Walaupun keguguran kandungan, anda masih dinasihatkan untuk berpantang seperti wanita selepas bersalin. Adakah wujud makanan dilarang semasa pantang keguguran? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Keperluan berpantang kerana keguguran
Berpantang merupakan satu amalan yang sangat sinonim dengan wanita selepas bersalin.
Pun begitu, buat mereka yang mengalami keguguran, kalian juga amat disarankan untuk buat pantang keguguran awal kehamilan. Bahkan penjagaan selepas keguguran juga sama dengan cara berpantang seperti ibu selepas bersalin.
Tetapi benarkah terdapat makanan dilarang semasa pantang keguguran?
- Pendarahan daripada sedikit hingga banyak
- Kejang perut
- Sakit abdomen
- Demam
Makanan dilarang semasa pantang keguguran
Kalau diikutkan cara berpantang selepas keguguran adalah hampir sama dengan kaedah pantang ibu bersalin lain.
Justeru adalah penting memastikan wanita yang sedang berpantang mendapat pemakanan seimbang dan bernutrisi. Ini untuk memastikan anda mendapat nutrien mencukupi bagi memulihkan tahap kesihatan.
Tetapi benarkah terdapat makanan dilarang semasa pantang keguguran?
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebenarnya tiada diet atau pemakanan yang khusus semasa berpantang.
Ini kerana kebanyakan pantang larang melibatkan pemakanan ibu semasa tempoh berpantang dipengaruhi oleh kepercayaan masyarakat.
Adakah ini bermakna tidak perlu berpantang? Bukan itu yang dimaksudkan.
Anda boleh meneruskan amalan pantang keguguran awal kehamilan seperti menghindari makanan tertentu, tetapi pastikan dalam masa sama masih mengambil diet seimbang dan makan secara sihat.
Malah disarankan untuk menggantikan makanan dengan jenis lain daripada kumpulan makanan sama bagi memastikan zat makanan tersebut diperolehi.
Ubi-ubi
Berdasarkan kepercayaan, makanan berangin yang terdiri daripada jenis ubi-ubi seperti keladi, keledek ataupun ubi kayu, adalah salah satu makanan kecutkan rahim selepas keguguran.
Ini kerana ia dipercayai akan menjejaskan proses pencernaan dan menyebabkan perut berangin.
Umumnya, ubi-ubian adalah makanan karbohidrat yang membekalkan sumber tenaga. Jika berpantang mengambil ubi-ubian, anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan daripada kumpulan bijirin lain seperti nasi.
Makanan ‘sejuk’ antara makanan dilarang semasa pantang keguguran
Buah-buahan seperti tembikai dan pisang serta sayur kangkung, petola, terung dan timun dianggap sebagai makanan ‘sejuk’ dan tidak boleh dimakan semasa berpantang.
Makanan sejuk dipercayai menjejaskan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Ia juga boleh mengakibatkan perut kembung, kekejangan otot dan sengal-sengal badan.
Namun hakikatnya, pengambilan buah dan sayur adalah penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat.
Pengambilan serat khususnya amat penting bagi melancarkan proses pergerakan usus dan mencegah masalah sembelit yang sering dialami ibu dalam berpantang.
Terdapat pelbagai pilihan buah-buahan dan sayuran boleh diambil sebagai pengganti makanan ‘sejuk’ ini contohnya:
- Buah-buahan – Oren, betik, epal merah, anggur
- Sayur-sayuran – Sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman seperti pegaga dan ulam raja
Ikan, ayam dan telur
Beberapa jenis ikan, ayam dan telur dianggap sebagai makanan dilarang semasa pantang keguguran kerana ‘bisa’ dan ‘tajam’.
Makanan berbisa dipercayai boleh melambatkan proses penyembuhan dan mengakibatkan pendarahan semasa tempoh berpantang.
Antara jenis ikan yang tidak boleh dimakan semasa berpantang adalah seperti:
- Ikan masin
- Keli
- Bawal hitam
- Terubuk
- Pari
- Sembilang
- Parang
- Udang
- Ketam
- Kerang
Namun tidak boleh dinafikan jenis makanan tersebut merupakan sumber yang baik untuk protein, vitamin dan garam mineral.
Salah satu fungsi protein adalah membantu pembentukan tisu-tisu badan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh dijadikan pilihan sebagai sumber protein, antaranya:
- Haruan
- Yu
- Selar
- Gelama
- Jenahak
- Merah
- Tenggiri
- Bawal putih
- Ikan bilis
- Salmon
- Siakap
Makanan dilarang semasa pantang keguguran #Had pengambilan air
Kalau ikutkan kepercayaan terdahulu, sepanjang berpantang, wanita dilarang minum terlalu banyak air.
Wanita berpantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari dan kepercayaan untuk mengehadkan pengambilan air perlu dihindari.
Air yang mencukupi penting untuk:
- Memulihkan kecergasan badan
- Keseimbangan elektrolit
- Mengawal suhu badan
- Mengelakkan dehidrasi
Tidak salah untuk mengikuti sebarang pantang larang semasa berpantang selepas keguguran, cuma sebaiknya usahlah keterlaluan sehingga memudaratkan diri.
Jika terdapat sebarang keraguan tentang tempoh pantang keguguran, tempoh rahim sembuh selepas keguguran atau lain-lain, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
[embed-health-tool-ovulation]