bersalin sudah tiba. Terfikir untuk pecahkan air ketuban di rumah? Sabar... baca penjelasan ini dahulu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil diet

    Wow! Makan Pil Diet Berkesan Rawat Masalah Obesiti, Tapi Ada Syarat Kena Patuhi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    terapi insulin

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    warna zakar

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan